Thursday, May 2, 2013

Mengapa Susu Merudum?


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog semua. ;)

Buat ibu-ibu menyusu di luar sana yang menghadapi masalah kadangkala susu ada pasang surut nya, kadangkala banyak dan kadangkala kurang, ayuh kita semak apakah punca susu berkurangan.


Punca-punca Susu Ibu Merudum

Antara penyebab susu yang pada mulanya banyak menjadi semakin berkurang adalah:

♥ Keadaan ibu yang stress dan kepenatan.
♥ Ibu kurang menjaga diri dari segi pemakanan dan rehat.
♥ Kurang stimulasi akibat kesibukan di tempat kerja (kurang kekerapan mengepam).
♥ Bayi menyusu dengan ‘main-main’. Ini boleh mengurangkan keberkesanan pengosongan payudara.
♥ Bayi semakin kurang menyusu dan ibu tidak mengepam di rumah.
♥ Ibu mengalami menstruasi (datang haid) atau ovulasi (waktu subur).
♥ Ibu mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan kepada susu.
♥ Ibu tidak sihat.
♥ Ibu mendapati dirinya hamil lagi.

Disini saya kongsikan Tips-tips bagi konsep asas dalam penyusuan. Semoga apa yang dikongsikan akan dapat sama-sama memberikan manfaat kepada kita semua terutama bagi ibu-ibu yang bakal mahupun sedang menyusukan si manja anda! 


Sekiranya berminat untuk mendapatkan supplement untuk kesihatan yang baik sepanjang menyusukan si manja, boleh la baca entry saya mengenai Set Penyusuan Lengkap untuk mendapatkan informasi yang lebih jelas berhubung perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kesihatan Shaklee, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

Terima kasih.

0 comments: