Wednesday, April 2, 2014

Info: Keperluan Kalsium



Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :

  1. Fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
  2. Fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
  3. Proses pembekuan darah
  4. Kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.

Kadar Keperluan Kalsium

Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari.

Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada panduan di bawah ini:

LELAKI
* 8 – 11tahun (800mg)
* 12 – 15 (1200mg)
* 16 – 18 (1000mg)
* 19 – 64 (800mg)
* melebihi 64 (800mg)

WANITA
* 8 – 11tahun (900mg)
* 12 – 15 (1000mg)
* 16 – 18 (800mg)
* 19 – 54 (800mg)
* melebihi 54 (1000mg)
* Mengandung (1100mg)
* Menyusu bayi (1200)

Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.

Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber-sumber kalsium

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
  • 3 gelas susu,
  • 4.6kg daging,
  • 15 biji telur,
  • 70g cheese,
  • 400g ais krim, atau
  • 2 cawan yoghurt.

Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :
  1. Kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat
  2. Kurang pengambilan kalsium
  3. Pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause
  4. Risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok

Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.

Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang. Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :-

  • Bersama-sama vitamin D
  • Bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.
  • Selepas makan.

Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :
  • Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
  • Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
  • Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
  • Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.
  • Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita. 
  • Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah. 

Jadi, mengapa perlu memilih Ostematrix Shaklee??

Ini kerana Ostematrix Shaklee formulanya unik. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, sebab itulah kenapa, bila anda mengambil ostematrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan!




PENJIMATAN SEHINGGA LEBIH 20% BAGI SETIAP PEMBELIAN OSTEMATRIX SHAKLEE SEPANJANG MARCH 2014! JOM AMBIL PELUANG!

Ostematrix Shaklee - Kalsium terbaik pilihan saya. Dan seharusnya menjadi pilihan anda juga! (^_^)
 
--------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





0 comments: