Wednesday, August 6, 2014

Tips: Tumit Kaki Merekah


Assalamualaikum wbt..

Masalah tumit kaki kering dan merekah adalah perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan orang. Kadang-kadang, dah kasar sangat tumit tu sampai tersangkut-sangkut kat kain. :D. Semakin usia meningkat, masalah ini boleh menjadi semakin ketara. Tumit kaki kering dan merekah akan menyebabkan ketidakselesaan dan kadangkala mencetuskan kesakitan kepada individu yang menghadapinya. Kaki juga akan kelihatan buruk dan hodoh. Kadang-kadang kalau teruk sangat boleh menyebabkan jangkitan kulit sekunder dan menyebabkan gatal-gatal, pedih-pedih dan luka berdarah. Aktiviti harian juga boleh terganggu.




Punca Tumit Kaki Kering Merekah

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada punca tumit kaki kering dan merekah  ini. Antaranya ialah:
  • Kulit yang semulajadi kering ataupun kulit kering yang tebal disekeliling bahagian tumit kaki lebih cenderung untuk merekah kalau banyak buat aktiviti menggunakan kaki.
  • Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang lebih kepada tapak kaki menyebabkan tapak kaki mengembang dan mudah merekah.
  • Banyak melakukan kerja dalam keadaan berdiri. Lantai yang keras menyebabkan tumit mudah merekah.
  • Memakai kasut yang terbuka di bahagian belakang membuatkan tumit terdedah dan isi di bawah tumit mengembang ke tepi.
  • Penyakit dan jangkitan seperti Athlete's foot, Psoriasis, Eczema, Thyroid disease, Diabetes dan beberapa penyakit berkaitan kulit boleh menyebabkan tumit kaki kering dan merekah.
  • Kaki yang terdedah kepada air secara berterusan terutamanya air yang mengalir boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar. Berdiri lama di tempat lembab seperti bilik air juga boleh menyebabkan tumit kering dan merekah.
  • Penuaan menyebabkan kulit hilang elastisiti jadi tumit merekah boleh menjadi semakin teruk seiring dengan peningkatan umur.
  • Tidak menjaga kebersihan kaki ataupun berada di persekitaran yang kotor juga boleh mempengaruhi keadaan tumit.
  • Kulit tidak sihat, kering bersisik disebabkan oleh penyakit ataupun cuaca.
  • Kekurangan vitamin dan mineral tertentu boleh juga menyebabkan tumit kaki kering dan merekah.

15 Tips Untuk Atasi Tumit Kaki Kering Merekah

  1. Basuh kaki setiap hari dengan sabun lembut dan air suam tapi tidak terlalu lama dan keterlaluan.
  2. Masa kaki masih lembap, gunakan penyental, span, pumice stone ataupun loofah mandian dan gosokkan pada tumit yang kering dan kasar.
  3. Basuh kaki dengan bersih dan lapkan hingga kering. Kemudian sapukan pelembap. Untuk tumit yang sangat kering, boleh gunakan krim tertentu yang khas untuk kulit kering.
  4. Elakkan menyapu pelembap di antara jejari sebab kelembapan berlebihan pada jejari boleh menyebabkan jangkitan kulat seperti Athlete's foot.
  5. Merendamkan kaki sekali hingga 3 kali seminggu dalam larutan air suam bercampur 1/4 cawan cuka dalam besen boleh membantu memperbaiki keadaan kulit pada tumit. Rendamkan untuk 10-15 minit sahaja sebab kalau rendam lama-lama boleh mengeringkan kulit. Sapu pelembap selepas lap kaki. Ataupun boleh juga rendam kaki dalam air suam sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk lancarkan peredaran darah. boleh letakkan juice daun pudina dalam air untuk legakan kaki yang merekah.
  6. Untuk penyembuhan cepat dan segera, boleh cuba sapu pelembap emollient pada tumit dan pakai stokin daripada kapas. Pemanasan daripada stokin membantu kulit menyerap kelembapan.
  7. Untuk mereka yang mempunyai masalah susah nak capai tumit kaki contohnya sebab berbadan besar, boleh letak pelembap pada tray dan pijak pelembap dalam tray tersebut. Kemudian lapkan kaki pada tuala bersih di lantai untuk bersihkan lebihan krim pelembap. Alternatif lain, boleh gunakan berus yang panjang macam berus lukisan untuk sapukan krim pada tumit.
  8. Dapatkan nasihat pakar kulit ataupun ahli farmasi untuk dapatkan krim pelembap yang berkesan.
  9. Pastikan kaki bersih dan selalu jaga kebersihan.
  10. Buat senaman kaki dengan lebih kerap untuk elakkan berdiri ataupun kaki statik terlalu lama.
  11. Melembap dan berus kaki dengan lembut secara konsisten.
  12. Elakkan berjalan dengan berkaki ayam. Walaupun dalam rumah, boleh pakai indoor slipper. Amalkan memakai kasut yang melindungi kaki dengan sempurna. Dan amalkan pakai stokin! Jagalah aurat! :D
  13. Elakkan berdiri di tempat lembap dalam tempoh yang lama contohnya semasa membasuh bilik air. Mungkin boleh pakai boot atau selipar semasa mencuci. Bahan pencuci yang digunakan juga boleh memburukkan lagi masalah tumit kaki kering merekah
  14. Amalkan menyapu pelembap lepas mandi.
  15. Minum air secukupnya setiap hari untuk mengekalkan hidrasi dan kulit yang sihat.

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: