Wednesday, December 3, 2014

Info: Bahaya MSG Kepada Kesihatan


Assalamualaikum..

MSG atau monosodium glutamate ialah satu perisa utk makanan, kandungannya banyak terdapat dalam 'Pak Aji'.  Tapi benarkah pengunaannya yg berulang kali itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan kita? Selalu sangat kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto melazatkan masakan. Kalau tak letak memang tak sedap ke lauk kita masak tu?


MSG ni pentingnya umpama bawang, lada dan garam yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol atau sepeket penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur. 

Saya memang tak guna aji dalam masakan. Dulu-dulu masa masih 'belum sedar', ada jugak guna. Itu pun sebab ikut-ikut orang. Orang guna, kita guna. Kesannya saya selalu sakit kepala. Lepas tu, makan lauk yang ada aji ni memang perasan sangat, tekak cepat haus. Dahaga je rasa. Rasa perit tekak. Kalau kedai yang guna terlampau banyak aji plak, lepas makan tu rasa pening dan loya. Bahaya betul. Tergerak hati nak Google pasal aji ni rupa-rupanya memang tak bagus pun kalau letak dalam makanan. Sejak dari tu, saya dah tak ada dah nak guna aji ni semua. Takutnya memudaratkan kesihatan.

Tahu tak bahawa terdapat pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia yang mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? 


Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain dari itu, kesan MSG juga turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. 


Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran. Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus. Fikir-fikirkan la tentang anak kita. Kesian diorang kecil-kecil dah makan benda yang menjejaskan kesihatan.


Di bawah ni saya ringkaskan beberapa kesan MSG pada kesihatan:

1. Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.

2. Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.


3. Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. 


4. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.

MSG ini juga sangat bahaya kepada buah pinggang. Dan saya rasa, mungkin inilah antara punca ramai orang umur 20-an dah kena sakit buah pinggang! Penat buah pinggang kita bekerja untuk filter racun yang kita makan hari-hari. Ajinomoto, pengawet, perasa, pewarna, itu semua adalah racun dalam makanan. Sumber racun paling famous ialah mee maggie! Ianya MUDAH, CEPAT, JIMAT dan SEDAP!  Dan pakejnya ialah sakit buah pinggang jika pengambilan makanan tersebut diambil tanpa kawalan! Nauzubillah. Jaga laa kesihatan kita dengan sebaik-baiknya. Ia adalah ANUGERAH yang tak ternilai yang dikurniakan ALLAH buat kita semua. 

"Sihat itu nikmat"

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: