Thursday, May 9, 2013

Set Diet Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog semua. ;) 

Dalam entry kali ini, saya akan berkongsi tentang sesuatu yang amat digemari oleh kebanyakan orang akhir-akhir ini. D.I.E.T. Semua orang akan bertungkus lumus untuk memastikan badan kekal langsing. Namun begitu, adakah semua proses diet itu selamat dan sihat hanya dengan menahan lapar tanpa mengambil sebarang bentuk makanan yang mampu memberikan kita tenaga yang diperlukan oleh tubuh?

Untuk program diet Shaklee, terdapat 3 langkah utama bagi memastikan proses diet anda berjalan lancar dengan cara yang sihat. 


LANGKAH PERTAMA : DETOX
 
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum. 

Dengan Shaklee, apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax ataupun Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

 LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
 
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan sebagai “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, atau dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat didinding membran. Lecitin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

 LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan, protein dapat membakar kalori sehingga sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ini, tetapi gantikan dengan ESP / MealShake.

Kenapa perlu mengambil protein? Ini adalah kerana, apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.


Walau apa juga supplement yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda. Jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Tiada jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan. Bolehkah kita kurus tanpa menjaga pemakanan seharian kita?? Mungkin boleh. Namun kita kena ingat, kurus tidak bermakna sihat. :)

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: