Monday, August 11, 2014

Tips: Bagaimana Mencegah Jerawat

Assalamualaikum wbt. 

Tidak ramai orang yang dikurniakan dengan kulit licin dan sempurna. Dikalangan kita berapa ramai wanita dan juga lelaki yang menghadapi masalah kulit? Jerawat di muka, di badan serta di leher. Ramaikan?? Sehingga ada diantara mereka yang berasa malu dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai disebabkan oleh masalah ini.

Sepertimana yang saya kongsikan dalam entry yang sebelum ini, masalah jerawat ini selalunya terjadi kerana terdapat bakteria didalam pori yang tersumbat. Punca pori ini tersumbat adalah disebabkan oleh kelenjar sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan berbanding biasa.


Namun begitu, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah jerawat ini. Antara tips tersebut adalah:
  1. Sentiasa mencuci muka dengan menggunakan produk pencuci muka antibakteria. 
  2. Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
  3. Amalkan penggunaan produk yang mampu membersihkan pori dari kekotoran.
  4. Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit. 
  5. Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut. 
  6. Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
  7. Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut. 

Sentiasalah memberi perhatian kepada masalah jerawat yang timbul sebelum masalah tersebut semakin teruk. Jaga kebersihan, jaga pemakanan, elakkan stress, minum air mencukupi, gunakan produk yang dijamin selamat dan sebagainya. Dalam menjaga pemakanan, pengambilan vitamin yang dapat membekalkan nutrien sangat membantu memperbaiki masalah jerawat. Dapatkan vitamin semulajadi daripada Shaklee untuk membantu sel kulit mendapat zat yang mencukupi dan lebih sihat.

------------------------------------------------------


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage SayaMy Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

*Rencana ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: