Friday, October 24, 2014

Bahaya Penyakit Diabetes


Assalamualaikum..


Akhir-akhir ini jika kita perhatikan, diabetes atau penyakit kencing manis telah menjadi salah satu penyakit kronik di mana ianya menjadi masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes.

Tahukah anda apakah maksud diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk pengidap diabetis mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan sepatutnya akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. 

Masalah akan timbul apabila kita kekurangan insulin, maka gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, dan akhirnya akan menyebabkan paras gula dalam badan akan meningkat. Inilah yang akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Apakah tanda-tanda diabetes?

Penyakit diabetes ini sering berlaku secara senyap terutamanya ketika masih di peringkat awal. Walau bagaimanapun, biasanya akan terdapat gejala yang menunjukkan simptom-simptom penyakit tersebut. Antaranya ialah: 

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • GatalPengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Namun begitu, adalah dinasihatkan supaya pesakit tidak bergantung kepada gejala-gejala tersebut sahaja untuk mengetahui samada anda adalah seorang penghidap diabetes. Sebaik-baiknya hendaklah jalankan ujian klinikal dengan doktor bertauliah bagi mengetahui dengan tepat masalah kesihatan yang dialami.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Diabetis ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai kriteria-kriteria berikut: 

  • Berumur 35 tahun keatas. Semakin tinggi usia, semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Faktor pemakanan - Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi
Perlu diingatkan bahawa diabetes ini boleh menjadi kronik jika tidak dikawal dan boleh menimbulkan masalah kepada organ dalaman sekiranya gula dalam darah terlalu tinggi. Tanpa penjagaan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf. Jika ini berlaku, ia akan menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada: 

  • Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan boleh menyebabkan buta sekiranya terlalu kronik


  • Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan seterusnya akan menyebabkan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.


  • Otak - Angin ahmar
  • Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit Jantung
Namun begitu, walaupun anda adalah seorang pesakit diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan yang normal dan aktif seperti biasa. Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah dengan sendiri ataupun secara berkala dengan doktor. Kekerapan memeriksa tahap glukosa dalam darah juga boleh membantu untuk mengawal tahap glukos anda. Apa yang lebih penting adalah mampu untuk mengawal kadar gula dalam darah supaya penyakit tidak menjadi lebih kronik.

-----------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: