Tuesday, March 10, 2015

Blog Bersawang!!


Assalamualaikum..

 
Alahaiii, lama betul saya tinggalkan blog kesayangan saya ni. Dah bersawang abis dah ni. Hehe. Kekangan masa yang amat terhad buat saya tak sempat nak update apa-apa kat sini. Bisnes on macam biasa cuma aktif di FB aje yang banyak. 

Insyaallah, saya cuba update semula macam biasa nanti. Ambil mood dulu. :). Memang rindu sangat nak share banyak perkara kat sini untuk reader yang menjenguk. Sabar ye.

Btw, nak bagitau ni, untuk bulan Mac ni kira ada promo yang best!! Haaaa, tengok poster tu! Menarik, kan?? Boleh la grab sebelum start GST bulan depan! 




Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, December 8, 2014

Set Batu Karang Shaklee


Assalamualaikum..

Dalam entry sebelum ini ada saya kongsikan mengenai masalah batu karang yang banyak dihidapi oleh segolongan penduduk Malaysia akhir-akhir ini. Masalah batu karang ini kebanyakannya berpunca daripada corak gaya hidup dan pemakanan pesakit itu sendiri.

Terdapat beberapa cara bagi membantu pesakit mengurangkan risiko penyakit ini antaranya adalah dengan amalan meminum air yang banyak serta mengurangkan pengambilan makanan yang menjadi punca terjadinya penyakit ini. 

Namun begitu, terdapat juga cadangan supplement yang bersesuaian dengan masalah batu karang ini. Set Batu Karang Shaklee terdiri daripada beberapa jenis supplement yang dapat membantu dalam meringankan masalah tersebut.



Cadangan supplement untuk Masalah Batu Karang adalah seperti berikut:

1. Omega Guard
Membakar lemak berlebihan yang mendorong masalah batu karang

2. B-Complex
Menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

3. Vita-C 
Mengasidkan urin. Batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid

4. OsteMatrix
Mengandungi magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang

5. Alfalfa Complex
Mengurangkan infeksi & inflamasi

6. Carotomax
Menyembuhkan saluran urinari yang luka akibat batu karang

7. Lecithin
Membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma produk ini ye!

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, December 7, 2014

Betul Ke Orang Kurus Tiada Kolesterol?


Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog saya hari ni yer? Saya harap anda semua dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya. Dalam entry kali ni, saya nak kongsikan tentang sesuatu yang menarik berkaitan dengan kolesterol. Ye la kan.. sebab masalah kolesterol ni memang banyak membelenggu masyarakat kita akhir-akhir ini.


Pernah tak kita dengar orang cakap, "Syoknya makan banyak pun mantain je kurus. Makan apa pun tak kisah!". Mesti ada kan dikalangan kawan-kawan kita yang makan macam nak rak punnnn badan tetap tak naik. Tapi, tahu tak bahawa, kalau kita tak jaga corak pemakanan kita, risiko untuk mendapat masalah kolesterol tinggi tetap sama seperti orang lain.

Tapi, macamana pulak orang kurus ni boleh ada masalah kolesterol tinggi? Ingat yer, kalau kita kurus 'sekeping' sekalipun, makan tak jaga, tak ada senaman, semua makanan berlemak kita telan, kita tetap berisiko. Kenapa? Sebabnya, lemak-lemak makanan yang kita ambil itu tidak terkumpul didalam badan sebaliknya ia berkumpul disaluran darah! Takut, kan bila tau macam ni? Jadi, berpada-pada laa dalam menikmati hidangan kita setiap hari.

Namun begitu, hari ini saya nak kongsikan 10 jenis makanan yang dapat mencegah arteri tersumbat. Ia adalah:


1. Bawang putih
Bawang putih mempunyai sifat mencegah penggumpalan darah (thrombosis) dan mencegah terbentuknya pengerasan dinding pembuluh darah. Kajian menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol.



2. Anggur
Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Flavonoid didapati dapat mencegah pengoksidaan kolesterol jahat yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Ia juga mengurangkan risiko pembentukkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.



3. Bayam
Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja menguatkan sistem imun tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan secara umum. Lutein juga mampu menjaga kesihatan jantung kerana ia dapat mencegah kolesterol daripada terbentuk pada dinding arteri.



4. Ikan
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa minyak Omega 3, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, menghentikan pemendapan lemak dalam arteri. Asid lemak mampu mengelakkan daripada pembentukan kolesterol daripada menjadi teroksida.



5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksida akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.



6. Tomato
Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat pada tomato yang memberi ia warna membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik juga mendapati bahawa wanita dengan lycopene tinggi dalam darah mereka paling sedikit menghidapi masalah arteri tersumbat.



7. Delima
Jus delima bukan sahaja mampu mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi juga boleh menangani masalah ini daripada berlaku. Jus delima yang tinggi kandungan antioksidan, membantu menghalang pengerasan arteri.



8. Kiwi dan Rockmelon
Kiwi dan rockmelon kaya dengan antioksidan berfungsi mengurangkan kolesterol jahat (LDL), yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Buah ini membantu menghapuskan plak dan mencegahnya daripada merebak. Makan sepotong rockmelon dan sebiji kiwi setiap hari untuk mengelak arteri anda daripada tersumbat.





9. Jus Cranberry
Jus ini bertindak sebagai ‘penyerap lemak’ dalam saluran darah. Jus ini juga meningkatkan keupayaan sel-sel untuk menyerap lemak yang terkumpul di dalam saluran darah dan menukarkan lemak kepada tenaga.



10. Oat
Oat membantu menurunkan tahap kolesterol dalam badan. Kandungan serat larut yang tinggi dalam oat membentuk gel dalam saluran pencernaan untuk mengikat kolesterol yang berlebihan dan lemak dalam perut dan menghalangnya daripada diserap tubuh. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat setiap hari mampu menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, December 6, 2014

Masalah Batu Karang


Assalamualaikum..



Apakah penyakit batu karang?

Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau saluran kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendapan mineral didalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun begitu harus diingat, kaum wanita juga juga tidak terkecuali daripada mendapat penyakit ini.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Dengan gangguan atau merebaknya kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Bagaimanakah ia boleh terjadi?

Batu karang terbentuk disebabkan beberapa faktor. Antara faktor utamanya adalah disebabkan tubuh seseorang itu kekurangan air. Ini terjadi mungkin disebabkan pesakit kurangnya meminum air dan juga banyak berpeluh. Selain dari itu, batu karang juga berpotensi untuk terbentuk apabila seseorang memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, minum minuman berkafein dan sebagainya. Batu karang juga lebih mudah terbentuk apabila seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. 



Tanda-tanda seseorang mempunyai batu karang?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk akan dialami oleh pesakit. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 



Cara merawat dan mengatasi?

Batu karang yang tidak terkeluar melalui air kencing memerlukan rawatan yang membolehkan batu itu keluar dari buah pinggang atau salur kencing yang tersumbat. Doktor akan memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit yang dialami pesakit. Kemudian, pembedahan kecil perlu dijalankan untuk membuang batu karang itu.

Nasihat pencegahan?

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, dinasihatkan supaya seseorang itu meminum air sebanyak 2.5 hingga 3 liter sehari terutamanya mereka yang melakukan pekerjaan yang menyebabkan mereka cepat berpeluh dan terdedah kepada panas matahari. Selain itu, pesakit hendaklah mengurangkan pengambilan makanan berprotein seperti daging merah dan minuman berkafein seperti kopi dan teh.
 

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.