Wednesday, May 14, 2014

Tips: Makan Vitamin Dengan Cara Yang Betul


Assalamualaikum.

Mesti ada diantara kita yang duk komplen pasal makan vitamin tapi tak nampak apa-apa kesan positif pun. Mula la nanti kecoh sana sini pasal vitamin ni sebenarnya tak bagus laa.. tak elok laaa.. harga mahal tapi tak ada apa-apa perubahan pun bila makan. Tapi, tengok orang lain makan elok je. Cuba semak balik macamana cara kita makan vitamin tu semua.

Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Vitamin
 
1. Vitamin Semulajadi
 
Mula-mula kita kena faham, vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Tiada bahan kimia ataupun ubat tertentu yang membuatkan vitamin boleh bertindak sepantas kilat macam ubat ajaib. Vitamin Shaklee perlukan masa untuk bertindak secara semulajadi dalam badan. Jadi, perlu bagi masa kepada vitamin untuk menjalankan fungsinya.

2. Keadaan Kesihatan Pengguna Vitamin
 
Setiap tubuh badan kita adalah berbeza-beza. Lain orang, lain masalahnya. Kadang-kadang secara luaran kita nampak macam sihat tapi kita tak tau keadaan dalaman kita macam mana. Jadi vitamin akan bertindak dan memberikan kesan berbeza-beza mengikut individu. Selalunya, badan yang banyak masalah akan mengalami healing crisis yang lebih ketara. Terutamanya orang-orang tua. Healing crisis ni adalah tanda positif yang menunjukkan vitamin sedang menjalankan proses pemulihan dalam badan. Jadi kena sabar banyak-banyak dan konsisten makan vitamin macam biasa sambil banyakkan pengambilan air kosong. Bagi orang yang tak rasa apa-apa, bukan bermaksud vitamin tak bagi kesan. Mungkin badan masih sihat dan tak banyak masalah jadi tak banyak benda nak disingkirkan keluar oleh vitamin. Tapi dalam masa sama vitamin dapat supply nutrien penting yang terbaik untuk menjadikan tubuh lebih sihat.

3. Pengambilan Vitamin Dengan Kafein
 
Kalau makan vitamin, sangatlah penting untuk kita elakkan mengambil kafein. Jika hendak ambil kafein, jarakkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 jam sebelum atau selepas mengambil vitamin. Ini adalah kerana kafein akan menghalang penyerapan nutrien baik oleh sel tubuh. Jadi zat-zat vitamin ni akan dibuang keluar melalui perkumuhan macam tu je.
 
4. Pengambilan Vitamin Bersama Ubat-Ubatan
 
Sebaiknya jarakkan juga pengambilan vitamin serentak dengan ubat-ubatan atau apa-apa produk kesihatan lain. Sebabnya vitamin ada cara bekerja sendiri. Ubat juga berfungsi dengan caranya tersendiri. Jadi kalau ambil serentak, badan pun akan confused nak ikut mana satu. Ubat dan vitamin pun akan berlawan-lawan untuk buat kerja jadi masing-masing tak dapat berfungsi dengan sempurna. Lagi risau kalau mengakibatkan kesan yang lebih buruk dan tak sepatutnya terhadap tubuh. Nanti, lain yang kita harapkan, lain pulak yang jadi!
 
5. Makan Semua Vitamin Full Dosage Sekaligus!
 
Dalam sehari mungkin ada beberapa jenis vitamin yang kita nak makan. Setiap vitamin ada waktu yang paling sesuai untuk dimakan mengikut fungsi dan fokus masing-masing. Jadi, sebaiknya bahagikan vitamin mengikut waktu. Buat jadual pengambilan vitamin. Boleh juga diambil secara berselang-selang kalau vitamin yang kita nak makan tu banyak sangat. Berbanding kalau kita ambil semuanya penuh segenggam serentak, boleh menyebabkan vitamin juga berlawan-lawan untuk buat kerja masing-masing. Kepekatan darah juga boleh jadi terlalu pekat atau cair dengan terlalu cepat menyebabkan kita rasa pening-pening. Buah pinggang juga boleh terbeban sebab tiba-tiba je dapat 'kerja' berlebihan.

Sebaiknya, selalulah merujuk dengan pengedar Shaklee anda untuk dapatkan nasihat dan konsultasi secara berterusan berkaitan vitamin yang anda makan dan cara pengambilan yang betul. Jangan takut atau segan nak tanya sebab ni hak anda sebagai pembeli. Lagi bagus kalau sebelum beli tu tanya dulu samada dia boleh bagi bimbingan tak sepanjang anda jadi customer dia. Carilah pengedar yang berilmu. Semoga dengan pengambilan vitamin dengan cara yang betul, anda akan dapat lebih manfaat dan kebaikan yang seterusnya meningkatkan lagi tahap kesihatan!


---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: