Wednesday, January 30, 2013

Kebaikan Shaklee Omega Guard


Apakah itu Omega-3?
 
Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan. Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil. Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3. Asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Ikan-ikan semestinya membeku dan seterusnya mati sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.


Apakah kepentingan minyak ikan Omega? 

Asid lemak Omega-3 adalah merupakan asid lemak yang penting. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.
Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.


Adakah fungsi minyak ikan Omega-3 di dalam penjagaan kesihatan telah disahkan? 

Kajian tentang fungsi dan kebaikan Omega-3 dan minyak ikan semakin pesat dijalankan semenjak semakin ramai yang sedar bahawa jumlah kematian masyarakat eskimo dan Jepun yg gemar memakan ikan adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat dunia yang lain. Ini adalah kerana minyak ikan mempunyai banyak khasiat. Lebih 10000 kajian saintifik telah diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Antarabangsa terkemuka seperti Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), Jurnal Perubatan British (BMJ), Lancet, Arkib Perubatan Dalaman, Kardiologi, Jurnal Perubatan New England dan Persatuan Jantung Amerika yang mendokumentasi khasiat-khasiat minyak ikan Omega-3.


Kenapa perlu memilih Shaklee Omega Guard ?

Sumber Omega 3 yang terbaik selalunya adalah datang dari ikan, seperti tuna dan salmon, tetapi bagaimana memastikan ikan-ikan ini selamat dimakan dan rendah merkuri?

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik yang disuling molekulnya kepada 3 peringkat dengan cara yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang dikawal. Proses ini menghasilkan asid lemak Omega 3 yang alami, asli dan menghalang sebarang pencemaran seperti merkuri, logam berat, kadminum dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, January 28, 2013

~ Welcome ~






“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Surah: At-Talaq, Ayat: 2 dan 3


-------------------------------------------------------