Thursday, March 14, 2013

Chewable VitaC Plus 100mg


Sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Dalam menghadapi gaya hidup moden ini mampukah kita memastikan keperluan vitamin kita mencukupi? Tambahan pula dengan keterbatasan masa mengurus kerjaya dan rumah tangga, kita sememangnya tidak cukup tangan untuk menyediakan makanan yang betul-betul berkhasiat untuk keluarga terutamanya permata hati kesayangan kita.

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlukan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.


Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan.

Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato. Namun begitu, adakah semua kanak-kanak sukakan makanan-makanan tersebut? Anak saya sendiri langsung tidak menggemari buah oren atau apa saja buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan khasiat vitamin C.
 

Sebagai alternatifnya, saya harus mencari sesuatu yang dapat menjadi makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan nutirisi makanan lengkap untuk  anak saya. Untuk itu saya telah memperkenalkan Chewable Vita-C Plus 100mg kepada anak saya. Ia adalah sangat baik bagi menguatkan fungsi imunisasi tubuhnya. Chewable Vita C Shaklee kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara supplement vitamin C paling lengkap di pasaran.

Menariknya, manfaat vitamin C dalam Chewable Vita C plus ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia dari empat tahun dan ke atas, tetapi juga boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.

Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!
  1. Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  2. Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  3. Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  4. Meningkatkan sistem imun tubuh
  5. Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  6. Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  7. Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  8. Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  9. 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  10. Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: