Sunday, May 4, 2014

Masalah Urat Simpul atau Vena Varikos Ketika Hamil


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya nak kongsikan tentang satu masalah yang sangat biasa terjadi dikalangan wanita iaitu vena varikos atau dalam bahasa mudahnya disebut sebagai masalah urat simpul. Percaya atau tak kejadian urat simpul ini berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia pernah berlaku pada ahli keluarga yang lain (keturunan), hamil atau jika berat badan anda berlebihan.


Mengikut sebuah artikel terbitan Kementerian Kesihatan, vena varikos terjadi atau menjadi lebih teruk ketika mengandung disebabkan oleh pembesaran janin yang menekan atau memberi tekanan ke atas vena di bahagian pelvik dan vena kava bawah (inferior). Vena ini yang besar, terletak di bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian kaki dan sebahagian besarnya dari bahagian pelvis dan organ-organ abdomen. Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dalam vena di kaki dan menyebabkan pembentukan vena varikos.

Di samping itu, peningkatan hormon progesteron menyebabkan dinding saluran darah mengendur. Apabila anak dalam kandungan membesar, rahim juga turut membesar, menjadikan vena-vena semakin jelas kelihatan. Ketika mengandung, anda akan lebih mudah mendapat vena varikos di kaki - walaupun ia boleh terjadi di mana-mana saja bahagian badan, seperti di leher.
Urat simpul adalah biasa dalam kehamilan, tetapi ia akan beransur baik selepas anda bersalin.


Saya sendiri mengalami masalah ini sewaktu hamil anak ke-3 baru-baru ini. Kalau nak diceritakan bagaimana rasa sakit tu, tak tau macamana nak cakap. Lebih-lebih lagi bila waktu malam, memang susah nak tidur dan sangat senang nak cramp (tarik mengkarung). Tapi syukur Alhamdulillah, disebabkan saya konsisten makan Ostematrix Shaklee, walaupun urat simpul itu tak hilang, tapi saya tak cramp malam-malam atau waktu bangun pagi. Bila checkup, berkali-kali doktor tanya, betul ke awak tak cramp? Sebab memang biasanya bila pregnant senang sangat nak kena tarik mengkarung ni apatah lagi saya yang dapat pakej urat simpul ni. Saya cuma jawab, "Takde apa la doktor.. kalsium cukup!" Hehe. :D. Lepas je bersalin, alhamdulillah masalah urat simpul tu terus tak ada. :)

Jom tengok testimoni pelanggan yang seronok selepas amalkan pengambilan Ostematrix ni.

Testimoni 1: Cramp



Testimoni 2: Sakit Belakang


---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: