Thursday, October 16, 2014

Resepi: Homemade Aiskrim Oreo Dengan Mealshakes Shaklee


Assalamualaikum..

Bersiaran lagi saya hari ini. :D. Saya nak kongsi pasal resepi pulak arini. Homemade Aiskrim!!! Yummehhh! Hehe!! 


Sebenarnya excited jugak bila tengok usaha buat aiskrim ni menjadi! Anak-anak lagi laaa happy sebab diorang pun sama naik menolong masa nak buat aiskrim nih. Anak-anak saya jarang jugak makan aiskrim. Sesekali tu ada la jugak beli. Itupun, berbulan2 tak habis. Sudahnya buang je. Tetiba kali ni rasa nak buat sendiri. Kebersihan terjamin, hasil air tangan ibu penuh kasih sayang and of courseeee halaalan thoyyiban!! :D

Lama jugak saya cari resepi sebab banyak resepi yang guna telur. Saya mmg nak avoid telur tu sbb aiskrim ni kita just chill mcm tu je kan.. So kena consider beberapa faktor la kalau letak telur. Tambah-tambah lagi nak bagi anak kita makan, kan?? Kenapa saya nak elak sangat letak telur tu? Haa, boleh baca kat entry ni pasal bahaya makan telur mentah.

Bila cari-cari resepi tu kebanyakkannya memang ada yang letak telur, sudahnya, saya 'derhaka' sikit pada resepi tu. :p Apa yang bestnya kalau kita buat sendiri ni, kita boleh pilih sendiri nak tambah apa dalam aiskrim yang kita buat tu. Nak tambah chocolate rice ke.. Milo ke.. apapun boleh. Yang paling penting, saya memilih untuk menambah sedikit Mealshakes sebagai tambahan didalam aiskrim yang saya buat tu.

Ok, ini resepi yang saya gunakan:

Bahan-bahan:

1 cawan susu full cream
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat (F&N) *saya kurangkan, guna dalam 3 sudu besar sahaja.
1 sudu besar ovellate

1 sudu kecil esen vanilla
Oreo secukupnya, dipatah-patahkan. *saya tak buang krim oreo tu. Masuk je sekali.
2 sudu besar Mealshakes Shaklee *ini saya tambah sendiri

Cara-cara:


Gunakan mixer, putar semua bahan di atas sampai pekat (Kecuali oreo ye). Kalau nak lagi elok dan cantik, putar bahan-bahan tersebut sampai betul2 stiff, maksudnya kalau kita terbalikkan bekas tu pun bahan tu tak jatuh atau tumpah. Maknanya betul-betul ringan la tu. Tapi, memang ambil masa laaa nak tunggu sampai stiff tu. :D. Saya pukul sampai adunan kembang dan pekat aje. 'Rajin' sangat laaa.. hehehe. Dah settle tu, sebelum letak dalam bekas aiskrim, masukkan oreo yang dah dipatah-patahkan tadi kedalam adunan. Lepas tu boleh lah bekukan. Dah keras tu, boleh la makan. 

Seriously memang sedapppp! Rasa macam aiskrim mahal. Haha. Tekstur aiskrim tu halusss je. Macam aiskrim oreo McD pun ada! Rasa manis just nice. Saya suka rasa masin-masin manis dari krim oreo tu. Sayang je kalau buang tau. Masukkan aje, bukan salah pun. :p


Kenapa saya letak Mealshakes dalam didalam aiskrim yang saya buat tu? Ini adalah supaya anak makan aiskrim, dapat sekali multivitamin dalam aiskrim tu. Best, kan?? Takde laaa saya rasa bersalah sangat bagi anak makan aiskrim. Haha. Itu untungnya buat sendiri nii.. kita boleh pilih untuk memberikan yang terbaik buat si manja kita.



Kalau nak buat macam ni kat anak, cepat-cepat grab Mealshakes. Mealshakes ni sesuai untuk anak-anak setahun ke atas. Ada promo pada bulan ni. Promo yang membolehkan anda membeli sambil menderma. Kalau kita betul-betul nak bagi yang terbaik untuk anak tersayang, tidak perlu ragu-ragu mengeluarkan sedikit pelaburan. Semoga usaha kita akan membuahkan hasil yang positif pada anak-anak kita. :)

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 

0 comments: