Thursday, May 9, 2013

Bahaya HB Rendah


Masalah utama bagi kebanyakan ibu mengandung adalah menghadapi paras hemoglobin yang rendah. Masalah ini boleh dikatakan sebagai 'pengunjung wajib' ke atas setiap ibu hamil. Tidak dinafikan ada kalanya ibu hamil 'seram' hendak bertemu nurse pada setiap kali rawatan kerana masalah ini. Namun begitu, harus diingat masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana implikasinya kepada ibu dan anak yang dikandung adalah tinggi. 

Apakah hemoglobin?

Hemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai media transport oksigen dari paru paru ke seluruh jaringan tubuh dan membawa karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru paru. Kandungan zat besi yang terdapat dalam hemoglobin membuatkan darah berwarna merah.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak. Rujuk artikel ini untuk bacaan lebih lanjut.

Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (paras normal adalah 12 hingga 15mg/dl), wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.

Antara punca-punca anemia ialah:
  1. Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12 dalam diet.
  2. Peningkatan keperluan (ibu hamil atau menyusu)
  3. Pendarahan semasa mengandung dan buasir
  4. Kerap mengandung (jarak kehamilan kurang 2 tahun)
  5. Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama  hidangan.
  6. Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana loya dan muntah
  7. Wanita mengandung kembar
  8. Pengambilan ubat-ubat anti konvulsi
  9. Wanita merokok dan minum alkohol berlebihan

Gejala-gejala berlakunya anemia dapat dilihat dengan jelas sekiranya:
  1. Menghadapi keletihan setiap masa.
  2. Pening
  3. Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  4. Kulit pucat
  5. Kadar denyutan jantung yang cepat
  6. Kurang daya ingatan
  7. Kurang berat badan


Shaklee memperkenalkan rangkaian produk yang sangat sesuai bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah ini yang terdiri daripada Vita-lea, Vitamin C dan juga B Complex. Ayuh lihat apa kata ibu-ibu yang gembira dengan peningkatan bacaan HB mereka setelah mencuba set ini.

Testimonial 1


Testimonial 2

 
Anemia yang teruk adalah sangat bahaya. Jadi jagalah pemakanan anda dengan baik demi kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan anda. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: