Tuesday, October 7, 2014

Info: Bahaya Telur Mentah


Assalamulaikum...




Tahukah anda bahawa amalan memakan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh bakteria? Selalunya, terdapat beberapa jenis 'desert' yang tidak menggunakan kaedah bakar atau kukus sebaliknya hanya perlu disejukkan sebelum dimakan. Ini tidak bermasalah sekiranya 'desert' tersebut tidak mengandungi telur tetapi sebaliknya adalah tidak berapa selamat sekiranya terdapat kandungan telur yang tidak dimasak didalamnya.


Telur separuh masak atau telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Apakah bakteria salmonella ini? Salmonella adalah sejenis kuman yang boleh hidup dalam keadaan persekitaran dengan oksigen atau tanpa oksigen. Ia ada di seluruh dunia dan hidup dalam haiwan termasuk manusia. Lazimnya masakan yang dimasak mentah ataupun tidak dimasak sempurna menyebabkan kuman itu membiak dengan cepat seterusnya boleh mendatangkan bahaya jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Ini bermakna, anda lebih mudah mengalami keracunan makanan daripada bakteria salmonella.

Bakteria ini mengambil masa enam hingga 72 jam untuk memasuki sistem penghadaman manusia. Biasanya bermula dengan muntah, cirit-birit, sakit perut dan ada kala demam panas. Bagi mengelakkan kejadian ini kita dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama dalam memilih produk makanan selain menjaga kebersihan. Elakkan memakan makanan yang mentah.

Keracunan makanan oleh bakteria Salmonella

Agen penyebab
  • Usus manusia dan haiwan (terutama usus ayam).
  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat).
  • Haiwan liar.

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
  • Telur dan hasil telur.
  • Susu dan hasil tenusu
  • Hasil tenusu (keju, krim, kastard).

Cara merebak
  • Makanan tercemar sama ada sewaktu penyimpanan atau ketika penyediaan.
  • Pengendali makanan yang dicemari oleh haiwan (tangan ke mulut).

Tanda-tanda
  • Demam.
  • Cirit-birit.
  • Sakit perut.
  • Muntah.
  • Loya.
  • Sakit kepala.

Tempoh jangkitan
  • Antara enam jam ke 72 jam (biasa 12 - 36 jam).

Cara pencegahan
  • Masak daging dan telur dengan sempurna.
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separuh masak.
  • Gunakan peralatan yang berbeza (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak.
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas berbeza.

Jika anda ingin memasak menggunakan resipi yang mengandungi telur mentah seperti aising royal, mayonis buatan sendiri, ataupun meringue, gunakan bahan-bahan daripada telur yang dipasteurkan sahaja. Telur yang dipasteurkan biasa digunakan dalam industry catering, tetapi anda juga boleh membeli telur putih yang dipasteurkan secara dalam talian. Pemasteuran memanaskan telur dan membunuh bakteria.

Cara anda mengguna dan menyimpan telur juga penting untuk memastikan ia bebas daripada bakteria salmonella:
  • Simpan telur di tempat yang ia tidak boleh bersentuhan dengan makanan lain. Idealnya, ia patut disimpan di tempat menyimpan telur dalam peti sejuk.
  • Jangan gunakan telur yang telah tamat tempoh luputnya.
  • Jangan gunakan telur yang telah rosak kulitnya, kerana ia mungkin mengandungi bakteria.
  • Ketika memasak, pastikan telur mentah tidak terpercik ke atas makanan lain, peralatan ataupun permukaan memasak.
  • Cuci tangan selepas memegang atau memasak dengan telur mentah.
  • Bersihkan semua peralatan yang telah digunakan untuk memasak telur dengan air panas yang bersabun.
  • Bersihkan permukaan dapur selepas memasak menggunakan air panas bersabun atau semburan anti bakteria dan kain yang bersih dan lembap.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


0 comments: