Thursday, November 6, 2014

Vitamin Untuk Mengurangkan Stress, Tekanan Atau Depression


Assalamualaikum..

Disebabkan pelbagai faktor, ramai antara kita mengalami stress. Peringkat stress ni juga adalah pelbagai dan berbeza-beza antara individu. Bagaimana setiap orang mengendalikan stress juga berbeza-beza. Tapi pada pendapat saya ramai orang yang sebenarnya mengalami tekanan ataupun depression tapi dia tak sedar pun yang dia tengah sangat tertekan! Ini sangat bahaya sebab boleh memberikan kesan terhadap kesihatan mental iaitu psikologi dan emosi serta boleh mempengaruhi tahap kesihatan.



Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?  
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. 

Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung), gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan), pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. 
Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Mengenali tanda-tanda stress, tekanan dan depression dapat membantu kita mengambil langkah awal menangani stress sebelum ianya memudaratkan. Menangani tekanan dan depression membantu kita menjalani hidup dengan lebih berkualiti, bahagia dan gembira.

Apakah Tanda-Tanda Stress, Tekanan Ataupun Depression? 
  1. Sakit kepala (migrain) - Akibat peningkatan mendadak pengaliran darah
  2. Kejang otot - Akibat saraf sympathetic yang tinggi
  3. Sakit sekitar mulut - Tekanan berlebihan ke atas gusi
  4. Gusi berdarah - Hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan bakteria mulut
  5. Jerawat - Hormon tidak seimbang
  6. Mengidam makanan manis - Bukan kerana estrogen, namun kerana logik stress semata-mata
  7. Kegatalan kulit - Pengaktifan saraf yang memberi sensasi gatal pada kulit
  8. Alahan berlebihan - Imunoglobulin E (IgE) dirembeskan ke dalam darah memberi sensasi alahan
  9. Sakit perut secara tiba-tiba - Teori saraf di otak yang stress menyebarkan tindak balas ke saraf di sistem perut yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan normal
  10. Tua sebelum waktunya - Jika anda tidak mahu tua sebelum waktunya, jauhi stress. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Boston Brigham and Women Hospital mendapati wanita yang sering cemas secara signifikan memiliki telomere lebih pendek. Dan tanda telomeres yang lebih pendek dianggap sebagai tanda penuaan dipercepat.
  11. Banyak berpeluh
  12. Rasa tidak sihat
  13. Cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil
  14. Kaki dan tangan terasa sejuk
  15. Keinginan seks menurun
  16. Selera makan berubah
  17. Terasa amat letih
  18. Pengambilan alkohol berlebihan dan semakin kuat merokok
  19. Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  20. Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan

Vitamin Untuk Mengurangkan Stress, Tekanan Ataupun Depression 


Antara vitamin yang dicadangkan oleh Shaklee yang dapat membantu mengawal dan memperbaiki stress ialah:
  1. Vitamin B Complex - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  2. Omega Guard - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA dalam minyak ikan mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.
  3. Ostematrix - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

 -----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comments:

precious cla said...

Yep ^^ my dad pun member Shaklee ni mmg OK la.. :)

btw, I follow u