Monday, November 17, 2014

Masalah Bau Badan?


Assalamulaikum..


Bau badan yang tidak menyenangkan tidak kira sama ada bau busuk, tengik, masam atau hapak  sememangnya menjadi masalah yang memalukan bagi kebanyakan orang. Kita yang duduk dekat orang yang badan berbau pun rasa tension, apatah lagi orang yang menanggung tu kan? Agaknya dah macam-macam cara dia cuba nak hilangkan bau badan tu tapi tak menjadi. Mana kita tau, betul tak?

Tapi ada jugak yang jenis selamba buat tak kisah je badan dia bau busuk. Pakai baju yang tak basuh berulang-ulang kali. Pastu mandi tak ada nak bersabun pun. Mana sempat nak sabun, mandi tak sampai seminit. Ehhh, ini memang betul saya tengok yer? Bukan reka-reka cerita. Pastu spray perfume banyak-banyak konon tak nak badan tu berbau tapiiii hasil dia lagi teruk okeh!! Please laaa memang tak suka betul orang jenis macam ni. Malas dan pengotor. Rasa nakkk je cakap..

Eee …. Busuknya badan kau ! Dok jauh-jauh sikit boleh tak?". Haa mau histeria kalau  cakap macam tu kan. Hahaha!


Ataupun, cuba la  bayangkan orang yang berada di kiri dan kanan kita acapkali duk tekup-tekup hidung dengan tangan bila bersembang dengan kita. Mesti ada sebabnya, kan? Mungkin ada yang control-control depan kita sebab nak jaga hati, tapi jangan la sampai ada kawan-kawan yang lari dari kita sebab kita berbau busuk. Kalau jadi macam ni, tolong laaa ikhtiar untuk masalah bau badan tu. Sebab masalah tu nampak je kecil tau. Lama-lama memang boleh timbul masalah kalau kita biarkan.

Ok, dalam entri kali ini saya cuba kongsikan dengan anda punca badan berbau dan tips untuk mengatasinya. Mana tahu kalau-kalau ada diantara tips yang disenaraikan dapat membantu anda.


Punca Badan Berbau
 
1. Mandi yang tidak bersih. Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi. Mandi pula sekali sehari sahaja. Jenis macam ni, orang jenis badan kurus pun memang boleh berbau ye. Tak payah nak tunggu badan besar je selalu ada bau badan. Kebersihan itu penting tau!

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu ketiak dicukur setahun sekali. Hehe ada ke yang buat macam tu?

4. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman (sembelit) dan kegemukan. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

6. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.


Tips Mengatasi Badan Berbau

Apa- apa hal sekali pun, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mengatasinya. Cubalah ikuti tips di bawah ini.

1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.

2. Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini.  Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.

3. Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. 

4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.

5. Mencukur bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.

6. Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut. Akan tetapi, harus juga kita ingat, ada orang yang jenis memang kuat berpeluh kat ketiak tu, kadang kala pemakaian deodoran akan menyebabkan bau yang bercampur-campur. Hehehe. Jadi, bila dah bercampur bau tu sendiri mau ingat la kan macamana dia punya penangan. :D

7. Kurangkan makanan berlemak serta jenis makanan yang disebutkan di atas. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.

8. Pengambilan supplement  untuk mengawal bau badan secara semulajadi. Kita juga boleh mengambil supplement  untuk mengatasi masalah bau badan ini secara semulajadi. Alfalfa Complex Shaklee adalah salah satu supplement yang mana ramai orang telah berpuas hati dengan hasilnya setelah mengamalkan supplement tersebut dengan konsisten.




Apakah Alfalfa Complex?

Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. Jika anda mempunyai masalah yang sama, dapatkan Alfalfa segera untuk mengurangkan masalah bau badan yang dialami. 


Tak ramai yang sanggup berterus-terang tentang masalah bau badan yang rakan mereka alami. Bimbang nanti ada pulak yang kecil hati. Paling tidak pun, rakan anda akan bercerita sesama teman-teman yang lain sahaja. Itu adalah lebih memalukan. Oleh itu, bertindaklah sebelum terlambat. Ayuh dapatkan Alfalfa Complex sekarang!

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: