Wednesday, November 19, 2014

Testimoni Alfalfa Untuk Masalah Bau Badan


Assalamualaikum...

Entry saya yang sebelum ini, ada saya kongsikan tentang masalah bau badan yang dialami oleh segelintir masyarakat hari ini. Memang tak dinafikan, kita nampak masalah tu simple je tapi jangan tak tau kesannya boleh jadi besar. Macam yang tengah duk kecoh-kecoh sekarang ni laaa.. pasal 'suami Mah' yang curang sebab cakap Mah tu bau busuk laaa, tak cun laa.. kusam laaa.. Ehhh, banyak komplen betul suami Mah tu ye!! Haaa, meh sini Mah dan kawan-kawan Mah.. kita tengok sikit kat sini penangan hebatnya Alfalfa Complex Shaklee ni.

Sebelum ini saya pernah kongsikan himpunan testimoni Alfalfa ni. Hari ni, kita tengok pula testimoni yang diberikan oleh pengguna yang berpuas hati masalah bau badan hilang setelah amalkan pengambilan Alfalfa Complex. 

 Testimoni 1



 Testimoni 2
 


Tetapi, Alfalfa ini juga bukan hanya membantu dalam masalah bau badan sahaja. Ia juga bagus bagi wanita yang mempunyai masalah keputihan. Kita tengok testimoni kat bawah ni:

 



Jadi, kalau ada diantara pembaca saya yang mempunyai masalah-masalah tersebut, boleh laa cuba ikhtiarkan dengan pengambilan Alfalfa Complex yer. Harga sebotol hanya RM53 bagi saiz kecil 330biji dan RM97 bagi saiz besar 700biji. Haa, berbaloi, kan??


AMARAN!

Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa. Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.

Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser.

Dan bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah.. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, November 17, 2014

Masalah Bau Badan?


Assalamulaikum..


Bau badan yang tidak menyenangkan tidak kira sama ada bau busuk, tengik, masam atau hapak  sememangnya menjadi masalah yang memalukan bagi kebanyakan orang. Kita yang duduk dekat orang yang badan berbau pun rasa tension, apatah lagi orang yang menanggung tu kan? Agaknya dah macam-macam cara dia cuba nak hilangkan bau badan tu tapi tak menjadi. Mana kita tau, betul tak?

Tapi ada jugak yang jenis selamba buat tak kisah je badan dia bau busuk. Pakai baju yang tak basuh berulang-ulang kali. Pastu mandi tak ada nak bersabun pun. Mana sempat nak sabun, mandi tak sampai seminit. Ehhh, ini memang betul saya tengok yer? Bukan reka-reka cerita. Pastu spray perfume banyak-banyak konon tak nak badan tu berbau tapiiii hasil dia lagi teruk okeh!! Please laaa memang tak suka betul orang jenis macam ni. Malas dan pengotor. Rasa nakkk je cakap..

Eee …. Busuknya badan kau ! Dok jauh-jauh sikit boleh tak?". Haa mau histeria kalau  cakap macam tu kan. Hahaha!


Ataupun, cuba la  bayangkan orang yang berada di kiri dan kanan kita acapkali duk tekup-tekup hidung dengan tangan bila bersembang dengan kita. Mesti ada sebabnya, kan? Mungkin ada yang control-control depan kita sebab nak jaga hati, tapi jangan la sampai ada kawan-kawan yang lari dari kita sebab kita berbau busuk. Kalau jadi macam ni, tolong laaa ikhtiar untuk masalah bau badan tu. Sebab masalah tu nampak je kecil tau. Lama-lama memang boleh timbul masalah kalau kita biarkan.

Ok, dalam entri kali ini saya cuba kongsikan dengan anda punca badan berbau dan tips untuk mengatasinya. Mana tahu kalau-kalau ada diantara tips yang disenaraikan dapat membantu anda.


Punca Badan Berbau
 
1. Mandi yang tidak bersih. Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi. Mandi pula sekali sehari sahaja. Jenis macam ni, orang jenis badan kurus pun memang boleh berbau ye. Tak payah nak tunggu badan besar je selalu ada bau badan. Kebersihan itu penting tau!

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu ketiak dicukur setahun sekali. Hehe ada ke yang buat macam tu?

4. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman (sembelit) dan kegemukan. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

6. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.


Tips Mengatasi Badan Berbau

Apa- apa hal sekali pun, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mengatasinya. Cubalah ikuti tips di bawah ini.

1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.

2. Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini.  Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.

3. Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. 

4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.

5. Mencukur bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.

6. Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut. Akan tetapi, harus juga kita ingat, ada orang yang jenis memang kuat berpeluh kat ketiak tu, kadang kala pemakaian deodoran akan menyebabkan bau yang bercampur-campur. Hehehe. Jadi, bila dah bercampur bau tu sendiri mau ingat la kan macamana dia punya penangan. :D

7. Kurangkan makanan berlemak serta jenis makanan yang disebutkan di atas. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.

8. Pengambilan supplement  untuk mengawal bau badan secara semulajadi. Kita juga boleh mengambil supplement  untuk mengatasi masalah bau badan ini secara semulajadi. Alfalfa Complex Shaklee adalah salah satu supplement yang mana ramai orang telah berpuas hati dengan hasilnya setelah mengamalkan supplement tersebut dengan konsisten.




Apakah Alfalfa Complex?

Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. Jika anda mempunyai masalah yang sama, dapatkan Alfalfa segera untuk mengurangkan masalah bau badan yang dialami. 


Tak ramai yang sanggup berterus-terang tentang masalah bau badan yang rakan mereka alami. Bimbang nanti ada pulak yang kecil hati. Paling tidak pun, rakan anda akan bercerita sesama teman-teman yang lain sahaja. Itu adalah lebih memalukan. Oleh itu, bertindaklah sebelum terlambat. Ayuh dapatkan Alfalfa Complex sekarang!

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, November 13, 2014

Vitamin Cinta Shaklee


Assalamualaikum..

Amboiiii, tajuk kemain la lagi kan? Hehehe. Takde laaa, kita kan selalu jugak dengar pasal 'ubat kuat' untuk lelaki dan yang paling selalu disebut ialah VI**RA. VI**RA dikatakan membantu seorang lelaki mencapai tahap seksual yang memuaskan. Namun, adakah anda tahu kesan sampingan yang akan terjadi sekiranya tersilap mengambil ubat-ubatan begitu secara berlebihan tanpa kawalan? Mesti ada yang pernah dengar, mangsa meninggal waktu sedang melakukan hubungan akibat masalah jantung. Haaa, bahaya kan?

Hakikatnya, dalam soal ini apa yang penting adalah bergantung pada zat makanan yang kita ambil setiap hari. Jika masih perlukan 'ubat kuat' tak perlu laa beli yang bukan-bukan dan boleh membahayakan nyawa sendiri sebaliknya berusahala mencari bahan yang bertindak secara semula jadi tanpa meninggalkan apa-apa kesan sampingan kepada tubuh.



Dengan Shaklee, kita ada Set Vitamin Cinta yang terdiri daripada gabungan Vitamin E dan Alfalfa Compex yang dapat membantu dalam menghangatkan semula hubungan pasangan yang dah mula rasa hambar je tu. Tambah-tambah lagi kalau wanita lepas bersalin tu biasanya macam hilang mood je kan.. boleh la ambil Vitamin E ni untuk membantu dalam menstabilkan hormon sekaligus dapat  meningkatkan citarasa seksualnya.

Ok, jom kita tengok apakah peranan Vitamin E ini kepada suami dan isteri:
  1. Lebih tenaga
  2. Ereksi yang lebih lama
  3. Lebih cepat terangsang
  4. Orgasma yang lebih kerap dan rasa bersemangat
  5. Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi
  6. Melancarkan aliran darah 
  7. Sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada
Lagi kelebihan Vitamin E 
  1. Antioksidan yang hebat 
  2. Menyihatkan jantung
  3. Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  4. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  5. Meningkatkan prestasi atlit
  6. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan 
Biasanya ada antara pengguna yang berpuas hati dengan Vitamin E ni memberikan jolokan vitamin "malam jumaat". Hehehe. Selain itu juga, Vitamin E merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mengelakkan masalah berkaitan dengan kanser prostat, kanser payudara, kanser serviks dan ovari. Wahh! Bagus, kan? Vitamin E bukan sahaja untuk kulit bahkan mempunyai banyak kelebihan untuk suami mahupun isteri. Kesan sampingan jika mengambil Vitamin E ini mungkin menyebabkan parut makin menghilang, muka makin berseri. Seronokkan kesan sampingan yang positif macam ni. Cantik dapat, hebat pun dapat! :D

Fungsi Alfalfa Complex

Peranan untuk suami dan isteri: 
  1. Membantu mengurangkan masalah "kering ketika bersama' 
  2. Membantu mengurangkan masalah keputihan wanita 
  3. Membantu memperhebatkan khazanah wanita. 
  4. Membantu detoks dan membantu mengurangkan sembelit (jika ada) 
  5. Membantu badan rasa ringan dan bertenaga 
  6. Meningkatkan Stamina
  7. Bertindak mengetat seperti kacip fatimah  
  8. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor  
  9. Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  10. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  11. Melegakan elergi dan ekzema
  12. Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  13. Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau

Gabungan Vitamin E dan Alfalfa memang sangat sesuai untuk suami dan isteri. Tak perlu lagi  mengambil sebarang ubat kuat yang kebanyakan mengandungi bahan terlarang seperti steroid yang boleh memudaratkan kita.

Untuk itu, ayuh jadikan hubungan anda dengan pasangan lebih meriah tanpa mengambil ubat-ubatan terlarang mahupun diragui yang boleh menjejaskan kesihatan diri dan pasangan. Cuma dapatkan sebotol Vitamin E dan amalkan.  Bagi pasangan yang masih mencuba untuk menimang cahaya mata, Vitamin E juga membantu dalam meningkatkan kesuburan. Jadi, memang tak rugi pun makan Vitamin E ni. Banyak sangat khasiat dia yang kita dapat bila kita amalkan betul-betul.

Tak percaya?? Ok, saya selit satu testimoni dari seorang pengguna Set Vitamin Cinta ni yer! :)


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, November 11, 2014

Set Kesihatan Lelaki Shaklee


Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog saya ni ye? Harap-harap semua sihat hendaknya. Saya selalu share pasal kesihatan yang ala-ala nak bagi orang perempuan atau wanita aje yang sihat, cergas dan cantik-cantik. Hehehe. Takde laa.. mana ada macam tu. Tapi, sebenarnya benda-benda yang melibatkan kecantikan dan penjagaan kesihatan ni selalunya orang perempuan laaaa yang selalu excited, betul tak? Sebab tu nampak orang perempuan aje laa yang patut makan supplement ni. :D



Kat sini saya nak bagitau, lelaki pun sebenarnya lagi penting dalam soal menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Sebab orang lelaki ni selalunya banyak guna tenaga, banyak nak fikir itu ini. Hal kerja lagi, hal family lagi.. kan? Saya perhatikan, orang lelaki ni jarang kena sakit demam. Tapi, kalau sekali dia kena biasanya memang teruk pastu dia punya manja tuuu.. mak aihh.. mengalahkan kita ni. Hahaha! Jangan marah ye! Ini saya tengok suami saya la.. setahun sekali pun payah dia nak demam. Tapi, ada sekali dia demam, pening saya nak handle. Kih3. :p

Berbalik kepada topik asal, nampak tak bahawa risiko penyakit juga tidak terkecuali buat mereka. Antara penyakit yang famous sangat adalah sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, obesiti, strok dan sebagainya. Ada juga yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun! Masalah ini menyebabkan mereka akan menghadapi masalah mati pucuk, mengalami pembesaran prostat, kelesuan dan kurang stamina/tenaga.

Oleh sebab itu la saya katakan betapa pentingnya bagi lelaki-lelaki ini menjaga kesihatan dan mengambil suppplement bagi menampung keperluan harian tubuh badan mereka. Ok, kat sini saya nak kongsikan berkenaan Set Kesihatan Lelaki Shaklee atau lebih dikenali sebagai Shaklee Men's Vital Health. Set ini mengandungi 3 produk yang terdiri daripada:



1. Omega Guard 
  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
  • Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fumgsi sendi

2. Zinc Complex
  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
  • Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
  • Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
  • Mencecah masalah mati pucuk
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut

3. Vitamin E
  • Dapat menghasilkan sperma yang lebih banyak
  • Dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
  • Meningkatkan paras testosteron di dalam badan

Antara kebaikan set ini adalah untuk:
  1. Memelihara kesihatan prostat
  2. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  3. Memelihara jantung yang sihat
  4. Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  5. Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Jadi, apa tunggu lagi wahai isteri-isteri mithali, boleh laa beli dan hadiahkan buat suami tersayang. Harga set ni lebih murah pada bulan November ni sebab ada promo Omega Guard tau! Jangan lepaskan peluang anda! 

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.