Sunday, December 7, 2014

Betul Ke Orang Kurus Tiada Kolesterol?


Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog saya hari ni yer? Saya harap anda semua dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya. Dalam entry kali ni, saya nak kongsikan tentang sesuatu yang menarik berkaitan dengan kolesterol. Ye la kan.. sebab masalah kolesterol ni memang banyak membelenggu masyarakat kita akhir-akhir ini.


Pernah tak kita dengar orang cakap, "Syoknya makan banyak pun mantain je kurus. Makan apa pun tak kisah!". Mesti ada kan dikalangan kawan-kawan kita yang makan macam nak rak punnnn badan tetap tak naik. Tapi, tahu tak bahawa, kalau kita tak jaga corak pemakanan kita, risiko untuk mendapat masalah kolesterol tinggi tetap sama seperti orang lain.

Tapi, macamana pulak orang kurus ni boleh ada masalah kolesterol tinggi? Ingat yer, kalau kita kurus 'sekeping' sekalipun, makan tak jaga, tak ada senaman, semua makanan berlemak kita telan, kita tetap berisiko. Kenapa? Sebabnya, lemak-lemak makanan yang kita ambil itu tidak terkumpul didalam badan sebaliknya ia berkumpul disaluran darah! Takut, kan bila tau macam ni? Jadi, berpada-pada laa dalam menikmati hidangan kita setiap hari.

Namun begitu, hari ini saya nak kongsikan 10 jenis makanan yang dapat mencegah arteri tersumbat. Ia adalah:


1. Bawang putih
Bawang putih mempunyai sifat mencegah penggumpalan darah (thrombosis) dan mencegah terbentuknya pengerasan dinding pembuluh darah. Kajian menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol.



2. Anggur
Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Flavonoid didapati dapat mencegah pengoksidaan kolesterol jahat yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Ia juga mengurangkan risiko pembentukkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.



3. Bayam
Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja menguatkan sistem imun tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan secara umum. Lutein juga mampu menjaga kesihatan jantung kerana ia dapat mencegah kolesterol daripada terbentuk pada dinding arteri.



4. Ikan
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa minyak Omega 3, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, menghentikan pemendapan lemak dalam arteri. Asid lemak mampu mengelakkan daripada pembentukan kolesterol daripada menjadi teroksida.



5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksida akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.



6. Tomato
Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat pada tomato yang memberi ia warna membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik juga mendapati bahawa wanita dengan lycopene tinggi dalam darah mereka paling sedikit menghidapi masalah arteri tersumbat.



7. Delima
Jus delima bukan sahaja mampu mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi juga boleh menangani masalah ini daripada berlaku. Jus delima yang tinggi kandungan antioksidan, membantu menghalang pengerasan arteri.



8. Kiwi dan Rockmelon
Kiwi dan rockmelon kaya dengan antioksidan berfungsi mengurangkan kolesterol jahat (LDL), yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Buah ini membantu menghapuskan plak dan mencegahnya daripada merebak. Makan sepotong rockmelon dan sebiji kiwi setiap hari untuk mengelak arteri anda daripada tersumbat.





9. Jus Cranberry
Jus ini bertindak sebagai ‘penyerap lemak’ dalam saluran darah. Jus ini juga meningkatkan keupayaan sel-sel untuk menyerap lemak yang terkumpul di dalam saluran darah dan menukarkan lemak kepada tenaga.



10. Oat
Oat membantu menurunkan tahap kolesterol dalam badan. Kandungan serat larut yang tinggi dalam oat membentuk gel dalam saluran pencernaan untuk mengikat kolesterol yang berlebihan dan lemak dalam perut dan menghalangnya daripada diserap tubuh. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat setiap hari mampu menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: