Friday, October 17, 2014

Tips: Bagaimana Meminimakan Parut Stretchmark Sewaktu Hamil?


Assalamualaikum..

Entry saya pada hari ini adalah berkenaan masalah yang paling banyak membelenggu wanita-wanita atau ibu-ibu yang telah melahirkan anak. STRETCHMARK. Saya percaya sebagai wanita, mesti akan ada rasa stress bila tengok kat perut, peha atau lengan ada stretchmark. Stretchmark ni memang la org lain tak nampak.. tapi, kita tengok hari-hari mesti ada rasa rendah diri kan? Yang rajin tu, dia sapu la krim apa2, yg mcm tak berapa rajin tu ala2 redha je la yekkk. Hehe.


Apakah Stretchmarks?

Stretchmarks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.
 

Tips bagaimana meminimakan stretchmarks sewaktu hamil.

1. Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.

2. Minum 8 gelas air masak atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.

3. Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.

4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretchmarks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak cocoabutter dan sebagainya.

5. Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretchmarks yang ada. Pengambilan yang konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan yang lebih baik.

Tahukah anda, dengan mengamalkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) secara konsisten, masalah ini dapat dikurangkan? Kenapa?? Baca disini untuk mengetahui bagaimana ESP Shaklee bertindak sebagai produk yang paling baik dan berkesan untuk masalah stretchmark ini. :).

-----------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: