Sunday, May 4, 2014

Mealshake Shaklee Tidak Selamat?



Isu Mealshake Shaklee yang dikatakan merbahaya kepada kanak-kanak sering sahaja dibangkitkan. Kepada yang mempersoalkan isu selamat atau tidak  Mealshake ini untuk kanak2, untuk pengetahuan anda Mealshake ini sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak2 walaupun sebenarnya ia boleh di amalkan oleh orang dewasa.

Bagi yang masih belum kenal, Mealshake ini juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang mengandungi:
  • 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat.
  • merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan badan.

Jadi kenapa ada yang mengatakan mealshake tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshake Shaklee ada maltodextrin

Isu utama yang dikatakan adalah Mealshake Shaklee mengandungi maltodextrin di dalamnya. Sebelum menuduh Mealshake ini tidak selamat sebaiknya kenalah cek dan tengok dulu apa itu maltodextrin?

Maltodextrin adalah bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickneker" atau "filler". Hakikatnya, maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang , barli dan gandum. Jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai  indexs glisemik yang tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan mengandungi indeks glisemik yang tinggi maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukarkan menjadi "glucose" di mana jika tidak digunakan oleh sel  badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukkan maltodextrin, makanya jika nak ambil makanan yang mengandungi maltodextrin yang tinggi ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu tubuh badan anda memerlukan gula atau "glukose" dengan cepat dan maltodextrin boleh bekalkan kepada badan anda.

Untuk info mengenai maltodextrin  anda boleh jenguk link ini- WHAT IS MALTODEXTRIN dan IS MALTODEXTRIN BAD FOR YOU?




Isu 2 : Kandungan gula ("sugar") dalam Mealshake Shaklee:
Isu kedua yang hangat diperkatakan adalah soal "sugar"  dalam Mealshake ini. Ia menjadi isu kerana di pelekat "ingredient" pada Mealshake, tertulis untuk servings per 100 g, Mealshake membekalkan 47.1 g  "sugar" yang mana ia adalah agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya, ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100 g Mealshake Shaklee setiap hari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sudah tertulis serving size yang dicadangkan hanyalah 34 g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula. Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100 g sehari pun. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu persamaan 1/4 cup. Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita tidak ikut panduan makan yang betul?

Isu 3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah umur 4 tahun atau 6 tahun?
Jika di tanya kebanyakkan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia setahun ke atas. Jadi isu ke 3 yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan yang Mealshake ini selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g yang dicadangkan Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang. 

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun jika mahu diberikan Mealshake Shaklee kita ada panduan  pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu cara pengambilannya? Sila hubungi pengedar shaklee anda. Jika anda customer saya, sudah pasti saya akan berikan maklumat tersebut pada anda ;-).

Apapun, pada saya itu semua bergantung pada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee untuk kesihatan harian anak anda.

Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake tidak selamat ini. Pada saya terpulang pada ibu itu sendiri. Kita yang menentukan baik atau buruk untuk anak-anak kita. Bagi saya sendiri,  memang saya amalkan Mealshake ini untuk anak-anak saya. Apalah sangat sedikit sukatan Mealshake ini berbanding dengan makanan segera yang ada di luar sana yang lebih buruk kesannya kepada kesihatan anak-anak. Kadang-kadang ada ibubapa yang terlebih concern dengan isu-isu macam ni tapi sedar tak sedar, bagi anak makan macam-macam yang lebih tak elok drp Mealshake ni. :p

Tapi, yang bestnya tu.. dalam pada ada yang melalut mengatakan Mealshake tidak selamat untuk kanak2 tapi tetappppp juga Mealshake ni habis stok. :p. Bulan ni promo Mealshake ya.. kalau berminat, boleh mesej saya. :)

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: