Monday, August 11, 2014

Tips: Bagaimana Mencegah Jerawat

Assalamualaikum wbt. 

Tidak ramai orang yang dikurniakan dengan kulit licin dan sempurna. Dikalangan kita berapa ramai wanita dan juga lelaki yang menghadapi masalah kulit? Jerawat di muka, di badan serta di leher. Ramaikan?? Sehingga ada diantara mereka yang berasa malu dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai disebabkan oleh masalah ini.

Sepertimana yang saya kongsikan dalam entry yang sebelum ini, masalah jerawat ini selalunya terjadi kerana terdapat bakteria didalam pori yang tersumbat. Punca pori ini tersumbat adalah disebabkan oleh kelenjar sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan berbanding biasa.


Namun begitu, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah jerawat ini. Antara tips tersebut adalah:
  1. Sentiasa mencuci muka dengan menggunakan produk pencuci muka antibakteria. 
  2. Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
  3. Amalkan penggunaan produk yang mampu membersihkan pori dari kekotoran.
  4. Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit. 
  5. Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut. 
  6. Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
  7. Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut. 

Sentiasalah memberi perhatian kepada masalah jerawat yang timbul sebelum masalah tersebut semakin teruk. Jaga kebersihan, jaga pemakanan, elakkan stress, minum air mencukupi, gunakan produk yang dijamin selamat dan sebagainya. Dalam menjaga pemakanan, pengambilan vitamin yang dapat membekalkan nutrien sangat membantu memperbaiki masalah jerawat. Dapatkan vitamin semulajadi daripada Shaklee untuk membantu sel kulit mendapat zat yang mencukupi dan lebih sihat.

------------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

*Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Info: Punca Jerawat Tumbuh Dimuka


Assalamualaikum wbt. 


Topik yang ingin saya kongsikan dalam entry kali ini adalah berkenaan Jerawat. Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.



Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Terdapat beberapa punca kenapa liang roma tersumbat dan jerawat ni terjadi. Antaranya ialah:


1. Pengaruh Hormon Yang Tidak Seimbang - Usia remaja adalah peringkat dimana tubuh sedang mengalami perubahan hormon yang sangat ketara. Sebab waktu ni tubuh sedang mengalami tumbesaran yang pesat. Perubahan hormon yang hebat ni menyebabkan kulit lebih berminyak dan terjadilah jerawat. Ini lah yang terjadi kepada saya dulu.

2. Faktor Kebersihan - Kurang menjaga kebersihan muka contohnya tidak mencuci muka menyebabkan liang roma tersumbat dengan pelbagai kekotoran. Kulit kita ini bernafas dan berpeluh. Ada minyak muka semulajadi jadi. Semua ini menyebabkan kekotoran melekat di muka. Kalau kita sentuh atau pegang muka lagilah muka menjadi kotor. Terdapat bakteria dan kuman ditangan kita yang boleh menyebabkan jerawat.

3. Stress Ataupun Tekanan - Apabila tertekan, hormon menjadi tidak seimbang dan membuatkan rembesan minyak berlebihan berlaku dan lebih banyak liang roma tersumbat.

4. Faktor Persekitaran - Kita terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran seperti udara, air, cahaya matahari dan lain-lain. Ini semua memberikan kesan terhadap keadaan kulit dan dalam masa sama mencemarkan kulit. Contohnya kalau asyik terdedah bawah cahaya matahari, kulit lebih mudah berpeluh, tersumbat, menjadi radang dan sebagainya.

5. Pemakanan - Apa yang kita makan mempengaruhi tubuh badan. Jerawat adalah antara cara tubuh mengeluarkan kekotoran atau toksin daripada badan. Memakan makanan berminyak dan tinggi lemak boleh menambahkan lagi masalah jerawat. Selain tu kalau ada masalah allergi dan resdung, juga boleh memburukkan lagi masalah kalau termakan makanan tertentu contohnya makanan laut.

6. Alahan - Penggunaan produk harian contohnya pencuci muka, krim pelembap, sabun mandian dan sebagainya mempunyai bahan kimia tertentu yang mungkin menjadi punca kerengsaan kulit. Kita guna tapi tak tau pun produk tu sebenarnya tak sesuai untuk kulit kita jadi ini boleh memnyebabkan ketidakseimbangan fauna kulit seterusnya menyebabkan jerawat.

Masalah jerawat ini, jika tidak dirawat dengan betul akan menyebabkan ianya menjadi semakin teruk dan boleh membuatkan kulit  berparut. Ayuh kita lihat apakah Tips Bagi Mencegah Masalah Jerawat ini.

------------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

*Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Wednesday, August 6, 2014

Vitamin Untuk Tumit Kering Dan Merekah


Assalamualaikum wbt.

Dalam entry yang sebelum ini saya ada kongsikan tentang tips bagaimana untuk mengelakkan tumit kering dan merekah. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang boleh membantu untuk mengatasi masalah ini. Bagaimana produk Shaklee boleh membantu dalam mengatasi masalah tumit kaki kering merekah ini?

Antara vitamin yang boleh membantu masalah tumit kaki kering merekah ialah:



1. Multipurpose Herbal Blend Cream
  • Krim serbaguna yang melegakan dan dapat membantu melegakan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit.


  2. Vitamin B Complex
  • Memperbaiki kerosakan kulit akibat daripada serangan radikal bebas.
  • Melambatkan kesan penuaan pada kulit.




3. Sustained-Release Vita-C
  • Vitamin C adalah komponen penting yang dapat menghasilkan kolagen pada kulit. Kolagen sangat penting untuk mengekalkan ketegangan dan kekuatan kulit.
  • Vitamin C juga adalah antioksidan yang melambatkan kesan kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan garis halus, kekeringan dan rekahan pada kulit.




4. Vita-E Complex
  • Mengurangkan kerosakan tisu kulit akibat daripada radikal bebas.
  • Mengurangkan kekeringan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Membantu melembutkan dengan mengekalkan kelembapan kulit.



5.  Vita-Lea Iron Formula
  • Tumit kaki kering merekah kerap disebabkan oleh kekurangan vitamin dan mineral penting dalam tubuh.
  • Vita-Lea lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menampung kelompongan zat dalam tubuh badan.
  • Vita-Lea membekalkan iron (zat besi) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit dengan membekalkan oksigen yang cukup kepada sel tubuh.



6. GLA Complex 
  • Membekalkan Omega 6 untuk meningkatkan kelembapan kulit terutamanya bagi wanita yang semakin meningkat usia.



7. Shaklee Collagen Powder
  • Melembapkan kulit supaya tidak kering dan menggelupas.
  • Melalui ujian klinikal, penggunaan selama 8 minggu terbukti meningkatkan kelembapan kulit hingga 90%.
  • Mengandungi 7 ramuan utama termasuk Vitamin C dan Vitamin B yang baik untuk kulit.


 8.  Omega Guard
  • Membekalkan Asid Lemak Omega 3 untuk mengelakkan kehilangan kelembapan pada kulit. Juga membekalkan Omega 9 yang penting bagi mengelakkan keguguran rambut, kekeringan kulit dan ketidaksuburan.




9. Zinc Complex
  • Bertindak sebagai mekanik untuk memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan mempercepatkan pemulihan luka.



10. Ostematrix 
  • Sumber kalsium yang penting untuk mengekalkan lapisan pelindung kulit iaitu keratinocytes.

Nampak macam banyak je vitamin yang kena ambil tu kan. Tapi tak semestinya kita  kena ambil semua yang tersenarai tu. Itu hanya cadangan. Saya akan consult bergantung kepada bajet dan keperluan anda. Yang pastinya setiap vitamin memberikan lebih daripada satu manfaat. Bukan untuk tumit je, tapi ada banyak kebaikan lain untuk kesihatan! Kira beli satu vitamin, dapat banyak pulak manfaat dia. :D

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tips: Tumit Kaki Merekah


Assalamualaikum wbt..

Masalah tumit kaki kering dan merekah adalah perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan orang. Kadang-kadang, dah kasar sangat tumit tu sampai tersangkut-sangkut kat kain. :D. Semakin usia meningkat, masalah ini boleh menjadi semakin ketara. Tumit kaki kering dan merekah akan menyebabkan ketidakselesaan dan kadangkala mencetuskan kesakitan kepada individu yang menghadapinya. Kaki juga akan kelihatan buruk dan hodoh. Kadang-kadang kalau teruk sangat boleh menyebabkan jangkitan kulit sekunder dan menyebabkan gatal-gatal, pedih-pedih dan luka berdarah. Aktiviti harian juga boleh terganggu.




Punca Tumit Kaki Kering Merekah

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada punca tumit kaki kering dan merekah  ini. Antaranya ialah:
  • Kulit yang semulajadi kering ataupun kulit kering yang tebal disekeliling bahagian tumit kaki lebih cenderung untuk merekah kalau banyak buat aktiviti menggunakan kaki.
  • Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang lebih kepada tapak kaki menyebabkan tapak kaki mengembang dan mudah merekah.
  • Banyak melakukan kerja dalam keadaan berdiri. Lantai yang keras menyebabkan tumit mudah merekah.
  • Memakai kasut yang terbuka di bahagian belakang membuatkan tumit terdedah dan isi di bawah tumit mengembang ke tepi.
  • Penyakit dan jangkitan seperti Athlete's foot, Psoriasis, Eczema, Thyroid disease, Diabetes dan beberapa penyakit berkaitan kulit boleh menyebabkan tumit kaki kering dan merekah.
  • Kaki yang terdedah kepada air secara berterusan terutamanya air yang mengalir boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar. Berdiri lama di tempat lembab seperti bilik air juga boleh menyebabkan tumit kering dan merekah.
  • Penuaan menyebabkan kulit hilang elastisiti jadi tumit merekah boleh menjadi semakin teruk seiring dengan peningkatan umur.
  • Tidak menjaga kebersihan kaki ataupun berada di persekitaran yang kotor juga boleh mempengaruhi keadaan tumit.
  • Kulit tidak sihat, kering bersisik disebabkan oleh penyakit ataupun cuaca.
  • Kekurangan vitamin dan mineral tertentu boleh juga menyebabkan tumit kaki kering dan merekah.

15 Tips Untuk Atasi Tumit Kaki Kering Merekah

  1. Basuh kaki setiap hari dengan sabun lembut dan air suam tapi tidak terlalu lama dan keterlaluan.
  2. Masa kaki masih lembap, gunakan penyental, span, pumice stone ataupun loofah mandian dan gosokkan pada tumit yang kering dan kasar.
  3. Basuh kaki dengan bersih dan lapkan hingga kering. Kemudian sapukan pelembap. Untuk tumit yang sangat kering, boleh gunakan krim tertentu yang khas untuk kulit kering.
  4. Elakkan menyapu pelembap di antara jejari sebab kelembapan berlebihan pada jejari boleh menyebabkan jangkitan kulat seperti Athlete's foot.
  5. Merendamkan kaki sekali hingga 3 kali seminggu dalam larutan air suam bercampur 1/4 cawan cuka dalam besen boleh membantu memperbaiki keadaan kulit pada tumit. Rendamkan untuk 10-15 minit sahaja sebab kalau rendam lama-lama boleh mengeringkan kulit. Sapu pelembap selepas lap kaki. Ataupun boleh juga rendam kaki dalam air suam sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk lancarkan peredaran darah. boleh letakkan juice daun pudina dalam air untuk legakan kaki yang merekah.
  6. Untuk penyembuhan cepat dan segera, boleh cuba sapu pelembap emollient pada tumit dan pakai stokin daripada kapas. Pemanasan daripada stokin membantu kulit menyerap kelembapan.
  7. Untuk mereka yang mempunyai masalah susah nak capai tumit kaki contohnya sebab berbadan besar, boleh letak pelembap pada tray dan pijak pelembap dalam tray tersebut. Kemudian lapkan kaki pada tuala bersih di lantai untuk bersihkan lebihan krim pelembap. Alternatif lain, boleh gunakan berus yang panjang macam berus lukisan untuk sapukan krim pada tumit.
  8. Dapatkan nasihat pakar kulit ataupun ahli farmasi untuk dapatkan krim pelembap yang berkesan.
  9. Pastikan kaki bersih dan selalu jaga kebersihan.
  10. Buat senaman kaki dengan lebih kerap untuk elakkan berdiri ataupun kaki statik terlalu lama.
  11. Melembap dan berus kaki dengan lembut secara konsisten.
  12. Elakkan berjalan dengan berkaki ayam. Walaupun dalam rumah, boleh pakai indoor slipper. Amalkan memakai kasut yang melindungi kaki dengan sempurna. Dan amalkan pakai stokin! Jagalah aurat! :D
  13. Elakkan berdiri di tempat lembap dalam tempoh yang lama contohnya semasa membasuh bilik air. Mungkin boleh pakai boot atau selipar semasa mencuci. Bahan pencuci yang digunakan juga boleh memburukkan lagi masalah tumit kaki kering merekah
  14. Amalkan menyapu pelembap lepas mandi.
  15. Minum air secukupnya setiap hari untuk mengekalkan hidrasi dan kulit yang sihat.

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.