Tuesday, August 5, 2014

Info: Penyakit Strok


Assalamualaikum wbt.

Entry hari ini saya nak kongsikan tentang STROK. Strok adalah punca kematian keempat terbesar di Malaysia. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.


Bila terjadi, pesakit strok akan menjadi lumpuh sebelah badan, tidak boleh bertutur, koma, hilang ingatan dan yang paling kritikal sehingga boleh membawa maut.

Tanda-tanda terkena strok:
  • pening, susah atau tak stabil bila berjalan
  • masalah bila bertutur
  • kebas, lemah atau lumpuh sebelah badan
  • penglihatan kabur, gelap atau objek kelihatan dua

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
  •  Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar adalah lebih tinggi.
  • Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
 

Faktor risiko untuk mendapat strok/angin ahmar adalah:

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif 
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan



Apakah gejala strok/angin ahmar?


Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan


Pemulihan awal adalah amat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Ramai orang merasa agak kurang pasti bagaimana mereka akan menghadapi cabaran menjaga mangsa strok di rumah. Jika anda adalah penjaga yang utama, perkara-perkara yang paling penting adalah untuk:

  1. Mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan dan sokongan yang boleh diperolehi bagi pemulihan
  2. Jangan buat semua tugas sendirian. Dapatkan bantuan amali dengan rutin harian
  3. Bertolak ansur
  4. Berikan diri anda masa rehat yang teratur

  
-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

 

0 comments: