Sunday, April 27, 2014

Kenapa Vitamin Shaklee Tiada Silica Gel?


Waktu mula-mula saya beli vitamin Shaklee dulu, saya pelik kenapa dalam botol dia tak ada silica gel?? Selamat ke tak vitamin ni kalau tak ada silica gel ni? Kan biasanya kalau beli vitamin dari mana-mana farmasi kita akan jumpa benda tu dalam botol? Ni kenapa tak ada pulak?


Ni dia silica gel. Dibungkus dalam paket kecil dan ada butiran halus macam manik-manik jernih. Ianya diproses secara sintesis dari Natrium Silikat. Berfungsi sebagai zat penyerap atau pengering serta menyerap lembapan daripada ruang udara. Juga membantu mengurangkan kerosakan pada barang yang hendak disimpan. Lembapan akan merosakkan barangan yang disimpan. Jadi disinilah silica gel tu berfungsi.

 Apa fungsi SILICA GEL nie sebenarnya??

Silica Gel ini adalah sejenis "desiccant" iaitu ia berfungsi untuk menyerap lembapan. Sebab itulah kita selalu jumpa benda ni dalam kotak kasut or handbag baru or kotak2 barangan elektrik kerana bertujuan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat yang boleh merosakkan barangan tersebut. Bagi supplement pula, Silica Gel dimasukkan sekali dalam botol adalah untuk mengelakkan pil/supplement tersebut dirosakkan oleh wap air yang mungkin terperangkap dalam botol supplement tersebut bila kita buka botol untuk mengambil pil atau supplement.

Ok, berbalik kepada persoalan yang bermain difikiran saya tadi.. KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE TAK ADA SILICA GEL??

Hal ini adalah kerana, Shaklee merupakan suppelement ASLI, TIADA BAHAN PENGAWET, TIADA PEWARNA TAMBAHAN, TIADA BAHAN PERASA. Oleh sebab itu, supplement Shaklee tidak memerlukan Silica Gel!! Haaaa, itu dia sebabnya!

Shaklee tidak mempunyai silica gel dalam mana2 produknya, kecuali produk untuk kanak2. Ini adalah kerana sekiranya kanak2 mengambil sendiri vitamin mereka, dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan basah, jadi tak eloklah untuk pil tu (ini basah lencun bukan moist). Tau aje la kan budak-budak ni kadang-kadang main ambikkk je kalau dia nak. Kita mayb tak perasan sebelum ambil tu, diorang baru sudah basuh tangan ke apa.. pastu tak lap plak tangan tu jadi air boleh kena pd vitamin dlm botol tu. Tapi silica gel dalam Chewable Vitamin C dan VitaLea for Children ni memang unik tau. Ia tak sama macam silica gel yang biasa datang dalam botol supplement lain
yang selalunya kita tgk tak ada safety, just bungkus dalam paper yang boleh koyak bila2 masa dan kebarangkalian utk anak2 buat main adalah tinggi! Silap-silap anak-anak koyak je kertas bungkus tu dan masuk mulut. Nauzubillah!


Ini dia silica gel yang terdapat dalam botol Chew Vita-C. Memang tak sama dengan silica gel yang lain. Silica Gel Shaklee diletakkan didalam bekas keras dan kecil serta ditutup serapatnya. So kebarangkalian untuk anak2 membuka bekas silica gel ni adalah rendah sama sekali!!

Maka terjawablah apa yang saya duk fikir selama ni. Sebab tu lah saya tak ragu-ragu untuk mendapatkan atau mencuba product Shaklee nie kerana banyak kebaikan dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan. 

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, April 9, 2014

Set Slimming Bajet Shaklee Paling Laris



Risau berat badan naik? Kolestrol tinggi? Nak beli set slimming tetapi mempunyai kekangan wang. Jom cuba set ini dengan harga mampu milik! Hanya perlu amalkan secara konsisten dan insyaallah, anda akan mendapat berat yang anda idamkan disamping tubuh badan yang sihat dan cergas.

1)Herb-lax

Mengandungi daun senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus.Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit, bau badan serta penting untuk proses detox.

2) Alfalfa Complex

Alfalfa adalah store bagi nutrient. Ianya kaya dengan klorofil bioflavonoids,vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan multivitamin membantu badan yang tinggi acid menjadi beralkali. Disamping itu, alfalfa akan meneutralkan toxin dalam badan serta memberikan lebih banyak protin tanpa lemak tepu daripada produk berasaskan haiwan.

3) Lecithin

Bertindak dalam pemecahan lemak-lemak dan mengawal kolesterol. Selain itu, untuk mngelakkan lemak jahat terkumpul didalam saluran darah atau mana-mana bahagian tubuh kita, lawannya adalah lemak baik. Lecithin adalah sejenis lemak yang menghalang lemak didalam makanan dengan mengurai serta mengapungkannya didalam salur darah.

Secara ringkasnya:

Detox dengan HERBLAX > Pecah lemak dengan LECITHIN > Angkut dan buang lemak dengan ALFALFA.

Jom tengok testimoni pelanggan yang dah cuba set ini!

Testimonial 1



Testimonial 2



Testimonial 3



Best kan Herblax + Lecithin + Alfalfa ni?? Sbb tu ramai pelanggan2 yg dah jatuh hati dengannya sampai sanggup repeat order banyak-banyak kali. Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini. :).


PENJIMATAN SEHINGGA LEBIH 20% BAGI SETIAP PEMBELIAN OSTEMATRIX SHAKLEE SEPANJANG MARCH 2014! JOM AMBIL PELUANG!

Ostematrix Shaklee - Kalsium terbaik pilihan saya. Dan seharusnya menjadi pilihan anda juga! (^_^)

 
--------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, April 3, 2014

Triple Milk Booster



Puasa dah dekat, susu makin kurang, stok makin susut!! Macamana nak buat ni?? Anda patut cuba SET TRIPLE MILK BOOSTER IN. Memang SUPERBBBB!!

Kenapa ramai ibu2 yg MESTI repeat order ESP + ALFALFA + OSTEMATRIX ini?? Walaupun ia hanya set bajet, tp hasilnya mmg SUPER DUPER BEST!!

✔ ESP + alfalfa = MILKBOOSTER.. Susu cepat penuh semula selepas ambi 2 vitamin ni. Ada customer sy terpaksa kurangkan dose sebab tak tahan dengan bengkak susu kalau anak terlewat menyusu.

✔ ESP + alfalfa = kulit cantik dan tiada masalah jerawat

✔ Alfalfa menghilangkan keputihan - mmg completely hilang, takde kesan sampai sekarang

✔ ESP + alfalfa + OSTEMATRIX= membuatkan susu jadi pekat & banyak. Anak cepat kenyang n kurang meragam

✔ ESP + alfalfa + OSTEMATRIX= mengurangkan berat badan.. mmg best!! Sebab ESP mengurangkan rasa lapar,  alfalfa pula membantu menyah toksin, sementara Ostematrix pula melancarkan proses pembuangan.

✔ Alfalfa sebagai kacip fatimah - rasanya yang pernah amik mesti dah tau kan macamana kesannya..

✔ Alfalfa mengurangkan masalah resdung - saya sendiri yang selalu gatal2 hidung lepas makan seafood, alhamdulillah, dah xde masalah tu sejak consume alfalfa. Bersin waktu pagi pun dah xde.


Jom kita tengok apakah keistimewaan ketiga-tiga vitamin ini:

ESP
  • menjadikan badan si ibu lebih sihat, bertenaga, tidak mudah letih dan lesu sekaligus melancar dan mempercepatkan penghasilan susu
  • menjadikan susu yang dihasilkan lebih pekat dan kaya dengan hindmilk yang mengenyangkan, jadinya bayi anda tidak bergayut lama serta dapat tidur dengan lebih lena dan tidak kerap bangun malam
  • kulit wajah si ibu menjadi lebih halus, licin, cerah berseri
  • menyokong proses penurunan berat badan secara sihat dan semulajadi
  • membantu menganjalkan payudara

Alfalfa

  • telah digunakan dari zaman dahulu kala sebagai perangsang susu 
  • bekerjasama bersama ESP dalam penurunan berat badan
  • mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai agent perapat
  • membantu mengatasi resdung, asthma dan alahan
  • berfungsi sebagai detox dalam menyingkirkan bahan-bahan toksin dari dalam badan
  • memperbaiki pelawasan

Ostematrix

  • meningkatkan kadar kalsium dalam badan bagi melancarkan penghasilan susu khususnya bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu merundum ketika period
  • menyokong tumbesaran tulang dan gigi bayi kerana kalsium akan turut disalurkan kepada bayi melalui susu ibu
  • menyokong kesihatan tulang dan gigi si ibu serta mengelakkan masalah osteoporosis
  • mengatasi masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi dan urat saraf yang berpunca daripada posisi penyusuan yang tidak betul, selain kesan penggunaan epidural sewaktu bersalin  
  • menghindari masalah kaki cramp dan kebas-kebas 
  • meningkatkan pelawasan 
  • membantu tidur yang lebih lena dan membuatkan si ibu lebih mudah untuk bangun pada keesokan harinya. Tidur yang lena penting kerana badan yang keletihan boleh mengganggu penghasilan susu ibu. 
Best kan ESP + ALFALFA + OSTEMATRIX ni?? Sbb tu ramai ibu2 yg dah jatuh hati dengannya sampai sanggup repeat order banyak-banyak kali. Lagipun, ia bukan khas untuk ibu2 menyusu je tau!! Semua peringkat boleh ambil set ni! 
Tak percaya?? Jom tengok testimoni ibu-ibu yang dah cuba set ini!


 Testimoni 1: Kesihatan tubuh badan



Testimoni 2: Keputihan



 Testimoni 3: Berpantang & Penyusuan


Daripada testimonial yang diberikan di atas, ternyata set kombinasi Triple Milk Booster ini bukan sekadar milk booster semata-mata malah ianya jauhhhhh lebih dari itu. Dengan pelbagai manfaat sampingan, pengambilan kombinasi set ini bukan sahaja menceriakan si manja malah turut menggembirakan anda! Anak sihat, ibu hebat, itulah perumpamaan yang paling tepat!!


PENJIMATAN SEHINGGA LEBIH 20% BAGI SETIAP PEMBELIAN OSTEMATRIX SHAKLEE SEPANJANG MARCH 2014! JOM AMBIL PELUANG!

Ostematrix Shaklee - Kalsium terbaik pilihan saya. Dan seharusnya menjadi pilihan anda juga! (^_^)
 
--------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, April 2, 2014

Info: Keperluan Kalsium



Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :

  1. Fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
  2. Fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
  3. Proses pembekuan darah
  4. Kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.

Kadar Keperluan Kalsium

Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari.

Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada panduan di bawah ini:

LELAKI
* 8 – 11tahun (800mg)
* 12 – 15 (1200mg)
* 16 – 18 (1000mg)
* 19 – 64 (800mg)
* melebihi 64 (800mg)

WANITA
* 8 – 11tahun (900mg)
* 12 – 15 (1000mg)
* 16 – 18 (800mg)
* 19 – 54 (800mg)
* melebihi 54 (1000mg)
* Mengandung (1100mg)
* Menyusu bayi (1200)

Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.

Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber-sumber kalsium

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
  • 3 gelas susu,
  • 4.6kg daging,
  • 15 biji telur,
  • 70g cheese,
  • 400g ais krim, atau
  • 2 cawan yoghurt.

Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :
  1. Kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat
  2. Kurang pengambilan kalsium
  3. Pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause
  4. Risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok

Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.

Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang. Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :-

  • Bersama-sama vitamin D
  • Bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.
  • Selepas makan.

Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :
  • Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
  • Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
  • Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
  • Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.
  • Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita. 
  • Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah. 

Jadi, mengapa perlu memilih Ostematrix Shaklee??

Ini kerana Ostematrix Shaklee formulanya unik. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, sebab itulah kenapa, bila anda mengambil ostematrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan!




PENJIMATAN SEHINGGA LEBIH 20% BAGI SETIAP PEMBELIAN OSTEMATRIX SHAKLEE SEPANJANG MARCH 2014! JOM AMBIL PELUANG!

Ostematrix Shaklee - Kalsium terbaik pilihan saya. Dan seharusnya menjadi pilihan anda juga! (^_^)
 
--------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.