Monday, December 1, 2014

Garlic Complex Sebagai Antibiotik Semulajadi


Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang tau kebaikan bawang putih terhadap kesihatan. Tapi, saya sendiri memang bermasalah betul nak makan bawang putih ni. Kadang-kadang kalau kebetulan makan kat kedai, ada sikit je bawang putih yang dia ketuk2 tu, tetappp saya buang. Memang tak boleh laa. Tergigit sikit pun sanggup keluarkan semula. Teruk betul la kan?? 



Jom kita tengok apakah kebaikan bawang putih ni kepada kesihatan kita:
  • Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik  semulajadi yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.
  • Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil. Ibu yang mempunyai anak yang tidak cukup bulan boleh mengambil bawang putih sebagai makanan tambahan sebagai ikhtiar agar anak mendapat khasiat bawang putih melalui susu ibu.
  • Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang boleh  mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
  • Bawang putih yang mengandungi antibakteria ini  juga membantu mengurangkan kolesterol dan lemak jahat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam agar bebas toksin.
Tetapiiii, kalau jenis macam saya yang tak makan bawang putih ni macamana? Jangan bimbang, sebab Shaklee ada Garlic Complex. Bila baca review kawan2 tentang bagusnya amalkan Garlic ni, saya pun cuba! Masa batuk selsema aritu, walaupun tekak perit luka rasa macam nak berdarah tapi, body mantain takde demam pun. Tapi, konsisten dengan supplement lain jugak laaa macam Vitamin C, Nutriferon semua tu. But still, Garlic ni juga banyak membantu! 
 

Saya paling risau kalau saya tak sihat, takut berjangkit kat baby Adelea. Dia sentiasa berkepit dengan saya waktu menyusu, kadang-kadang saya tak boleh tahan nak batuk masa dia tengah menyusu tu, saya terpaksa batuk je dekat dia tu. Tapi, Alhamdulillah dia mantain je takde berjangkit dengan saya. Itu la sebabnya saya makan supplement ni. Supaya sedikit sebanyak dapat jugak khasiat yang baik dari supplement tu kepada Adelea.

Ok, kita tengok pulak apa khasiat Garlic Complex ni yer! 

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah ia diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%  (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif). Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia:
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat sebagai antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Membantu merawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Membantu merawat asthma

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
  • Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  • Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  • Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  • Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  • Mengelakkan masalah edema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  • Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  • Bagi yang mempunyai penyakit diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
  • Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
  1. Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
  2. Perut memulas (stomach upset)
  3. Cirit-birit (Diarrhea)
  4. Bronkitis
  5. Luka-luka (infected wounds)
  6. Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing
Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dan lain-lain, dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik tersebut untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambil supplement garlic ini yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: