Thursday, September 4, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Menambah Selera Makan


Assalamualaikum.

Dalam keadaan ramai yang tidak dapat mengawal corak pemakanan, masih ada juga yang menghadapi masalah tidak mempunyai selera makan. Runsing je tengok berat bawah dari 40kg. Badan pun sekeping je. Kadang-kadang tu pulak, asyik sakit je sebab kurang zat disebabkan kurang makan tu.



Peranan Vitamin B9 Untuk Menambah Selera Makan

Mengikut UMMC (Maryland Medical Center), Vitamin B9 atau dikenali sebagai Asid Folik sangat penting dalam mempengaruhi selera makan. Untuk menambah selera makan, kajian UMMC mendapati Vitamin B9 dapat membantu merangsang pembentukan asid pencernaan. Kekurangan Asid Folik walaupun sedikit dapat menyebabkan kehilangan selera makan, situasi yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol, 'irritable bowel syndrome' dan penyakit celiac.

Wanita hamil secara semulajadi lebih kerap lapar disebabkan tubuh mereka perlu membekalkan nutrien untuk 2 orang. Wanita hamil memerlukan lebih Asid Folik untuk memastikan fetus dalam kandungan menerima nutrisi yang secukupnya dan tidak dilahirkan tidak cukup berat.

Akibat daripada kekurangan Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B6 (Biotin), Zat Besi, Zink dan Vitamin D juga boleh mempengaruhi sistem tubuh yang seterusnya boleh menyebabkan kekurangan selera makan.


1. Punca Kekurangan Selera Makan

Kurang selera makan boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya ialah:
  • Kesakitan seperti demam, batuk dan selsema
  • Tekanan perasaan contohnya kesedihan melampau
  • Jangkitan virus penyakit seperti Viral Gastroenteritis
  • Anorexia Nervosa
  • Kesan sampingan pengambilan ubat
  • Penyakit berkaitan organ dalaman seperti ginjal, hati, usus dan sebagainya
  • Gaya hidup yang tidak sihat dan tidak seimbang
  • Kekurangan zat dan nutrien seimbang daripada pemakanan harian
  • Faktor psikologi seperti amalan diet
  • Kesibukan harian dan lain-lain

2. Kesan Kurang Selera Makan

Kekurangan selera makan menyebabkan nutrien penting untuk fungsi tubuh yang sempurna tak dapat dibekalkan secukupnya kepada badan. Bila dah takde selera, lagi kurang makan, lagi kurang nutrien penting dalam badan, lagi menjadi-jadi masalah kurang selera makan tu. Akibatnya, pelbagai masalah lain yang timbul kesan daripada kurang selera makan seperti:
  • Fungi sistem tubuh yang terganggu
  • Sistem imun tubuh lemah dan mudah mendapat penyakit
  • Penyembuhan daripada penyakit yang lambat
  • Keletihan dan kelesuan
  • Otak dan minda tidak dapat berfikir dan berfungsi secara optimum dan fokus
  • Susah tidur
  • Anemia dan pengsan
  • Sakit kepala dan kepeningan
  • Kekurangan berat badan
  • Prestasi harian yang menurun dan lain-lain.

Shaklee mempunyai set yang dikenali sebagai Weight Gain Set yang mana amat sesuai untuk diambil oleh individu yang mempunyai masalah kekurangan berat badan.


Vitamin Vitalea Iron Formula, B-Complex dan juga Mealshakes Shaklee mengandungi nutrien penting Asid Folik ataupun Vitamin B9 dan juga semua komponen vitamin penting yang dapat membantu keberkesanan dan tindakan diantara satu sama lain. Oleh itu vitamin-vitamin berkenaan boleh membantu memperbaiki masalah kurang selera makan.


1) Vitalea Iron Formula
  • Dirumus khas dengan 30 vitamin penting dan mineral untuk kesihatan yang optimum.
  • Formula terbaru Vita-Lea dilengkapi dengan zat besi.
  • Bantu buatkan badan rasa lebih cergas dan bertenaga.
  • Mengelakkan letih, lesu, pucat dan pengsan akibat kekurangan hemoglobin.
  • Memperkasa memori, untuk kecerdasan mental dan membantu tumbesaran.
  • Baik untuk anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood pressure, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser.

2) B-Complex
  • Mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuklah 100% biotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada Vitamin B Kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
  • Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  • Melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus.
  • Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang kuat, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

3) Meal Shakes
  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal nutrisi kepada tubuh kerana meal shakes kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah sistem imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran kerana ia kaya dengan Asid Folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

0 comments: