Monday, September 2, 2013

Shaklee CoQ Health Plus


Penyakit jantung adalah pembunuh senyap No. 1 di dunia dan ianya adalah lebih merbahaya kerana kebanyakannya tiada siapa yang tahu dia telah menghidap penyakit jantung kecuali setelah kronik dan kritikal kerana ia biasanya terjadi dalam diam tanpa disedari!!

Shaklee telah memperkenalkan satu produk yang amat sinonim dengan kesihatan jantung iaitu CoQHealth Plus (CoQ10).

Apa itu CoQ10?

CoQ10 adalah zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui disetiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Ia lebih banyak ditemui dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.


Fungsi CoQ10

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri dan kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini berulang-ulang beribu-ribu kali untuk membolehkan jantung kekal BERDEGUP dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi mengekalkan aliran tenaga berterusan.


Faedah Dan Kebaikan CoQ10

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah, dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/ normal.

CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.


Kesan Kekurangan CoQ10

CoQ10 berkurangan seiring dengan pertambahan usia dari seawal 20an. Di usia 40an tubuh akan mula kehilangan CoQ10 secara mendadak. Kekurangan CoQ10 dikaitkan dengan tanda-tanda penuaan dan pengurangan kadar tenaga tubuh.

Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: