Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! :)
Kali ini, saya akan kongsikan mengenai masalah yang sering membelenggu ibu-ibu yang baru menimang cahayamata. Selepas melalui proses kelahiran, dalam beberapa minggu pertama, ibu-ibu mungkin tertanya-tanya samada bayinya mendapat susu yang secukupnya atau tidak, terutamanya jika bayi mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar kerana susu ibu selesai dicernakan dalam dua jam selepas bayi menyusu.
Menurut Smith L.J.
dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 2002, saiz perut bayi yang baru lahir
adalah sebesar sebiji guli jernih. Ia dapat memuatkan lebih kurang 5-7 ml susu
pada satu-satu masa. Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh
mengembang. Keadaan ini menjelaskan bahawa KOLOSTRUM yang sedikit sudah
mencukupi untuk bayi pada hari tersebut. Jika bayi diberikan susu formula, biasanya bayi
akan memuntahkannya semula kerana perutnya yang kecil tidak boleh mengembang dan tidak
boleh menampung isi padu susu yang banyak.
Pada hari ketiga,
saiz perut bayi mula membesar lebih kurang sebiji bola ping pong. Saiz sebesar
ini dapat menampung sekitar 22-27 ml pada satu-satu masa. Pada ketika ini,
keupayaan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak mula meningkat. Pada hari kesepuluh
pula, saiz perut bayi sudah membesar seperti sebiji telur ayam. Pada masa ini,
perut bayi dapat menampung sebanyak 60-80 ml susu pada satu-satu masa.
Oleh
yang demikian, sekiranya anda, terutamanya ibu-ibu baru merasakan susu anda
sedikit sahaja yang keluar pada hari pertama, usahlah anda khuatir kerana ianya
adalah mencukupi untuk bayi anda.: ))
0 comments:
Post a Comment