Wednesday, March 27, 2013

Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee


Setiap pasangan yang melangsungkan perkahwinan sudah tentu teringin untuk menimang cahaya mata. Memang orang cakap, itu semua rezeki masing-masing, tetapi pujian harus diberikan kepada mereka yang tidak jemu berusaha disamping berdoa kepada Allah yang Maha Esa untuk dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata. Selain daripada mencuba kaedah perubatan dengan pakar-pakar bertauliah, salah satunya adalah melalui makanan tambahan(supplement). Kebaikan pengambilan supplement turut diakui oleh pakar sakit puan yang terkenal iaitu Dr. Hamid Arshat. Boleh rujuk dan baca artikel beliau disini.

Ingin saya kongsikan, apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan suami dan isteri. Semoga ianya boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata ataupun yang masih tercari-cari apakah vitamin yang sesuai untuk dimakan bersama-sama.


========================

Vitamin Asas

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.
 4. B-Complex  

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

=========================

Vitamin Kesuburan

5. Vitamin E & Selenium
 
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

===========================
Cadangan pengambilan:

Suami: Vita-lea, B-comp, Vit-E, zinc (sebiji setiap hari)
Isteri: Vitalea, B-comp, Vit-C, Vit-E, Zinc (sebiji setiap hari), GLA ( 1biji pg, 1biji malam), alfalfa (3-5biji setiap hari) & ESP

Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. 

Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Tuesday, March 19, 2013

Mengapa Kita Memerlukan Vitamin?


Vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan manusia. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplement (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tetapi ia tidak bererti vitamin tidak perlu diambil. Yang kita perlu faham adalah, vitamin bukanlah pengganti kepada makanan harian anda. Bukankah bagus jika memakan vitamin sebagai pelengkap kepada pemakanan harian kita yang belum tentu lagi bebas daripada sebarang perasa tambahan dan bahan kimia yang lain?

Namun begitu, ada juga yang cakap;

“Saya dah sihat dan tak perlukan vitamin tambahan”

“Kenapa pulak saya perlu makan vitamin?”

“Tak cukupkah dengan apa yang saya makan sehari-hari?”

“Sehari sampai  5 kali makan takkan tak cukup-cukup lagi zat makanan?”


Benarkah? Saya sendiri, sebelum ada kesedaran tentang perlunya supplement, saye pelik, apesal la orang ambil supplement? Ape tak cukup ke pemakanan seharian kita? Makan je lah makanan seimbang, dapat macam-macam khasiat segar. Saya silap rupanya..

Adakah keadaan kita hari ini sama dengan zaman nenek moyang kita dahulu? 1000 tahun lalu, nenek moyang kita hidup dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi sebagai makanan dan pengubatan. Mereka semua sihat dan panjang umur. Malah kehidupan mereka begitu gembira.

Hari ini, kenapa kita sering sakit? Kenapa anak-anak kita selalu sakit? Kita boleh lihat sendiri,  kanak-kanak di pusat jagaan kalau tak berhingus tak sah. Anak-anak kita zaman sekarang ni macam selalu je masuk hospital oleh bermacam-macam sebab. Itu belum lagi masuk bab orang-orang mempertikaikan anak-anak yang diberi susu ibu turut kerap mendapat sakit sedangkan kempen-kempen kebaikan dan khasiat susu ibu diwar-warkan dimerata-rata tempat. Tidak sedihkah kita apabila orang mempertikaikan usaha kita memberikan yang terbaik buat si manja tersayang tetapi dimata orang lain yang baik itu dilihat sebagai tidak baik gara-gara kealpaan kita?

Ajaran Islam sendiri mengajar penganutnya supaya hidup secara sihat baik dari segi jasmani mahupun rohani. Untuk itu, umat Islam harus berusaha membina kehidupan yang sihat bagi memelihara kesihatan, mencegah berjangkitnya sesuatu penyakit dan sebagainya. Tidak dinafikan sakit pening itu tidak boleh dielak. Semua itu kuasa ALLAH. Takdir sebagai salah satu rukun iman, menjadi kewajiban setiap muslim untuk meyakininya. Namun kita sebagai umat Islam tidak harus menyerah begitu sahaja kepada takdir.



Untuk itu, apa perlu kita buat? Sebelum itu, apa yang perlu kita tahu tentang kebenaran ini: 

1. Makanan yang dulunya berzat, sekarang sudah kekurangan zat
Buah-buahan dan sayur-sayuran membina nutrien dari tanahnya. Tahukah kita kenapa petani di sesetengah tempat menanam tanaman mereka secara bergilir-gilir? Ini adalah kerana selepas musim menuai, tanah akan hilang zatnya. Jadi mereka akan menanam tanaman legum untuk ‘re-store’ zat tersebut. Tetapi, memandangkan permintaan pertanian yang tinggi, sekarang ini ramai yang  tidak mempraktikkan cara tersebut. Tanaman yang sama akan ditanam dan baja kimia akan digunakan supaya tanaman cepat membesar. Oleh sebab itu, tanah yang kurang nutrien membekalkan nutrien yang kurang juga kepada tumbuhan tersebut dan kita juga yang memakan sayur itu akan menerima nutrien yang kurang daripada yang sepatutnya.

Siapa boleh gerenti, makanan zaman sekarang memang segar dari ladang, bebas racun perosak? Sape boleh gerenti? Melainkan kita tanam sendiri pokok sawi belakang rumah, tu lain cerita. Tapi kalau pergi pasar pun, sayur nampak cantik elok macam plastik, tak nampak pun kesan lubang dimakan ulat, agaknya lah kan, sayur tu disembur racun tak? Bila disembur racun, agaknya lah kan, banyak lagi tak khasiat dalam sayur tu. Tu belum ambil kira faktor sayur tu di pindah kan dari satu tempat ke tempat yang lain. Banyak khasiat hilang dalam perjalanan.

2. Proses yang mengurangkan zat buah-buahan dan sayur-sayuran

Bukan sahaja melalui proses memasak (haba panas merosakkan vitamin) tetapi proses memetik, mengumpul, mengangkut dan sebagainya itu mengurangkan nutriennya.

3. Bumi kita tercemar

Bila kita balik kampung, seawal jam 9.30 malam dah berembun. Embun adalah wap air di udara yang terkondensasi bila hawa menjadi sejuk (malam). Tetapi malam di kota ini tak pernah sejuk. Embun tak sempat naik hinggap di mana-mana permukaan kerana disekat dengan habuk. Ya habuk! Di luar habuk, di dalam habuk. Tidak hairan la ramai di kalangan orang-orang zaman sekarang mengidap penyakit sinus. Itu belum kira lagi bermacam-macam jenis gas dari asap kenderaan, kilang, rokok, radiasi, malah lapisan ozon yang menipis. Semua itu memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita pada hari ini.

4. Makanan Segera
Kedai makanan segera semakin banyak, menandakan permintaan semakin tinggi terhadap makanan segera. Ya, ‘faedahnya’ pun tinggi juga. Pelbagai bahan yang dicampur dalam makanan tu supaya jadi lebih sedap. Dan akibatnya?? Kita yang mengidap!

Ini hanya la sebahagian daripada faktor-faktor yang menyumbang kepada SEBAB kenapa kita PERLU makan vitamin.  Saya percaya tentu ada salah satu daripada faktor di atas memberi kesan kepada cara pemakanan harian anda. Oleh kerana itu, sekiranya anda tidak mampu untuk mengelakkannya adalah penting untuk anda mengamalkan vitamin supaya zat keperluan tubuh anda mencukupi untuk anda kekal sihat. Jagalah badan kita sebaik mungkin kerana badan kita itu adalah amanah Allah untuk dijaga sebaiknya. Kita perlukan badan yang sihat untuk beribadah dan menabur bakti kepada kedua ibu bapa dan keluarga tersayang.

Fikir-fikirkanlah..


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 

Friday, March 15, 2013

Hidup Lebih Sihat Dengan Ostematrix Shaklee



Berita baik untuk anda di luar sana yang masih mencari-cari supplement yang sesuai! Shaklee telah mengadakan promo yang amat menarik pada bulan ini! Yeahhh, Buy 6 Free 1!! Namun begitu, nak beli 1 ke.. 2 ke.. tetap dapat harga promosi. Menarik, kan?? Untuk itu, ayuh kita berkenal-kenalan dulu dengan vitamin ini. 

Kalsium merupakan zat yang sangat penting bagi kesihatan tubuh badan terutama tulang. Susu merupakan sumber kalsium yang sangat tinggi. Akan tetapi sumber kalsium bukan hanya terdapat pada susu saja. Makanan lain pun banyak yang mengandung kalsium yang sangat tinggi.Kalsium juga amat penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.



Kesan2 kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda mengalami:

- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif

Apakah Ostematrix?

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat. Kenapa Ostematrix? Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat, tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri teguh.

Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan mineral2 seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2 kalsium tadi.

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, berikan diri anda peluang menikmati kesihatan yang lebih baik dengan Ostematrix Shaklee. Ia sangat membantu kita rasa lawas dan selesa. Selama 3 tahun ostematrix telah diperkenalkan, ia adalah antara vitamin yang paling disukai oleh pengguna.

Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung.

Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Mereka yang mengalami kekejangan otot

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee, cubalah dapatkannya supaya anda dapat merasakan perbezaannya. Saya jamin, anda akan sangat berpuashati dengan Ostematrix. Berikan diri anda peluang untuk nikmati kesihatan yang lebih hebat.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara supplement formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!

Inilah masanya untuk hadiahkan sesuatu kepada yang tersayang! Duit bukan ukuran jika dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat. Untuk pertanyaan lebih lanjut atau berminat hendak order Ostematrix Shaklee ini, sila la  hubungi saya.


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, March 14, 2013

Chewable VitaC Plus 100mg


Sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Dalam menghadapi gaya hidup moden ini mampukah kita memastikan keperluan vitamin kita mencukupi? Tambahan pula dengan keterbatasan masa mengurus kerjaya dan rumah tangga, kita sememangnya tidak cukup tangan untuk menyediakan makanan yang betul-betul berkhasiat untuk keluarga terutamanya permata hati kesayangan kita.

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlukan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.


Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan.

Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato. Namun begitu, adakah semua kanak-kanak sukakan makanan-makanan tersebut? Anak saya sendiri langsung tidak menggemari buah oren atau apa saja buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan khasiat vitamin C.
 

Sebagai alternatifnya, saya harus mencari sesuatu yang dapat menjadi makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan nutirisi makanan lengkap untuk  anak saya. Untuk itu saya telah memperkenalkan Chewable Vita-C Plus 100mg kepada anak saya. Ia adalah sangat baik bagi menguatkan fungsi imunisasi tubuhnya. Chewable Vita C Shaklee kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara supplement vitamin C paling lengkap di pasaran.

Menariknya, manfaat vitamin C dalam Chewable Vita C plus ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia dari empat tahun dan ke atas, tetapi juga boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.

Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!
  1. Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  2. Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  3. Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  4. Meningkatkan sistem imun tubuh
  5. Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  6. Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  7. Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  8. Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  9. 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  10. Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, March 11, 2013

CarotoMax Shaklee


Vitamin A dalam rangkaian produk Shaklee adalah Corotomax. Corotomax merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

Corotomax  menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan  pertumbuhan tisu. 
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 

Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya. Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh


 
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

Fungsi lain carotenoid:
  1. Mencegah kanser
  2. Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
  3. Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
  4. Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
  5. Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
  6. Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
  7. Membina semula sel-sel yang rosak.
  8. Melindungi dari rabun malam.
  9. Menjaga kesihatan mata.
  10. Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta kesihatan umum.
  11. Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

Tanda-tanda kekurangan carotenoid:
  1. Masalaah jerawat
  2. Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
  3. Tumbesaran terencat
  4. Masalah tidur dan insomnia
  5. Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
  6. Masalah rabun malam.
Oh ye, untuk makluman, Carotenoid turut terdapat dalam Vita-Lea (multivitamin & multimineral) juga. Produk ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Hubungi saya utk mendapatkan konsultasi percuma dan harga istimewa bagi produk ini ye!

Eena Zalina
019-276 6779
neolin_na@yahoo.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, March 5, 2013

Vita-C Shaklee yang Ohsem!


Saintis telah melakukan kajian lebih puluhan tahun tentang apakah kelebihan sebenar vitamin C ini. Hasil kajian mendapati ternyata vitamin C mampu mencegah beberapa jenis penyakit seperti jantung dan sebagainya. Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan vitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu, tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan, sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung, masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki. Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan, anema dan adema). Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan mungkin boleh mengakibatkan pendarahan otak atau demam panas yang teruk.


Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement vitamin C (bagi mengelak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, mengelakkan vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Terdapat dalam bentuk yang boleh dikunyah
Apakah yang dimaksudkan dengan "Sustained- release" itu? Maksudnya apabila kita makan vitamin C ini, ianya tidak di released sekaligus, sebaliknya ianya dilepaskan sedikit- sedikit ke dalam badan selama 5 jam. Kenapa nak release sikit- sikit? Ini adalah kerana vitamin C senang termusnah dalam badan, kalau kita sakit pun vitamin C musnah, kena pencemaran pun ianya musnah, kalau kita hisap rokok pun ianya musnah, jadi nak elakkan ianya musnah sekaligus, ianya dilepaskan dalam badan sikit demi sedikit. Bila dilepaskan sikit sikit, tak perlulah ambil vitamin C dengan kerap, sehari sebiji sudah cukup.

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau berminat hendak order Vita-C Shaklee ini, sila la  hubungi saya. Saya bersedia memberikan konsultasi untuk anda. :)

Eena Zalina
019-276 6779
neolin_na@yahoo.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Monday, March 4, 2013

Vitamin B Complex



Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum. Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kalau sebut Vitamin B ramai yang takut nak mencubanya. Ada yang kata ia menaikkan selera makan laaa, nanti takut gemuk laaa. Macam-macam tanggapan buruk terhadap Vitamin B ini. Sebenarnya itu adalah MITOS semata-mata. Sebaliknya Vitamin B nilah yang boleh membantu menurunkan berat badan, mengawal stress dan lain-lain.


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Kenapa perlu memilih Vitamin B Complex Shaklee? Ini adalah kerana, selain lengkap dengan 9 kumpulan Vitamin B yang penting termasuk 100% nilai harian BIOTIN, ia juga mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif Asid Folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 

Antara gejala kekurangan vitamin B adalah:
  •     keletihan
  •     kebas
  •     kerengsaan usus
  •     gemuruh
  •     kemurungan
  •     paranoia
  •     lemah dan lesu
  •     stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Jadi, dapatkan vitamin B Complex Shaklee ini untuk membantu fungsi tubuh anda! Untuk pertanyaan lebih lanjut atau berminat hendak order B Complex Shaklee ini, sila la  hubungi saya. Saya bersedia memberikan konsultasi untuk anda. :)

Eena Zalina
019-276 6779
neolin_na@yahoo.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita-Lea Shaklee



Vitalea Shaklee mempunyai pelbagai khasiat bahkan Vitalea merupakan multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana di sarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.


Tablet vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan denga kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut dengan "Explo-tab".  Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Secara ringkasnya, saya senaraikan khasiat Vitalea Shaklee seperti berikut:
  • Penambahan tenaga segera  - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian)  dan anemia.
  • Keupayaan sistem Produktif - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran , pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid
  • Melindungi organ  - Melindungi fungsi buah pinggang , jantung dan hati.
Vitalea sesuai diambil oleh ibu mengandung, ibu yang sedang berpantang, ibu yang menyusukan bayi, pelajar 12 tahun ke atas, mereka yang mementingkan kecantikkan kulit dan juga mereka yang mementingkan kesihatan. Namun begitu, Vitalea TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau berminat hendak order Vita-Lea Shaklee ini, sila la  hubungi saya. Saya bersedia memberikan konsultasi untuk anda. :)
Eena Zalina
019-276 6779
neolin_na@yahoo.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, March 1, 2013

Vitamin E Shaklee





Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut lemak. Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang aktif. Namun begitu, kehadiran Selenium di dalam Vitamin E, meningkatkan potensi kefungsian Vitamin E itu sendiri. Kedua duanya bersifat antioksidan di mana ianya bekerjasama untuk melambatkan penuaan.


Menurut pakar, vitamin E mempunyai manfaat untuk:
 1. Sesetengah keadaan kulit.
 2. Penyakit Parkinson.
 3. Membantu lelaki dengan masalah kemandulan.
 4. Mencegah penyakit jantung.
 5. Mencegah penyakit Alzheimer dalam usia lanjut.
 6. Boleh membantu mengurangkan risiko (COPD) penyakit pulmonari obstruktif kronik
 7. Melindungi dari diabetes
 8. Mencegah kanser payudara.
 9. Artritis
10. Gejala prahaid.
11. Penuaan.
12. Pencegahan prostat kanser, dan mencegah berulangnya kanser prostat.
13. Meningkatkan sistem imun warga emas.
14. Membantu dalam merawat bukan alkohol steatohepatitis, penyakit berkaitan obesiti hati yang kronik.

Apakah ciri-ciri Vitamin E yang selamat?


Vitamin E merupakan salah satu nutrien kritikal tubuh. Vitamin E sangat penting untuk:

1. Mempertahankan fungsi saraf dan otot
2. Melindungi struktur membran daripada rosak
3. Mengekalkan pertumbuhan normal
4. Mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah
5. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Untuk menyokong keperluan Vitamin E oleh tubuh badan, Shaklee menyediakan Vitamin E semulajadi (d-alfalfa) khusus untuk kesihatan pengguna-penggunanya. Vitamin E Shaklee diperolehi dari sumber kacang soya semulajadi yang menjadikan vitamin E lebih aktif secara biologi berbanding vitamin E sintetik!! Istimewannya, vitamin E mengandungi selenium dan tiada kesan sampingan. Pengambilan sebiji kapsul vitamin E 400 IU Shaklee setiap hari membekalkan jumlah vitamin seperti yang terdapat dalam:

1. 40 hidangan (setiap hidangan 1 auns) buah badam semulajadi
2. 28 hidangan ( setiap hidangan 2 sudu makan) minyak bunga merah
3. 24 hidangan (setiap hidangan 1 sudu makan) mayonais


Antara fungsi Vita-E Complex adalah:

 1. Memelihara kesihatan kulit, melambatkan proses penuaan
 2. Antioksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan  penyakit kardiovaskular
 3. Bersifat anti-imflammatory
 4. Bersifat diuretic, mengurangkan tekanan darah tinggi
 5. Mengurangkan risiko penyakit katarak
 6. Membantu kesuburan lelaki dan wanita
 7. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
 8. Mengurangkan risiko keguguran bagi ibu2 yang mengandung
 9. Menyokong fungsi penghantaran oksigen ke seluruh badan bagi meningkatkan stamina
10. Bekerjasama dengan Vitamin A untuk melindungi paru2 daripada pencemaran udara
11. Mengurangkan risiko masalah jantung dan strok
12. Mengelakkan / mengurangkan masalah darah beku


Untuk pertanyaan lebih lanjut atau berminat hendak order Vitamin E Shaklee ini, sila la  hubungi saya. Saya bersedia memberikan konsultasi untuk anda. :)

Eena Zalina
019-276 6779
neolin_na@yahoo.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.