Tuesday, October 14, 2014

Info: Perbezaan Soya GMO dan Non-GMO


Assalamualaikum..

Akhir-akhir ini banyak sangat isu berkenaan soya yang diperkatakan oleh masyarakat umum. Isu yang paling hangat dan paling rajin orang share adalah berkenaan keburukan soya kepada kesihatan. And of course laaaa ESP Shaklee yang hotttt dipasaran ni mendapat tempiasnya!! Biasa laaaa, barang hot selalunya memang dapat perhatian lebih. Ahaks! :p


Tapi, tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis soya iaitu GMO dan non-GMO? Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa mengubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya secara konsisten boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri pemakanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO

Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia. Haaa,  nampak sangat hi-technology kan?

Soya adalah makanan yang mempunyai banyak kebaikan namun begitu disebabkan wujudnya soya yang dimodifikasi secara genetik adakah soya masih memberikan kebaikan kepada kita? Pilihan ditangan anda untuk memilih apa yang terbaik demi kesihatan.

Kenapa soya GMO tidak selamat untuk dimakan?

Pengambilan soya GMO meningkatkan risiko untuk mendapat reaksi alahan. Di UK, alahan terhadap soya meningkat sebanyak 50% selepas soya GMO diperkenalkan di pasaran. Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut. Soya GMO menurunkan paras enzim penghadaman. Keadaan ini membawa kepada alahan terhadap pelbagai makanan. Selain itu soya GMO juga adalah toksin dan ini boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi hati. 

Soya GMO juga dikatakan boleh mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Di samping itu, soya GMO menganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ibu mengandung perlu berhati-hati dalam mengambil produk soya sepanjang tempoh kehamilan.



ESP Shaklee adalah supplement protein berasaskan soya keluaran Shaklee. Soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah datangnya dari soya Non GMO. Dalam proses penghasilan ESP, soya yang digunakan dicuci menggunakan air bagi mengekalkan kandungan di dalam soya. Sesetengah pengeluar produk soya menggunakan alkohol dalam pemprosesan soya. Pemprosesan yang menggunakan alkohol boleh menghilangkan isoflavones yang terdapat di dalam soya dan proses ini tidak dilakukan oleh Shaklee bagi memastikan kualiti soya dihasilkan adalah terbaik. 

Sedarkah kita, pengubahsuaian genetik ini bukan sahaja berlaku ke atas soya tapi ianya juga berlaku kepada kebanyakan hasil pertanian pada hari ini? Fikir-fikirkan.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


0 comments: