Wednesday, May 15, 2013

Rawat Ekzema Dengan Shaklee


Masalah ekzema memang tidak asing lagi bagi kebanyakkan daripada kita. Masalah ekzema ini bukan sahaja terjadi di kalangan kanak-kanak dan bayi malahan orang dewasa  juga. Ekzema akan menyebabkan badan menjadi gatal-gatal dan apabila sentiasa digaru akan meninggalkan parut.

Apa itu Ekzema?
Ekzema merupakan suatu gangguan kulit yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Dermatitis Atopik atau Ekzema adalah satu keradangan kulit yang kering dan berasa gatal. Keadaan kulit ini muncul pada siapa pun dari bayi kepada orang tua. Kebiasaannya bagi penghidap ekzema , doktor akan memberi sejenis ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tetapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama, adalah tidak baik.


Faktor-faktor ekzema menjadi semakin teruk:
  1. Perubahan suhu bilik secara tiba-tiba, senaman yang teruk dan cuaca yang panas dan lembap.
  2. Sentuhan dengan rumput atau pasir.
  3. Pakaian sintetik (sebagai contoh nilon) atau sakhlat.
  4. Kanak-kanak seharusnya memakai pakaian kain kapas atau pakaian dengan peratusan kandungan kapas yang tinggi.
  5. Perasaan susah hati yang beremosi.
  6. Penggunaan sabun berubat, mandi buih, air panas (yang cenderung membuang minyak semula jadi daripada kulit) secara sering. Gunakan sabun yang sederhana atau pengganti sabun seperti salap yang mengemulsi.
  7. Suhu air mandi seharusnya sejuk.
  8. Gunakan bahan cuci yang sederhana untuk membasuh dan membilas pakaian sebersih-bersihnya semasa cucian.
  9. Asap rokok. Di dalam bilik yang tertutup, asap dan wasap akan merengsakan kulit. Adalah baik untuk melarang merokok di dalam rumah.
  10. Bulu anjing dan kucing. Semua binatang peliharaan yang berbulu akan menjadikan ekzema lebih teruk. Elakkan daripada memelihara kucing dan anjing di dalam rumah. Begitu juga dengan alat-alat permainan yang berbulu dan permaidani.
  11. Makanan yang merengsakan dan air liur. Jus asidik dalam buah-buahan sitrus. Sebagai contoh buah oren dan sayur-sayuran seperti tomato boleh menyebabkan ekzema di sekeliling mulut. Ini selalu menjadi lebih teruk dengan jilatan bibir dan lelehan air liur. Adalah berkesan sekiranya anda menyapu satu halangan pelindung vaselin di sekeliling mulut, 2 hingga 3 kali sehari dan sebelum makan.
Masalah ekzema ini tiada sebarang ubat khas untuk menyembuhkannya. Namun begitu, keadaan ini boleh dikawal dengan pemberian supplement yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan itu semakin teruk. Shaklee mempunyai Set Rawatan Ekzema yang terdiri daripada:

1. Herbal Blend

Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.

2. Vitamin E

Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema

3. ESP

ESP ini fungsinya adalah sangat penting kerana ESP membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.

4. Omega Guard

Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.

ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.

Ayuh kita lihat beberapa testimoni daripada ibu-ibu yang menggunakan Set Ekzema Shaklee, yang gembira dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi setelah menggunakan produk yang dicadangkan secara konsisten.

Testimoni 1

Testimoni 2



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, May 14, 2013

Bahaya Ekzema Kepada Kanak-kanak



Ramai menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan kebersihan sebagai penyebab terjadinya jangkitan atau kegatalan kulit. Namun, hakikatnya, persekitaran yang terlalu bersih juga boleh menyebabkan jangkitan, kegatalan atau alahan kepada kulit.

Penyakit ekzema, kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju, yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan. Bilangan penghidap ekzema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu. “Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu malas, seterusnya tidak dapat membezakan antara unsur baik ataupun jahat.

“Sistem imun yang malas ini akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang terlampau sensitif dan mudah mendapat alahan,” kata Perunding Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Leong Kin Fon.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen menentang ekzema di Malaysia,‘United Against Itch’, anjuran LEO Pharma baru-baru ini.

LEO Pharma, sebuah syarikat farmaseutikal berasaskan penyelidikan dari Denmark bekerjasama dengan doktor tempatan dan antarabangsa untuk menentang ekzema, penyakit kulit yang dihidapi dua daripada 10 rakyat Malaysia, namun boleh dirawat. Pengurus (Negara) LEO Pharma, Tan Keng Aun berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai ekzema serta memberitahu masyarakat bahawa ada harapan untuk penghidapnya mengawal penyakit ini.

Mengulas lanjut masalah ekzema, Dr Leong berkata, berdasarkan pemantauan penyelidik, ada kaitan antara kebanyakan pesakit ekzema dengan tahap pembangunan negara. Sebagai contoh, di Malaysia, sejumlah 12.6 peratus penghidap ekzema adalah murid sekolah berbanding Indonesia, kira-kira 3.7 peratus. Fenomena ini turut dilihat di bahagian Malaysia Timur yang mana kadar penghidapnya lebih rendah jika dibandingkan dengan Semenanjung.

Dr Leong berkata, antara ciri ekzema adalah kegatalan kulit yang membuatkan pesakit sentiasa ingin menggaru. Kulit penghidap ekzema juga sangat kering kerana tiada lapisan yang menahan cecair daripada dalam kulit. Malah, ada interaksi dinamik antara genetik dan persekitaran sebagai pencetus penyakit ekzema selain faktor tabiat gatal dan menggaru, cuaca panas, kering, peluh, bakteria, sabun atau pencuci yang mengeringkan kulit, alahan makanan dan hama.

“Seseorang juga boleh menghidap ekzema kerana faktor genetik atau immunologik serta kecenderungan pembiakan mikrob,” katanya.

Kulit pesakit ekzema biasanya sangat gatal, kemerahan dan kadangkala melepuh ketika mengalami serangan. Akibat kerap menggaru, kulit bukan saja semakin rosak, tetapi membolehkan bakteria Staphylococcus aureus (S. aureus) yang 95 peratus ada pada kulit penghidap ekzema atopik (permukaan), berjangkit dan membiak. Akibatnya, kulit bukan saja lebih berisiko menjadi kering dan rapuh, tetapi ia juga semakin sensitif kepada impak bahan kimia atau elemen lain yang menimbulkan alahan.

“Apabila bakteria memasuki bahagian kulit yang renggang dan rosak kerana digaru, resapan toksin membuatkan kulit terus membengkak dan kegatalan yang teramat. Jangkitan ini memperlahankan lagi penyembuhan penyakit ini. Lama-kelamaan, kulit semakin bersisik tebal dan berkerak,” katanya. Mereka yang mengalami ekzema sering terbelenggu dalam kitaran gatal dan desakan untuk menggaru bagi suatu tempoh yang lama. Bagi merawat penyakit ini, kitaran ini harus diputuskan.

Dr Leong berkata, ekzema boleh dikawal dengan penggunaan ubat yang dapat membantu memecahkan kitaran gatal-garu, memberikan kelegaan pantas daripada kegatalan, malah menghilangkan kelepuhan kulit dengan lebih baik. Beliau juga lebih mengutamakan aspek konsultasi bersama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bagi memberi mereka pemahaman yang sewajarnya mengenai penyakit ini.

“Kaedah yang boleh diamalkan bagi mengawal ekzema adalah dengan menyeimbangkan faktor pencetus serangan ekzema. “Penyakit ini tidak dapat dipulihkan, maka kawalan atau pengurusan yang baik diharap dapat mengurangkan atau memendekkan tempoh serangan, sekali gus menjadikan kanak-kanak yang lebih gembira,” kata beliau.

Perunding Dermatologi di Hospital Hammersmith, United Kingdom, Prof Anthony Chu, berkata ekzema bukan sekadar masalah penghidapnya semata-mata, tetapi turut memberi kesan kepada persekitaran dan kehidupan keluarga itu, termasuk waktu tidur mereka. Ini disebabkan anak kecil yang menderita ekzema kerap menangis dan sukar tidur dan sekali gus turut menjejaskan perkembangan fizikal mereka.

“Apa yang penting, ibu bapa, penjaga dan keluarga kanak-kanak perlu cekal menguruskan anak yang menghidap ekzema. Secara semula jadinya, penyakit ini akan beransur hilang apabila kanak-kanak itu menginjak dewasa.

“Majoriti pesakit menghidapnya sebelum mencecah usia lima tahun dan 50 peratus daripadanya pula pulih apabila mencapai usia 10 tahun. Jarang pesakit terus menghidap ekzema dari kecil hingga dewasa,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan supaya ibu, bapa dan penjaga saling membantu dalam menguruskan anak yang menghidap ekzema dan mencari kaedah paling sesuai bagi mengurangkan ketidakselesaan yang ditanggung anak mereka.

“Dari segi pengambilan ubat pula, ramai ibu bapa yang agak keberatan apabila diberitahu anak mereka perlu diberikan ubat yang mengandungi steroid kerana bimbangkan kesan sampingannya.

“Tanggapan begitu sewajarnya diubah. Sapuan ubat steroid dapat membantu mengawal penyakit ini dengan baik, dengan syarat ia digunakan dengan betul berdasarkan nasihat pakar.

“Selain itu, ibu bapa juga perlu berwaspada dalam memilih ubat. Walaupun ubat yang mungkin menjadi pilihan mereka itu berasaskan herba, tidak bermakna ia selamat diambil,” kata beliau.

Sementara itu, Pengurus (Negara) LEO Pharma, Tan Keng Aun berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai ekzema serta memberitahu masyarakat bahawa ada harapan untuk penghidapnya mengawal penyakit ini.

INFO:

Rawatan konvensional untuk ekzema
  • Mandi setiap hari dengan produk mandian yang lembut dan merawat kulit kering
  • Gunakan pelembap pada kulit
  • Sapu ubat sapu yang mengandungi steroid atau ubat sapu penghalang calcineurin
  • Sapu antibiotik
  • Penggunaan sedatif antihistamin

Bagaimana untuk mengurangkan kitaran gatal-garu?
  • Pastikan kuku pesakit sentiasa pendek
  • Gunakan balutan tuala basah untuk anak kecil
  • Sedatif antihistamin
  • Sapuan dengan krim emolien
  • Gunakan tuala sejuk untuk mengelak daripada menggaru
  • Sokongan psikologi
Sekian sahaja perkongsian saya bersama sahabat semua. :)

Sumber diambil dari sini:

Thursday, May 9, 2013

Bahaya HB Rendah


Masalah utama bagi kebanyakan ibu mengandung adalah menghadapi paras hemoglobin yang rendah. Masalah ini boleh dikatakan sebagai 'pengunjung wajib' ke atas setiap ibu hamil. Tidak dinafikan ada kalanya ibu hamil 'seram' hendak bertemu nurse pada setiap kali rawatan kerana masalah ini. Namun begitu, harus diingat masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana implikasinya kepada ibu dan anak yang dikandung adalah tinggi. 

Apakah hemoglobin?

Hemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai media transport oksigen dari paru paru ke seluruh jaringan tubuh dan membawa karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru paru. Kandungan zat besi yang terdapat dalam hemoglobin membuatkan darah berwarna merah.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak. Rujuk artikel ini untuk bacaan lebih lanjut.

Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (paras normal adalah 12 hingga 15mg/dl), wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.

Antara punca-punca anemia ialah:
  1. Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12 dalam diet.
  2. Peningkatan keperluan (ibu hamil atau menyusu)
  3. Pendarahan semasa mengandung dan buasir
  4. Kerap mengandung (jarak kehamilan kurang 2 tahun)
  5. Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama  hidangan.
  6. Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana loya dan muntah
  7. Wanita mengandung kembar
  8. Pengambilan ubat-ubat anti konvulsi
  9. Wanita merokok dan minum alkohol berlebihan

Gejala-gejala berlakunya anemia dapat dilihat dengan jelas sekiranya:
  1. Menghadapi keletihan setiap masa.
  2. Pening
  3. Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  4. Kulit pucat
  5. Kadar denyutan jantung yang cepat
  6. Kurang daya ingatan
  7. Kurang berat badan


Shaklee memperkenalkan rangkaian produk yang sangat sesuai bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah ini yang terdiri daripada Vita-lea, Vitamin C dan juga B Complex. Ayuh lihat apa kata ibu-ibu yang gembira dengan peningkatan bacaan HB mereka setelah mencuba set ini.

Testimonial 1


Testimonial 2

 
Anemia yang teruk adalah sangat bahaya. Jadi jagalah pemakanan anda dengan baik demi kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan anda. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Set Diet Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog semua. ;) 

Dalam entry kali ini, saya akan berkongsi tentang sesuatu yang amat digemari oleh kebanyakan orang akhir-akhir ini. D.I.E.T. Semua orang akan bertungkus lumus untuk memastikan badan kekal langsing. Namun begitu, adakah semua proses diet itu selamat dan sihat hanya dengan menahan lapar tanpa mengambil sebarang bentuk makanan yang mampu memberikan kita tenaga yang diperlukan oleh tubuh?

Untuk program diet Shaklee, terdapat 3 langkah utama bagi memastikan proses diet anda berjalan lancar dengan cara yang sihat. 


LANGKAH PERTAMA : DETOX
 
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum. 

Dengan Shaklee, apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax ataupun Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

 LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
 
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan sebagai “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, atau dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat didinding membran. Lecitin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

 LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan, protein dapat membakar kalori sehingga sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ini, tetapi gantikan dengan ESP / MealShake.

Kenapa perlu mengambil protein? Ini adalah kerana, apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.


Walau apa juga supplement yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda. Jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Tiada jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan. Bolehkah kita kurus tanpa menjaga pemakanan seharian kita?? Mungkin boleh. Namun kita kena ingat, kurus tidak bermakna sihat. :)

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, May 2, 2013

Mengapa Susu Merudum?


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog semua. ;)

Buat ibu-ibu menyusu di luar sana yang menghadapi masalah kadangkala susu ada pasang surut nya, kadangkala banyak dan kadangkala kurang, ayuh kita semak apakah punca susu berkurangan.


Punca-punca Susu Ibu Merudum

Antara penyebab susu yang pada mulanya banyak menjadi semakin berkurang adalah:

♥ Keadaan ibu yang stress dan kepenatan.
♥ Ibu kurang menjaga diri dari segi pemakanan dan rehat.
♥ Kurang stimulasi akibat kesibukan di tempat kerja (kurang kekerapan mengepam).
♥ Bayi menyusu dengan ‘main-main’. Ini boleh mengurangkan keberkesanan pengosongan payudara.
♥ Bayi semakin kurang menyusu dan ibu tidak mengepam di rumah.
♥ Ibu mengalami menstruasi (datang haid) atau ovulasi (waktu subur).
♥ Ibu mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan kepada susu.
♥ Ibu tidak sihat.
♥ Ibu mendapati dirinya hamil lagi.

Disini saya kongsikan Tips-tips bagi konsep asas dalam penyusuan. Semoga apa yang dikongsikan akan dapat sama-sama memberikan manfaat kepada kita semua terutama bagi ibu-ibu yang bakal mahupun sedang menyusukan si manja anda! 


Sekiranya berminat untuk mendapatkan supplement untuk kesihatan yang baik sepanjang menyusukan si manja, boleh la baca entry saya mengenai Set Penyusuan Lengkap untuk mendapatkan informasi yang lebih jelas berhubung perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kesihatan Shaklee, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

Terima kasih.

Wednesday, May 1, 2013

Set Penyusuan Lengkap


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama kelahiran lagi. Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi sejak ia dilahirkan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal dan juga mental anak-anak. Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Begitu agung ciptaan Allah, sebaik saja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)

Sebagai dorongan buat semua ibu-ibu yang berusaha untuk susukan bayi, Shaklee memperkenalkan Set 3M yang amat popular dikalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi. Kebanyakkan ibu-ibu yang masih baru hendak mengenali dunia penyusuan akan berasa sedikit janggal kenapa perlunya vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh mereka apabila mereka menjalani proses penyusuan. Kita harus sedar kenapa tubuh kita memerlukan vitamin. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kenapa kita perlu makan vitamin, bolehlah membaca entry saya Mengapa Kita Memerlukan Vitamin untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berhubung perkara tersebut.

Mungkin ada yang tidak tau apa itu Set 3M dan kenapa namanya 3M? Sebenarnya 3M adalah Mom's Marvellous Milk.




Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix.

Siapa yang perlu ambil set ini?
  1. Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
  2. Si ibu yang nak mula menyimpan stok,
  3. Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
  4. Ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa set Tripple M? Ini adalah kerana komposisi utama dalam susu ibu adalah protein dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protien dan kalsium yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat diikuti dengan si ibu kerap menyusukan anak atau menjalani sessi mengepam yang konsisten. 

Namun begitu, perlu di ingatkan bahawa kita tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada vitamin ini semata-mata untuk mendapatkan susu yang banyak. Mengepam secara konsisten, direct feeding, minum air yang cukup adalah antara faktor penting dalam menjayakan proses penyusuan. Kita juga perlu faham konsep supply and demand bagi menghasilkan susu yang cukup buat si manja kita. Makan vitamin untuk sihat. Bila sihat, kita akan lebih bertenaga. Bila kita bertenaga, tiada masalah bagi kita untuk menjalankan rutin harian dengan perasaan teruja dan gembira. :)

Di bawah ini adalah antara testimonial ibu-ibu yg sudah mencuba set 3M ini:


Testimoni 1




Testimoni2



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.