Tuesday, September 9, 2014

Bahayanya Kolesterol!


Assalamualaikum..


Tahukah anda bahawa penyakit jantung, kanser dan strok adalah antara punca kematian terbesar di Malaysia? Strok dianggap sebagai punca utama kehilangan upaya yang teruk dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes adalah menimpa orang dewasa.

Sepertimana yang kita sedia maklum, kolesterol adalah salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah penyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi untuk melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis


Sekiranya masalah ini berlaku pada arteri yang menghubungkan ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung. Sebaliknya apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari masalah jantung dan strok, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, penglihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini adalah berkaitan dengan atherosclerosis iaitu satu gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Strok adalah satu serangan otak dimana ia akan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh yang mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik yang lain seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Disebabkan itu maka bahagian otak itu mulai mati. Strok akan berlaku dengan pantas dan senyap. Kerosakan otak akan menjejaskan deria-deria anda termasuklah pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh juga mungkin lumpuh manakala sikap, corak pemikiran dan ingatan akan turut berubah.

Sejauh mana kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan bahaya?

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan:
  1. Aterosklerosis - penyempitan arteries.
  2. Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.
  3. Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, biasanya disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari. Ini menyebabkan otot jantung tidak berfungsi
  4. Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen
  5. Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena, menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. Juga boleh berlaku apabila salur darah pecah. Sel-sel otak mula mati.


 Antara faktor-faktor penyebab tinggi kolestrol ialah:
  1. Pemakanan
  2. Merokok
  3. Meminum minuman keras
  4. Tekanan
  5. Mempunyai masalah hati yang tidak sihat

Faktor utama penyumbang kepada masalah kolestrol tinggi di Malaysia adalah akibat daripada gaya pemakanan orang Malaysia. American Heart Association menyarankan pengambilan kolestrol bagi individu normal tidak lebih daripada 300mg sehari. Manakala bagi pesakit jantung tidak lebih 200mg sehari. Tetapi, cuba kita lihat kepada corak pemakanan rakyat Malaysia. Adakah mampu untuk mengawal pengambilan kolesterol seperti yang disarankan itu?


Setiap individu disarankan untuk makan 3 kali sehari. Tetapi, sepertimana yang kita sedia maklum, masakan Malaysia setiap satunya mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Jadi jika diambil sebanyak tiga kali sehari, bayangkan lah berapa banyak jumlah kolestrol yang telah terkumpul? Contohnya seperti dalam gambar di bawah.



Cuba bayangkan kalau saluran darah ke jantung anda seperti gambar berikutnya? Cuba bayangkan pula pergerakan aliran darah yg melalui kawasan yang mempunyai tompokan kolestrol tersebut. Bayangkan lagi bagaimana saluran darah tersebut bekerja untuk mengepam darah ke jantung. Again, bayangkan jika tompokan kuning tersebut semakin besar dan besar dan akhirnya tiada lagi ruang untuk darah mengalir melaluinya seperti gmabar di bawah. Sekarang apa yang ada di fikiran anda? 1 saat tiada bekalan darah ke jantung. Permulaan di mana jantung berhenti untuk mengepam. Apa yg berlaku? Sudden death!!!



Haruskah keadaan ini dibiarkan berterusan? Berapa lama anda boleh bertahan? Jadi apakah cara paling berkesan untuk menurunkan paras kolestrol? Jemput baca entry ini untuk mengetahui bagaimana Phytocol-ST Shaklee menghalang kolesterol jahat dalam pemakanan harian anda.

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, September 8, 2014

Phytocol-ST Menghalang Kolesterol Jahat



Assalamualaikum..

Akhir-akhir ini ramai yang mula sedar mengenai nilai dan corak pemakanan yang mereka nikmati. Malah, soalan pertama yang sering berlegar-legar adalah, "Berapakah nilai kolesterol yang terkandung dalam makanan ini?" Ini menunjukkan meningkatnya keprihatinan dan pengetahuan pengguna mengenai kandungan kolesterol yang paling digeruni dalam diet harian kita.


Bagaimana Cara Mengawal Dan Memperbaiki Paras Kolestrol

Amalan senaman dan pemakanan yang baik mungkin membantu meningkatkan kadar kolesterol baik, di samping pengambilan kombinasi lemak tertentu. Apa yang diperlukan di sini adalah suatu usaha untuk mengimbangi makanan. Caranya adalah dengan mengenal pasti makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak tak tepu dan lemak poli tak tepu yang teradun secara semula jadi.

Antaranya yang penting diamalkan ialah:
  • Pemakanan seimbang bersama makanan tinggi serat larut air, dan rendah lemak tepu
  • Mengawal berat badan bagi yang berlebihan berat badan dan mengalami obesiti
  • Mengamalkan minum air kosong secukupnya setiap hari
  • Mengamalkan senaman secara konsisten ataupun aktiviti fizikal dengan kerap
  • Mengambil makanan ataupun makanan tambahan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 seperti Omega Guard Shaklee
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor mengenai ubat untuk menurunkan paras kolestrol
  • Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2000mg Fitosterol ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolestrol secara semulajadi.


Dengan struktur yang sama seperti kolestrol, fitosterol ataupun sterol tumbuhan akan bersaing dan mengalahkan kolestrol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna semakin banyak Fitosterol yang anda ambil, maka kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolestrol LDL anda.



Shaklee telah memperkenalkan satu produk baru iaitu Phytocol-ST yang mampu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Phytocol-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolestrol dan merendahkan paras kolestrol LDL secara semulajadi dalam darah. 

Kelebihan PHYTOCOL-ST Shaklee

Selain daripada selamat kerana berasaskan bahan semulajadi bukannya sintetik, kelebihan lain Phytocol-ST ialah:
  • Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari 
  • Dirumuskan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolestrol LDL dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol (seperti yang dicadangkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tiada pewarna, perisa, pengawet dan pemanis tambahan

Perbezaan Antara PHYTOCOL-ST Dengan Omega Guard, CoQHealth Plus Dan Vita-E Complex

Ketiga-tiga vitamin yang tersebut di atas boleh meningkatkan kesihatan jantung dan kardiovaskular. Ketiga-tiganya boleh diambil serentak dalam dos rendah untuk tindakan yang lebih menyeluruh tetapi adalah lebih baik jika mendapatkan nasihat doktor dan pengedar terlebih dahulu. Setiap vitamin memainkan fungsi khusus, iaitu:
  • Omega Guard: Mempunyai Omega 3 yang mencairkan kolestrol dan turunkan paras kolesterol
  • CoQHealth Plus: Membekalkan CoQ10 sebagai pencetus tenaga bagi jantung untuk lebih bertenaga untuk bekerja
  • Phytocol-ST: Menyekat penyerapan kolestrol jahat daripada makanan
  • Vitamin E: Melembutkan dan mencairkan plak-plak yang mengeras yang melekat pada salur darah

PHYTOCOL-ST Untuk Siapa?

Phytocol-ST adalah sesuai untuk:
  • Mereka yang suka kepada makanan yang berlemak, berminyak, bergoreng, tinggi kolestrol. Memang pemakanan orang Malaysia jenis masakannya berlemak dan tinggi kolesterol. Jadi, jika tidak dikawal keadaan ini lama kelamaan adalah merbahaya kepada kesihatan kita
  • Mereka yang nak jaga kesihatan jantung dan kardiovaskular
  • Penghidap sakit jantung, stroke, darah tinggi dan lain-lain
  • Yang ada masalah kolestrol dan nak turunkan paras kolestrol jahat
  • Yang nak menjaga kesihatan dan mencegah penyakit berpunca daripada kolestrol
Di bawah ini adalah TESTIMONI bagaimana Phytocol-ST ini dapat membantu dalam menurunkan paras kolestrol tinggi. Apa yang hendak di highlight kan di sini adalah: 
  • TIDAK control diet semasa pengambilan Pyhtocol-ST  (loaded with fat and less fiber, vege and fruits)
  • Hanya mengambil Pyhtocol-ST sahaja (stopped taking Omega Guard, Lecithin and reduce intake of ESP)
  • Jumlah penurunan kolestrol yang berjaya adalah 22% (pengambilan selama  2 bulan iaitu lebih kurang penggunaan 2 botol Pyhtocol-ST)




Bacaan sebelum pengambilan Phytocol-ST


Bacaan selepas pengambilan Phytocol-ST


Bagaimana CARA MAKAN PHYTOCOL-ST yang betul untuk memastikan proses menurunkan kolestrol ini berhasil? 
  • Pengambilan 2 biji, 2 kali sehari (total 4 biji sehari) yg diambil sebelum makan secara konsisten.
  • Minum banyak air setiap hari sekurang-kurangnya 2 liter sehari bergantung kepada berat badan anda
  • Untuk kesan yang lebih cepat dan optimum, jaga pemakanan harian iaitu dengan mengelakkan makanan yg menyumbang kepada kolestrol tinggi 
  • Lakukan aktiviti pergerakan untuk membakar kalori

Jangan biarkan penyakit yang berpunca daripada masalah paras kolestrol tinggi menimpa anda sehingga menyebabkan insan yang anda sayangi  kehilangan tempat bergantung. Sanggupkah anda membiarkan mereka meneruskan kehidupan dlm keadaan sukar semasa ketiadaan anda disebabkan anda tidak mengambil berat masalah kolestrol tinggi yang menyumbang kepada jantung berhenti berfungsi?? Prevention is better than cure. Dapatkan Phytocol-ST sekarang untuk kesihatan anda!

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.