Saturday, May 3, 2014

Vitamin Semulajadi vs Sintetik



Banyak persoalan dalam minda saya. Apa itu vitamin sintetik?

Vitamin sintetik adalah vitamin tiruan yang dibuat melalui proses kimia di dalam makmal. Berhati-hati membuat pilihan sebab kebanyakan vitamin yang dijual di farmasi tu adalah vitamin sintetik dan ia jauh lebih murah dari vitamin semulajadi.

Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada ‘seakan vitamin’. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang ‘menutup’ kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya. 

Satu perbezaan yang paling senang dilihat antara vitamin semulajadi dan sintetik ini adalah ketiadaan silica gel di dalam botol vitamin Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan. Kenapakah? Kerana bila vitamin2 sintetik ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan),  ia akan berubah menjadi substance yang lain. Boleh baca entry ini tentang Kenapa vitamin Shaklee tiada silica gel.

Vitamin semulajadi dihasilkan melalui pemprosesan yang seminima mungkin. Kepekatan nutrien yang terkandung di dalam setiap vitamin semulajadi adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ianya ditemui dalam alam semulajadi. Walaubagaimanapun, bagi memastikan keasliannya, kos yang tinggi diperlukan untuk menghasilkannya berbanding dengan vitamin sintetik.

Di samping itu, pelaburan yang tinggi juga diperlukan bagi menjamin sumber semulajadi yang digunakan adalah pada tahap kualiti yang tinggi. Kebanyakkan syarikat pengeluaran vitamin dan suplemen tidak menjual vitamin dan mineral semulajadi. Sebaliknya HANYA Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (rujuk: A Consumer Report by Editors of Research Institute of Preventive Health Care).

Sementara itu, nutrien yang terkandung di dalam vitamin sintetik pula dihasilkan dalam persekitaran makmal. Lazimnya ianya bersumberkan tar atau arang batu manakala komponennya terdiri daripada bahan-bahan kimia. Majoriti makanan tambahan yang berada di pasaran adalah daripada jenis ini. Persoalannya sekarang, dapatkah anda membayangkan memakan tar yang digunakan untuk membuat jalan raya untuk mengekalkan kesihatan anda? Macam tak masuk akal bukan?

Dalam pada itu, memandangkan kosnya jauh lebih murah, syarikat-syarikat yang mementingkan keuntungan akan menggunakan pendekatan ini untuk menghasilkan produk mereka. Vitamin-vitamin sintetik ini secara amnya mudah untuk diperolehi di farmasi-farmasi dan pasaraya. Walaupun secara kimianya ia adalah semulajadi tetapi dari segi STRUKTURNYA ianya JAUH BERBEZA.

Mengapa Pilih Semulajadi?
 
  • Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang boleh menghalang penyerapan nutrien
  • Penyediaan bahan mentah adalah dari sumber semulajadi yang berkualiti
  • Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  • Semulajadi adalah bio-kedapatan dan mampu disimpan di dalam tisu badan dengan lebih lama berbandin
  • Enzim yang terkandung di dalam bahan semulajadi tidak mengalami perubahan melampau hasil pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  • g sintetik
  • Semulajadi lebih mudah untuk ditukar oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya

Mengapa Perlu Elak Sintetik?
 
  • Tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh tubuh badan - struktur enzim badan manusia adalah untuk semulajadi dan bukannya yang dihasilakn di dalam makmal
  • Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintetik adalah seumpama memadankan tangan kanan dengan sarung tangan kiri
  • Semulajadi adalah lebih aktif dari aspek biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sintetik. Oleh itu, anda akan dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi

Bagaimana untuk Membezakan Vitamin Semulajadi atau Sintetik?
  • Perbezaan boleh dibuat melalui pembacaan label. Vitamin semulajadi dilabel "D" manakala sintetik dilabel "I"
  • Melalui perkataan ko-faktor seperti "bioflavanoids" atau "biodegradable"
  • Melalui kehadiran SILICA GEL di dalam bekas pembungkusan bagi vitamin sintetik
Secara kesimpulannya, anda tidak perlu merasa was-was apabila membeli dan menggunakan suplemen dari Shaklee kerana ianya adalah 100% semulajadi dan selamat.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: