Sunday, November 2, 2014

Kehebatan Minyak Ikan Bagi Memperbaiki Masalah Insomnia Atau Sukar Tidur


Assalamualaikum..


Hari ini saya nak kongsikan tentang kebaikan dan kehebatan minyak ikan bagi memperbaiki masalah insomnia atau sukar tidur dikalangan masyarakat kita akhir-akhir ini. Kebaikan minyak ikan telah diakui oleh ramai orang dimana ia dapat memperbaiki pelbagai penyakit berkaitan kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan pengurangan paras lipid. Terdapat juga bukti yang menunjukkan minyak ikan boleh memperbaiki simptom kecelaruan-perasaan seperti tekanan dan kecelaruan bipolar. Tapi tidak ramai yang tahu minyak ikan boleh membantu memperbaiki rutin tidur dan meningkatkan kualiti tidur. Ini disebabkan oleh hubungan antaran asid-asid lemak dalam minyak ikan dalam penghasilan pelbagai jenis hormon dan neurotransmitter.

Maklumat daripada seorang nutritionist Shaklee Malaysia, beliau mengatakan minyak ikan boleh memperbaiki masalah berkaitan tidur. Macam mana minyak ikan ni dikatakan boleh membantu memperbaiki kualiti tidur?

Secara ringkasnya...

'Bila badan kita penat, saraf akan bengkak dan ini membuatkan pengaliran darah tidak lancar dan ini sebabnya kita lagi mudah rasa letih. Tetapi Omega ini berfungsi sebagai anti inflammation maka ia akan mengurangkan bengkak pada saraf dan pengaliran darah akan lancar seterusnya membuatkan badan kita ringan maka dengan ini kita akan mudah bangun dari tidur.' - olahan oleh Master Norita


Apakah Insomnia?

Definisi susah tidur mengikut Persatuan Masalah Tidur Amerika (American Sleep Disorders Association) adalah, susah melelapkan mata semasa tidur ataupun mudah terjaga selepas tidur atau difficulty falling asleep or staying asleep. Apabila ia berterusan bagi jangka masa yang lama, ia dinamakan masalah tidur kronik atau chronic insomnia

Apabila anda terpaksa berbaring tanpa boleh melelapkan mata selama 30 hingga 45 minit sebelum tidur, kerap terjaga pada waktu malam ataupun terjaga pada awal pagi dan tidak boleh tidur semula selepas itu, dan sentiasa letih selepas bangun daripada tidur, anda mungkin sedang mengalami masalah susah tidur atau insomnia.

Apakah Penyebab Insomnia?

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah tidak dapat tidur ini berlaku. Antaranya ialah:

1. Akibat kesakitan 
2. Tekanan perasaan
3. Kecelaruan seperti insomnia, sleep apnea dan narcolepsy

Akibat daripada tidak dapat tidur boleh memberikan kesan yang pelbagai antaranya ialah:

1. Tidak dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan baik sepanjang hari
2. Pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, depresi dan obesiti kerana kekurangan tidur selalunya menyebabkan kurangnya senaman dan amalan pemakanan secara sihat.


Kekurangan Asid Lemak

Amalan pemakanan yang kekurangan beberapa jenis asid lemak yang sepatutnya mudah didapati melalui ikan, boleh mempengaruhi penghasilan bahan kimia psikologi. Minyak ikan kaya dengan Asid Lemak Omega 3 iaitu EPA dan DHA yang boleh diperolehi melalui ikan ataupun makanan tambahan. Dalam satu kajian pada tahun 2008 yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional, menyatakan diet pemakanan yang kekurangan Asid Lemak Omega 3 mengurangkan ritma melatonin, melemahkan fungsi jam badan (body clock ataupun circadian clock functioning) dan juga mempengaruhi gangguan dalam tidur nocturnal (nocturnal sleep).


Bagaimana Minyak Ikan Membantu Memperbaiki Masalah Berkaitan Tidur Seperti Insomnia ini?

Mengikut kajian oleh American Journal of Clinical Nurition, minyak ikan memainkan peranan dalam menggalakkan rembesan melatonin. Melatonin ialah hormon yang membantu mengawal kitaran tidur dan jaga dan selalunya digunakan untuk merawat insomnia dan jet lag. Komponan EPA dan DHA dalam minyak ikan telah terbukti menurunkan paras norepinephrine. Norepinephrine adalah hormon tekanan yang dikaitkan dengan reaksi pergaduhan atau penerbangan dan berfungsi antaranya untuk meningkatkan degupan jantung. Ianya juga satu neurotransmitter utama yang berkaitan dengan tidur selain daripada serotonin. Norepinephrine adalah komponen penting dalam kitaran tidur dan memainkan peranan penting dalam fasa Rapid Eye Movement (REM). Ketidakseimbangan norepinephrine boleh memburukkan kitaran tidur dan menyebabkan mengantuk disiang hari.

Mengikut WHO pula, orang ramai perlu mengambil antara 0.3 sehingga 0.5 gram EPA dan DHA setiap hari. Dalam sebiji kapsul soft gel Omega Guard mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA. Jadi, boleh amalkan mengambil 2 atau 3 biji Omega Guard setiap hari untuk memperbaiki masalah berkaitan tidur seperti insomnia ataupun mengalami keletihan melampau akibat perjalanan yang jauh. Sebab minyak ikan ni akan membantu melegakan ketegangan urat saraf, membuatkan rasa lebih tenang dan mudah untuk tidur. Urat saraf dan badan juga dapat berehat secukupnya tanpa gangguan dan menggalakkan proses pemulihan badan.

 
Tidur berkualiti juga dapat membantu kita bangun dengan lebih mudah dengan segar dah cergas. Sebaik-baiknya cuba kita amalkan menjadualkan masa tidur yang sistematik setiap hari. Ada juga masalah yang timbul disebabkan kesilapan dimana pada hari-hari biasa, ramai yang bangun daripada tidur mengikut jadual tertentu, tetapi pada hujung minggu, mereka ketepikan jadual itu dan bangun lewat. Tanpa mereka sedari perbuatan mereka akan mengundang masalah susah tidur pada malam-malam berikutnya.

Menurut Tarmizi dan Abu Daud, Nabi Muhammad berkata, 

“Allah paling hampir kepada hambaNya di akhir malam iaitu sebelum subuh. Sekiranya kamu mampu untuk mengingati Allah ketika itu, lakukanlah.”

Hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita, waktu sebaiknya untuk bangun dari tidur ialah sebelum subuh iaitu antara jam 5 atau 5.30 pagi setiap hari. Dan pada waktu itu dapatlah diambil peluang mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan sebarang ibadah dengan lebih tenang dan selesa. Sebab itu adalah penting supaya kita dapat menjaga kualiti tidur supaya rutin harian kita tidak terganggu dengan masalah tersebut.


-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


1 comments:

Anonymous said...

1xbet korean online sports betting
1xbet korean online sports betting - Best online sportsbook for This is the best online bookmaker for sports betting. 1xbet korean online betting is affiliation 1xbet