Assalamualaikum..
Hari ini saya nak kongsikan tentang kebaikan dan kehebatan minyak ikan bagi memperbaiki masalah insomnia atau sukar tidur dikalangan masyarakat kita akhir-akhir ini. Kebaikan minyak ikan telah diakui oleh ramai orang dimana ia dapat memperbaiki pelbagai
penyakit berkaitan kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan pengurangan
paras lipid. Terdapat juga bukti yang menunjukkan minyak ikan boleh memperbaiki
simptom kecelaruan-perasaan seperti tekanan
dan kecelaruan bipolar. Tapi tidak
ramai yang tahu minyak ikan boleh
membantu memperbaiki rutin tidur dan meningkatkan kualiti tidur. Ini
disebabkan oleh hubungan antaran asid-asid lemak dalam minyak ikan dalam
penghasilan pelbagai jenis hormon dan neurotransmitter.
Maklumat
daripada seorang nutritionist Shaklee
Malaysia, beliau mengatakan minyak ikan boleh memperbaiki masalah berkaitan
tidur. Macam mana minyak ikan
ni dikatakan boleh membantu memperbaiki kualiti tidur?
Secara
ringkasnya...
'Bila badan kita penat, saraf akan bengkak dan ini
membuatkan pengaliran darah tidak lancar dan ini sebabnya kita lagi mudah rasa
letih. Tetapi Omega ini berfungsi sebagai anti inflammation maka ia akan
mengurangkan bengkak pada saraf dan pengaliran darah akan lancar seterusnya
membuatkan badan kita ringan maka dengan ini kita akan mudah bangun dari
tidur.' - olahan oleh Master Norita
Apakah Insomnia?
Definisi
susah tidur mengikut Persatuan Masalah Tidur Amerika (American Sleep
Disorders Association) adalah, susah melelapkan mata semasa tidur ataupun
mudah terjaga selepas tidur atau difficulty falling asleep or staying asleep.
Apabila ia berterusan bagi jangka masa yang lama, ia dinamakan masalah tidur
kronik atau chronic insomnia.
Apabila
anda terpaksa berbaring tanpa boleh melelapkan mata selama 30 hingga 45 minit
sebelum tidur, kerap terjaga pada waktu malam ataupun terjaga pada awal pagi
dan tidak boleh tidur semula selepas itu, dan sentiasa letih selepas bangun
daripada tidur, anda mungkin sedang mengalami masalah susah tidur atau
insomnia.
Apakah Penyebab Insomnia?
Terdapat
pelbagai punca yang menyebabkan
masalah tidak dapat tidur ini berlaku. Antaranya ialah:
1. Akibat
kesakitan
2.
Tekanan perasaan
3.
Kecelaruan seperti insomnia, sleep apnea dan narcolepsy
Akibat daripada tidak dapat tidur boleh memberikan
kesan yang pelbagai antaranya ialah:
1. Tidak
dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan baik sepanjang hari
2.
Pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, depresi dan obesiti kerana kekurangan
tidur selalunya menyebabkan kurangnya senaman dan amalan pemakanan secara
sihat.
Kekurangan Asid Lemak
Amalan
pemakanan yang kekurangan beberapa jenis asid lemak yang sepatutnya mudah
didapati melalui ikan, boleh mempengaruhi penghasilan bahan kimia psikologi. Minyak ikan kaya dengan Asid Lemak Omega 3 iaitu EPA dan DHA
yang boleh diperolehi melalui ikan ataupun makanan tambahan. Dalam satu kajian
pada tahun 2008 yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional, menyatakan diet
pemakanan yang kekurangan Asid Lemak Omega 3 mengurangkan ritma melatonin, melemahkan fungsi jam badan (body clock ataupun circadian
clock functioning) dan juga mempengaruhi gangguan dalam tidur nocturnal (nocturnal sleep).
Bagaimana Minyak Ikan
Membantu Memperbaiki Masalah Berkaitan Tidur Seperti Insomnia ini?
Mengikut
kajian oleh American Journal of Clinical Nurition, minyak ikan memainkan peranan
dalam menggalakkan rembesan melatonin. Melatonin
ialah hormon yang membantu mengawal kitaran tidur dan jaga dan selalunya
digunakan untuk merawat insomnia dan jet lag. Komponan EPA dan DHA dalam minyak
ikan telah terbukti menurunkan paras norepinephrine.
Norepinephrine adalah hormon tekanan yang dikaitkan dengan reaksi pergaduhan
atau penerbangan dan berfungsi antaranya untuk meningkatkan degupan jantung. Ianya juga satu neurotransmitter
utama yang berkaitan dengan tidur selain daripada serotonin. Norepinephrine adalah komponen penting dalam kitaran
tidur dan memainkan peranan penting dalam fasa Rapid Eye Movement (REM). Ketidakseimbangan norepinephrine boleh
memburukkan kitaran tidur dan menyebabkan mengantuk disiang hari.
Mengikut
WHO pula, orang ramai perlu mengambil antara 0.3 sehingga 0.5 gram EPA dan DHA
setiap hari. Dalam sebiji kapsul soft gel Omega Guard mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA. Jadi, boleh
amalkan mengambil 2 atau 3 biji Omega Guard setiap hari untuk memperbaiki
masalah berkaitan tidur seperti insomnia ataupun mengalami keletihan melampau
akibat perjalanan yang jauh. Sebab minyak
ikan ni akan membantu melegakan ketegangan urat saraf, membuatkan rasa lebih
tenang dan mudah untuk tidur. Urat
saraf dan badan juga dapat berehat secukupnya tanpa gangguan dan menggalakkan
proses pemulihan badan.
Tidur berkualiti juga dapat membantu kita bangun
dengan lebih mudah dengan segar dah cergas. Sebaik-baiknya cuba kita amalkan menjadualkan
masa tidur yang sistematik setiap hari. Ada juga masalah yang timbul disebabkan
kesilapan dimana pada
hari-hari biasa, ramai yang bangun daripada tidur mengikut jadual tertentu,
tetapi pada hujung minggu, mereka ketepikan jadual itu dan bangun lewat. Tanpa
mereka sedari perbuatan mereka akan mengundang masalah susah tidur pada
malam-malam berikutnya.
Menurut
Tarmizi dan Abu Daud, Nabi Muhammad berkata,
“Allah paling hampir kepada
hambaNya di akhir malam iaitu sebelum subuh. Sekiranya kamu mampu untuk
mengingati Allah ketika itu, lakukanlah.”
Hadis di
atas jelas menunjukkan kepada kita, waktu sebaiknya untuk bangun dari tidur
ialah sebelum subuh iaitu antara jam 5 atau 5.30 pagi setiap hari. Dan pada
waktu itu dapatlah diambil peluang mendekatkan diri kepada Allah dengan
melakukan sebarang ibadah dengan lebih tenang dan selesa. Sebab itu adalah penting supaya kita dapat menjaga kualiti tidur supaya rutin harian kita tidak terganggu dengan masalah tersebut.
-----------------------------------------------------
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
1 comments:
1xbet korean online sports betting
1xbet korean online sports betting - Best online sportsbook for This is the best online bookmaker for sports betting. 1xbet korean online betting is affiliation 1xbet
Post a Comment