Sunday, October 26, 2014

Testimoni Vivix: Diabetes, Strok, Darah Tinggi


Assalamualaikum..

Dalam entry yang sebelum ini, saya ada kongsikan tentang Kebaikan Vivix Shaklee untuk kesihatan yang menyeluruh. Dalam entry kali ini pula, ingin saya kongsikan testimoni-testimoni pengguna yang berpuas hati setelah mengamalkan pengambilan Vivix Shaklee ini secara konsisten.

Testimoni 1: Diabetes, Luka dikaki









 Testimoni 2: Sakit Lutut dan Darah Tinggi




Testimoni 3: Strok






 Testimoni 4: Diabetis, Mata Kabur Dapat Melihat Dengan Jelas




Apapun, kita hanya berikhtiar untuk mencuba apa yang terbaik demi kesihatan kita. Sesungguh ALLAH jua la yang memberi kesembuhan keatas segala usaha dan ikhtiar kita itu.
-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Saturday, October 25, 2014

Kebaikan Vivix Shaklee


Assalamualaikum...


Kepada yang dah mengenali Shaklee, mesti biasa dengar nama Vivix ni kan? Vivix ni adalah antioksidan yang kuat sebab ianya kaya dengan resveratrol. Cecair Vivix ni sangat pekat sampaikan kalau kita masukkan ke bahagian sejuk beku, vivix ni tak beku! Cara pengambilan Vivix sehari dah cukup optimum dengan mengambil 1 sudu teh sahaja. Bila dah ambil Vivix, tak perlu ambil lain-lain vitamin pun takpe dah. 

Walaupun sehari ambil sikit saja tapi manfaat Vivix adalah merangkumi semua bahagian dalam tubuh. Memang sesuai sangat laa untuk golongan vateran yang rasa leceh nak telan vitamin banyak-banyak. Makan Vivix aje pun dah cukup dah.

Untuk mendapatkan penjimatan yang optimum dengan pembelian Vivix, saya selalu cadangkan kepada customer supaya terus beli 2 botol. Sebab bila beli 2 botol, layak dapat free membership yang bernilai RM65 dan dalam masa yang sama terus layak dapat cash rebate bernilai lebih kurang RM36. Owh yang paling best of course terus dapat beli Vivix tu pada harga ahli. Jumlah penjimatan mencecah hampir RM300! Haaa, kalau tau harga retail vs harga ahli untuk sebotol Vivix ni berapa, mesti dan-dan tu jugak rasa nak sign up! :D


Siapa Yang Perlu Ambil Vivix?

Vivix sangat sesuai diambil oleh mereka yang menghidap penyakit kronik seperti:
  1. Sakit jantung
  2. Darah tinggi
  3. Kencing manis/ Diabetes
  4. Tinggi kolestrol
  5. Gout
  6. Kanser
  7. Rabun
  8. Resdung
  9. Individu yang sihat tapi nak maintain kesihatan yang baik dan berusaha mencegah penyakit daripada awal
  10. Individu yang ingin awet muda dan mengelakkan penuaan pra-matang (tua sebelum waktunya)
  11. Individu yang mempunyai pelbagai penyakit kronik tapi tak berupaya nak makan banyak ubat dalam satu masa ataupun tak mampu menelan

Tahukah anda kos pembedahan pintasan jantung boleh mencecah minimum RM20,000? Itu kos minimum ye! Belum lagi kos rawatan susulan. Untuk penyakit kencing manis, rawatan tahunan agaknya berapa ribu pula? Macam mana pula kalau dah sampai tahap kronik sampaikan terpaksa potong kaki atau mana-mana anggota? Nauzubillah. Dengan kos pembedahan dan perubatan pulak lagi nak kena tanggung. Tapi yang pasti mana nak ganti kaki atau anggota yang hilang ataupun nyawa? Sedangkan itulah yang paling berharga dan tak ternilai. 

Daripada sini kita boleh nampak apalah sangat harga sebotol Vivix berbanding dengan faedah dan manfaat yang tak ternilai yang boleh kita dapat untuk kesihatan. Mencegah itu adalah lebih baik dari merawat! Jangan ragu2 berikhtiar dengan melabur untuk Vivix Shaklee sebab nilai kesihatan yang kita dapat berkali ganda lebih berbaloi. InsyaAllah, dengan izinNYA jua. 

-----------------------------------------------------

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 
* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, October 24, 2014

Bahaya Penyakit Diabetes


Assalamualaikum..


Akhir-akhir ini jika kita perhatikan, diabetes atau penyakit kencing manis telah menjadi salah satu penyakit kronik di mana ianya menjadi masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes.

Tahukah anda apakah maksud diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk pengidap diabetis mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan sepatutnya akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. 

Masalah akan timbul apabila kita kekurangan insulin, maka gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, dan akhirnya akan menyebabkan paras gula dalam badan akan meningkat. Inilah yang akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Apakah tanda-tanda diabetes?

Penyakit diabetes ini sering berlaku secara senyap terutamanya ketika masih di peringkat awal. Walau bagaimanapun, biasanya akan terdapat gejala yang menunjukkan simptom-simptom penyakit tersebut. Antaranya ialah: 

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • GatalPengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Namun begitu, adalah dinasihatkan supaya pesakit tidak bergantung kepada gejala-gejala tersebut sahaja untuk mengetahui samada anda adalah seorang penghidap diabetes. Sebaik-baiknya hendaklah jalankan ujian klinikal dengan doktor bertauliah bagi mengetahui dengan tepat masalah kesihatan yang dialami.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Diabetis ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai kriteria-kriteria berikut: 

  • Berumur 35 tahun keatas. Semakin tinggi usia, semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Faktor pemakanan - Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi
Perlu diingatkan bahawa diabetes ini boleh menjadi kronik jika tidak dikawal dan boleh menimbulkan masalah kepada organ dalaman sekiranya gula dalam darah terlalu tinggi. Tanpa penjagaan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf. Jika ini berlaku, ia akan menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada: 

  • Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan boleh menyebabkan buta sekiranya terlalu kronik


  • Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan seterusnya akan menyebabkan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.


  • Otak - Angin ahmar
  • Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit Jantung
Namun begitu, walaupun anda adalah seorang pesakit diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan yang normal dan aktif seperti biasa. Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah dengan sendiri ataupun secara berkala dengan doktor. Kekerapan memeriksa tahap glukosa dalam darah juga boleh membantu untuk mengawal tahap glukos anda. Apa yang lebih penting adalah mampu untuk mengawal kadar gula dalam darah supaya penyakit tidak menjadi lebih kronik.

-----------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, October 17, 2014

Tips: Bagaimana Meminimakan Parut Stretchmark Sewaktu Hamil?


Assalamualaikum..

Entry saya pada hari ini adalah berkenaan masalah yang paling banyak membelenggu wanita-wanita atau ibu-ibu yang telah melahirkan anak. STRETCHMARK. Saya percaya sebagai wanita, mesti akan ada rasa stress bila tengok kat perut, peha atau lengan ada stretchmark. Stretchmark ni memang la org lain tak nampak.. tapi, kita tengok hari-hari mesti ada rasa rendah diri kan? Yang rajin tu, dia sapu la krim apa2, yg mcm tak berapa rajin tu ala2 redha je la yekkk. Hehe.


Apakah Stretchmarks?

Stretchmarks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.
 

Tips bagaimana meminimakan stretchmarks sewaktu hamil.

1. Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.

2. Minum 8 gelas air masak atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.

3. Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.

4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretchmarks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak cocoabutter dan sebagainya.

5. Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretchmarks yang ada. Pengambilan yang konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan yang lebih baik.

Tahukah anda, dengan mengamalkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) secara konsisten, masalah ini dapat dikurangkan? Kenapa?? Baca disini untuk mengetahui bagaimana ESP Shaklee bertindak sebagai produk yang paling baik dan berkesan untuk masalah stretchmark ini. :).

-----------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.