Tuesday, September 9, 2014

Bahayanya Kolesterol!


Assalamualaikum..


Tahukah anda bahawa penyakit jantung, kanser dan strok adalah antara punca kematian terbesar di Malaysia? Strok dianggap sebagai punca utama kehilangan upaya yang teruk dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes adalah menimpa orang dewasa.

Sepertimana yang kita sedia maklum, kolesterol adalah salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah penyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi untuk melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis


Sekiranya masalah ini berlaku pada arteri yang menghubungkan ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung. Sebaliknya apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari masalah jantung dan strok, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, penglihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini adalah berkaitan dengan atherosclerosis iaitu satu gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Strok adalah satu serangan otak dimana ia akan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh yang mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik yang lain seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Disebabkan itu maka bahagian otak itu mulai mati. Strok akan berlaku dengan pantas dan senyap. Kerosakan otak akan menjejaskan deria-deria anda termasuklah pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh juga mungkin lumpuh manakala sikap, corak pemikiran dan ingatan akan turut berubah.

Sejauh mana kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan bahaya?

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan:
  1. Aterosklerosis - penyempitan arteries.
  2. Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.
  3. Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, biasanya disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari. Ini menyebabkan otot jantung tidak berfungsi
  4. Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen
  5. Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena, menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. Juga boleh berlaku apabila salur darah pecah. Sel-sel otak mula mati.


 Antara faktor-faktor penyebab tinggi kolestrol ialah:
  1. Pemakanan
  2. Merokok
  3. Meminum minuman keras
  4. Tekanan
  5. Mempunyai masalah hati yang tidak sihat

Faktor utama penyumbang kepada masalah kolestrol tinggi di Malaysia adalah akibat daripada gaya pemakanan orang Malaysia. American Heart Association menyarankan pengambilan kolestrol bagi individu normal tidak lebih daripada 300mg sehari. Manakala bagi pesakit jantung tidak lebih 200mg sehari. Tetapi, cuba kita lihat kepada corak pemakanan rakyat Malaysia. Adakah mampu untuk mengawal pengambilan kolesterol seperti yang disarankan itu?


Setiap individu disarankan untuk makan 3 kali sehari. Tetapi, sepertimana yang kita sedia maklum, masakan Malaysia setiap satunya mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Jadi jika diambil sebanyak tiga kali sehari, bayangkan lah berapa banyak jumlah kolestrol yang telah terkumpul? Contohnya seperti dalam gambar di bawah.



Cuba bayangkan kalau saluran darah ke jantung anda seperti gambar berikutnya? Cuba bayangkan pula pergerakan aliran darah yg melalui kawasan yang mempunyai tompokan kolestrol tersebut. Bayangkan lagi bagaimana saluran darah tersebut bekerja untuk mengepam darah ke jantung. Again, bayangkan jika tompokan kuning tersebut semakin besar dan besar dan akhirnya tiada lagi ruang untuk darah mengalir melaluinya seperti gmabar di bawah. Sekarang apa yang ada di fikiran anda? 1 saat tiada bekalan darah ke jantung. Permulaan di mana jantung berhenti untuk mengepam. Apa yg berlaku? Sudden death!!!



Haruskah keadaan ini dibiarkan berterusan? Berapa lama anda boleh bertahan? Jadi apakah cara paling berkesan untuk menurunkan paras kolestrol? Jemput baca entry ini untuk mengetahui bagaimana Phytocol-ST Shaklee menghalang kolesterol jahat dalam pemakanan harian anda.

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


0 comments: