Wednesday, September 4, 2013

Nilai Jantung vs Vitamin



Pada dasarnya, gejala-gejala umum bagi seorang pesakit jantung adalah tidak jelas sehinggalah ia menjadi kritikal. Sebagaimana yang kita ketahui, penyakit jantung adalah pembunuh senyap No.1 di dunia. 

Faktor yang menjadi risiko penyakit jantung:
  • Darah Tinggi.
  • Merokok
  • Kegemukan (indeks jisim badan≥30 kg/m2).
  • Kurang aktif.
  • Tahap Kolesterol yang tinggi
  • Kencing manis.
  • Mikroalbuminuria atau dianggarkan GFR < 60 mL/min.
  • Sejarah keluarga mengidap penyakit arteri koronari 
Tahukah anda, kos bagi pembedahan jantung bernilai tidak kurang daripada 10 ribu ringgit?? Hakikatnya, kos pembedahan ataupun rawatan yang melibatkan jantung adalah sangat mahal. Tambahan pula, apa yg amat membimbangkan adalah ‘trend’ penyakit ini yang mula menular pada golongan muda sekitar umur 30-an dan 40-an, sedangkan ia pada asalnya dikategorikan sebagai penyakit orang tua (60 tahun ke atas). Menurut Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, penyakit jantung memberi impak atau kesan besar dalam kehidupan seseorang. Beliau juga turut menyatakan bahawa terdapat kaedah rawatan jantung yang mencecah kos sekitar RM140,000 termasuk harga injap jantung gantian berharga RM112,000. Rujuk.

Harga pasaran bagi Shaklee CoQ Health Plus adalah RM124 sebotol. Apabila membandingkan harga sebotol vitamin ini dengan kos yang MUNGKIN akan saya tanggung sekiranya mengidap penyakit jantung, saya rasakan betapa murahnya harga sebotol vitamin ini. Terbukti, mencegah itu lebih baik dari merawat. Sememangnya ajal maut itu ditangan ALLAH, namun kita juga diseru untuk menjaga kesihatan diri sendiri supaya sentiasa sihat dan cergas untuk melaksanakan tanggungjawab harian.

PROMOSI SEPTEMBER 13: COQHEALTH PLUS BUY 6 FREE 1!

Anda boleh hadiahkan khasiat terbaik CoQHealth Plus yang diperkaya dengan Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau kepada diri sendiri atau orang tersayang. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, September 2, 2013

Shaklee CoQ Health Plus


Penyakit jantung adalah pembunuh senyap No. 1 di dunia dan ianya adalah lebih merbahaya kerana kebanyakannya tiada siapa yang tahu dia telah menghidap penyakit jantung kecuali setelah kronik dan kritikal kerana ia biasanya terjadi dalam diam tanpa disedari!!

Shaklee telah memperkenalkan satu produk yang amat sinonim dengan kesihatan jantung iaitu CoQHealth Plus (CoQ10).

Apa itu CoQ10?

CoQ10 adalah zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui disetiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Ia lebih banyak ditemui dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.


Fungsi CoQ10

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri dan kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini berulang-ulang beribu-ribu kali untuk membolehkan jantung kekal BERDEGUP dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi mengekalkan aliran tenaga berterusan.


Faedah Dan Kebaikan CoQ10

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah, dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/ normal.

CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.


Kesan Kekurangan CoQ10

CoQ10 berkurangan seiring dengan pertambahan usia dari seawal 20an. Di usia 40an tubuh akan mula kehilangan CoQ10 secara mendadak. Kekurangan CoQ10 dikaitkan dengan tanda-tanda penuaan dan pengurangan kadar tenaga tubuh.

Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.