Wednesday, November 5, 2014

Elakkan Kolesterol Bahaya Dalam Badan


Assalamualaikum..


Dalam entry saya yang sebelum ini, dah banyak saya kongsikan tentang masalah kolesterol, penyakit jantung, strok, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Penyakit tu semua macam dah biasa sangat dikalangan masyarakat kita hari ini. Kalau dulu-dulu kita cuma dengar orang tua aje yang selalu dapat sakit itu ini. Tapi zaman sekarang ni, orang muda pun dah ada yang sakit darah tinggi, kencing manis. 

Kalau yang jenis concern tu ok laa.. pergi buat checkup so diorang tau memang ada penyakit. Tapi jenis yang tak kisah ni.. bahaya sangat tau! Tambah-tambah lagi kalau ada darah tinggi. Tak jaga makan pulak tu. Itu laa yang kita duk dengar tiba-tiba je collapse then meninggal. Ya Allah. Memang laa ajal maut tu Kuasa ALLAH tapi, kalau kita sendiri tak jaga kesihatan pun tak boleh jugak, kan?

Jangan tak tau, lebih 6 juta rakyat Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Kolestrol tinggi adalah punca salur darah tersumbat dan menjadi punca penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, strok dan lain-lain. Nampak tak? Berpunca dari satu jenis penyakit  je, boleh bawak macam-macam penyakit kritikal yang lain. Nauzubillah.


Penyakit berkaitan kardiovaskular ni sangat berkait rapat dengan amalan gaya hidup sejak daripada muda terutamanya tentang gaya pemakanan. Masakan orang Malaysia ni kebanyakannya tinggi kolestrol. Kalau sarapan tu, nasi lemak laa, roti canai laa. Itu belum lagi lauk tengahari. Kebanyakkannya memang berlemak dan tinggi kolesterol. Minum pulak teh tarik, nescafe ais dan macam-macam lagi la. Jadi ramai orang tanpa sedar sebenarnya secara perlahan-lahan telah mengumpul penyakit. Bukannya tak boleh makan. Tapi sebaiknya perlu kawal. Bagi yang berpenyakit, lagi laa nak kena jaga. Tapi itu laa, bila benda dah ada depan mata, bukannya senang nak kontrol, ye tak?


Bagaimana Mengawal Dan Mengekalkan Paras Kolestrol Sihat Dalam Badan?


Bila kita tidak dapat mengawal pengambilan makanan yang banyak kolesterol ni, salah satu usaha yang boleh dibuat untuk mengekalkan paras kolestrol dalam darah yang sihat ialah mengamalkan pengambilan makanan tambahan. Antara vitamin yang sangat membantu mengawal paras kolestrol ialah:

1. Phytocol-ST
  • Berfungsi untuk menghalang penyerapan kolestrol ke dalam salur darah dan merendahkan paras kolestrol jahat LDL dalam darah.
  • Diperbuat daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin.
  • Fitosterol mempunyai struktur yang sama dengan kolestrol, akan bersaing dengan menghalang penyerapan kolestrol ke dalam usus.

2. Omega Guard
  • Minyak ikan berkualiti tinggi dan tulin dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul.
  • Mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak minyak ikan.
  • Kaya dengan Asid Lemak Omega 3 yang membantu menurunkan paras kolestrol.
  • DHA dan EPA boleh membantu menentang thrombosis, mengurangkan kepekatan darah, melincirkan salur darah dan menggalakkan peredaran darah yang lancar.
  • Sangat efektif membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileger atau sakit kepala.
  • Membantu menghindar pembekuan darah, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis dan myocardial infarction.
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 44%.

3. Lecithin
  • Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO dan setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.
  • Membantu pemecahan lemak dan kolestrol kerana lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah.
  • Pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserida dalam tubuh.
  • Menggalakkan pelangsingan dengan menghalang obesiti.
  • Pengambilan lecithin menggalakkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Selain daripada mengambil vitamin-vitamin di atas, jangan lupa perbanyakkan pergerakan ataupun bersenam, elakkan stress, kawal pemakanan, amalkan makan makanan seimbang, mengambil makanan yang kaya serat dan rendah lemak tepu. Kenapa pulak kena kawal pemakanan jugak? Sebab pengambilan vitamin bukanlan syarat untuk makan secara tak sihat! Apapun, berpada-pada la dalam apa jua yang kita lakukan. :D


Siapa Perlu Ambil Vitamin-Vitamin Di Atas?

Kalau anda salah seorang penghidap penyakit berkaitan kardiovaskular seperti:
  • Sakit jantung
  • Strok/ angin ahmar
  • Tekanan darah tinggi
  • Serangan jantung
  • Ketidaksuburan
  • Obesiti
  • Penyakit berkaitan masalah hati
Anda mesti buat sesuatu sebagai persediaan untuk mengekalkan paras kesihatan anda demi insan yang anda sayangi. Elakkan 'menjemput' penyakit dan menimbulkan kerisauan orang tersayang. Vitamin-vitamin ini bukan sahaja perlu diambil waktu kita dah mula nampak penyakit datang kepada kita, sebaliknya juga sangat sesuai untuk diambil oleh mereka yang sihat sebagai langkah penjagaan kesihatan kearah yang lebih baik.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: