Monday, April 29, 2013

Besarkah Saiz Perut Bayi?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! :)

Kali ini, saya akan kongsikan mengenai masalah yang sering membelenggu ibu-ibu yang baru menimang cahayamata. Selepas melalui proses kelahiran, dalam beberapa minggu pertama, ibu-ibu mungkin tertanya-tanya samada bayinya mendapat susu yang secukupnya atau tidak, terutamanya jika bayi mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar kerana susu ibu selesai dicernakan dalam dua jam selepas bayi menyusu. 



Menurut Smith L.J. dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 2002, saiz perut bayi yang baru lahir adalah sebesar sebiji guli jernih. Ia dapat memuatkan lebih kurang 5-7 ml susu pada satu-satu masa. Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh mengembang. Keadaan ini menjelaskan bahawa KOLOSTRUM yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi pada hari tersebut. Jika bayi diberikan susu formula, biasanya bayi akan memuntahkannya semula kerana perutnya yang kecil tidak boleh mengembang dan tidak boleh menampung isi padu susu yang banyak.

Pada hari ketiga, saiz perut bayi mula membesar lebih kurang sebiji bola ping pong. Saiz sebesar ini dapat menampung sekitar 22-27 ml pada satu-satu masa. Pada ketika ini, keupayaan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak mula meningkat. Pada hari kesepuluh pula, saiz perut bayi sudah membesar seperti sebiji telur ayam. Pada masa ini, perut bayi dapat menampung sebanyak 60-80 ml susu pada satu-satu masa. 

Oleh yang demikian, sekiranya anda, terutamanya ibu-ibu baru merasakan susu anda sedikit sahaja yang keluar pada hari pertama, usahlah anda khuatir kerana ianya adalah mencukupi untuk bayi anda.: ))

sumber: Buku 100 Persoalan Mengenai Susu Ibu.

Saturday, April 27, 2013

Gabungan Terbaik ESP dan Osteomatrix


Asslamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca.

Hari ini saya nak bercerita pulak pasal ibu mengandung. Biasanya time mengandung ni memang kita akan rasa sakit badan, lenguh-lenguh, sakit sendi, tak boleh tidur malam, malahan semuanya serba tak kena kan? Masa saya mengandung dulu, memang tak pernah ambil supplement Shaklee ni sebab tak pernah terfikir pun nak makan macam-macam supplement. Takut makan supplement ada lah! Hehe. Sudahnya badan lesu, pucat, hb rendah, bp rendah. Mujur la tak de pengsan-pengsan. Masa bersalin pun, Alhamdulillah tak de apa-apa.

Anak dah umur 7 bulan baru kenal Shaklee tapi masa tu tak de la serius sangat makan supplement ni. Memang selalu la saya mengeluh letih, lesu. Lama-lama tu bila banyak membaca, baru la saya sedar betapa pentingnya supplement ni kepada tubuh kita.Tak pe laaa.. bak kata pepatah, "Better late than never", ye tak? :D 

Shaklee memperkenalkan satu gabungan yang amat menarik buat ibu-ibu diluar sana samada yang menyusukan anak ataupun tidak. Kita harus faham, vitamin Shaklee bukan lah dikhususkan kepada ibu-ibu mengandung atau menyusu sahaja. Malahan semua golongan boleh mengamalkannya. 

Mengapa ESP dan Osteomatrix dikatakan gabungan terbaik?

 
Sekiranya anda menyusukan anak, anda perlu mengambil berat tentang apa yang anda makan. Hal ini adalah kerana kebanyakkan nutrien yang terkandung di dalam makanan yang diambil akan membentuk susu. Jadi, aspek pemakanan yang betul dapat menjamin pertumbuhan bayi yang sihat selain membolehkan anda menyusu dengan baik. 

Semasa menyusukan bayi, sudah semestinya anda memerlukan tenaga tambahan. Oleh kerana itulah anda memerlukan tenaga tambahan sebanyak 50 kcal pada enam bulan pertama dan 400kcal untuk enam bulan selanjutnya. 

Protein 
Semasa menyusu, keperluan protein meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protein, hal ini akan menjejaskan penghasilan susu. Protein tambahan boleh didapati daripada susu, produk tenusu, telur, dagin, ikan, ayam, kacang, bijirin dan kekacang.

Kalsium 
Kalsium bukan sahaja penting ketika anda hamil malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan pertama, bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibunya. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. 

Vitamin 
Di samping zat makanan yang lain, pengambilan vitamin perlu diawasi. Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik merupakan antara vitamin utama yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa penyusuan bayi. 

Air
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan bayi. Cecair yang diperlukan untuk penghasilan susu yang mencukupi. Jadi anda digalakkan meminum lebih banyak air. Seperti yang disarankan minumlah 2 liter sehari atau lebih. Akan tetapi, jangan minum berlebihan. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga.

Jadi dalam memastikan keperluan zat makanan ibu menyusu adalah cukup, antara Vitamin Shaklee yang boleh membantu adalah Energising Soy Protien (ESP) dan Osteomatrix / Kalsium with Magnesium.

Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak, jangan ragu-ragu untuk mencuba ESP dan Osteomatrix kerana ia membantu ibu semua mempercepatkan penghasilan susu ibu. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 

Tuesday, April 23, 2013

Terbaik Untuk Si Manja Anda

Ramai ibu-ibu yang risau kerana anak mereka sering tidak sihat, selalu demam, selsema, batuk, asma dan ramai juga yang mencari supplement kerana anak mereka mengalami sembelit dan tidak suka atau memilih makanan. Rata-rata ibu akan menyebut:

"Saya hantar anak saya ke nursery dan taska. nak buat macamana..saya kerja.. kena hantar la jugak...Saya susah hati apabila anak saya sering demam, selsema, batuk. baru aje baik..tak lama lepas tu kena balik. Kesian saya tengok."

"Anak saya ni..kurus aje... makan tak berapa nak..banyak main aje. susah sangat nak panggil makan. macamana ye nak buat kak??"

Tahukah anda anak-anak yang sering tidak sihat, selalu demam, selsema, batuk, sembelit dan tiada selera makan adalah kerana tubuh mereka kekurangan nutrisi? Selain daripada itu, imun sistem mereka juga lemah.



Cubalah Meal Shakes untuk si manja anda kerana Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.



Selain daripada itu, untuk hasil yang lebih baik, gabungan Omega Guard bersama Meal Shakes akan memberikan kesan yang lebih positif terhadap kesihatan anak-anak. Untuk maklumat lanjut mengenai Omega Guard boleh baca disini.
Kesimpulannya, Meal Shakes dan Omega Guard sangat sesuai diambil sebagai penyelesaian terbaik untuk anak-anak kita yang selalu demam, tidak sihat dan tidak berselera untuk makan. Tidak percaya? Ayuh lihat apa kata ibu-ibu ini yang telah mencuba set terbaik ini.

Testimoni 1



Testimoni2



Testimoni3



Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada anak bermula 1 tahun ke atas dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara semulajadi.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.