Monday, August 11, 2014

Info: Punca Jerawat Tumbuh Dimuka


Assalamualaikum wbt. 


Topik yang ingin saya kongsikan dalam entry kali ini adalah berkenaan Jerawat. Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.



Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Terdapat beberapa punca kenapa liang roma tersumbat dan jerawat ni terjadi. Antaranya ialah:


1. Pengaruh Hormon Yang Tidak Seimbang - Usia remaja adalah peringkat dimana tubuh sedang mengalami perubahan hormon yang sangat ketara. Sebab waktu ni tubuh sedang mengalami tumbesaran yang pesat. Perubahan hormon yang hebat ni menyebabkan kulit lebih berminyak dan terjadilah jerawat. Ini lah yang terjadi kepada saya dulu.

2. Faktor Kebersihan - Kurang menjaga kebersihan muka contohnya tidak mencuci muka menyebabkan liang roma tersumbat dengan pelbagai kekotoran. Kulit kita ini bernafas dan berpeluh. Ada minyak muka semulajadi jadi. Semua ini menyebabkan kekotoran melekat di muka. Kalau kita sentuh atau pegang muka lagilah muka menjadi kotor. Terdapat bakteria dan kuman ditangan kita yang boleh menyebabkan jerawat.

3. Stress Ataupun Tekanan - Apabila tertekan, hormon menjadi tidak seimbang dan membuatkan rembesan minyak berlebihan berlaku dan lebih banyak liang roma tersumbat.

4. Faktor Persekitaran - Kita terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran seperti udara, air, cahaya matahari dan lain-lain. Ini semua memberikan kesan terhadap keadaan kulit dan dalam masa sama mencemarkan kulit. Contohnya kalau asyik terdedah bawah cahaya matahari, kulit lebih mudah berpeluh, tersumbat, menjadi radang dan sebagainya.

5. Pemakanan - Apa yang kita makan mempengaruhi tubuh badan. Jerawat adalah antara cara tubuh mengeluarkan kekotoran atau toksin daripada badan. Memakan makanan berminyak dan tinggi lemak boleh menambahkan lagi masalah jerawat. Selain tu kalau ada masalah allergi dan resdung, juga boleh memburukkan lagi masalah kalau termakan makanan tertentu contohnya makanan laut.

6. Alahan - Penggunaan produk harian contohnya pencuci muka, krim pelembap, sabun mandian dan sebagainya mempunyai bahan kimia tertentu yang mungkin menjadi punca kerengsaan kulit. Kita guna tapi tak tau pun produk tu sebenarnya tak sesuai untuk kulit kita jadi ini boleh memnyebabkan ketidakseimbangan fauna kulit seterusnya menyebabkan jerawat.

Masalah jerawat ini, jika tidak dirawat dengan betul akan menyebabkan ianya menjadi semakin teruk dan boleh membuatkan kulit  berparut. Ayuh kita lihat apakah Tips Bagi Mencegah Masalah Jerawat ini.

------------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

*Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


0 comments: