Tuesday, March 19, 2013

Mengapa Kita Memerlukan Vitamin?


Vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan manusia. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplement (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tetapi ia tidak bererti vitamin tidak perlu diambil. Yang kita perlu faham adalah, vitamin bukanlah pengganti kepada makanan harian anda. Bukankah bagus jika memakan vitamin sebagai pelengkap kepada pemakanan harian kita yang belum tentu lagi bebas daripada sebarang perasa tambahan dan bahan kimia yang lain?

Namun begitu, ada juga yang cakap;

“Saya dah sihat dan tak perlukan vitamin tambahan”

“Kenapa pulak saya perlu makan vitamin?”

“Tak cukupkah dengan apa yang saya makan sehari-hari?”

“Sehari sampai  5 kali makan takkan tak cukup-cukup lagi zat makanan?”


Benarkah? Saya sendiri, sebelum ada kesedaran tentang perlunya supplement, saye pelik, apesal la orang ambil supplement? Ape tak cukup ke pemakanan seharian kita? Makan je lah makanan seimbang, dapat macam-macam khasiat segar. Saya silap rupanya..

Adakah keadaan kita hari ini sama dengan zaman nenek moyang kita dahulu? 1000 tahun lalu, nenek moyang kita hidup dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi sebagai makanan dan pengubatan. Mereka semua sihat dan panjang umur. Malah kehidupan mereka begitu gembira.

Hari ini, kenapa kita sering sakit? Kenapa anak-anak kita selalu sakit? Kita boleh lihat sendiri,  kanak-kanak di pusat jagaan kalau tak berhingus tak sah. Anak-anak kita zaman sekarang ni macam selalu je masuk hospital oleh bermacam-macam sebab. Itu belum lagi masuk bab orang-orang mempertikaikan anak-anak yang diberi susu ibu turut kerap mendapat sakit sedangkan kempen-kempen kebaikan dan khasiat susu ibu diwar-warkan dimerata-rata tempat. Tidak sedihkah kita apabila orang mempertikaikan usaha kita memberikan yang terbaik buat si manja tersayang tetapi dimata orang lain yang baik itu dilihat sebagai tidak baik gara-gara kealpaan kita?

Ajaran Islam sendiri mengajar penganutnya supaya hidup secara sihat baik dari segi jasmani mahupun rohani. Untuk itu, umat Islam harus berusaha membina kehidupan yang sihat bagi memelihara kesihatan, mencegah berjangkitnya sesuatu penyakit dan sebagainya. Tidak dinafikan sakit pening itu tidak boleh dielak. Semua itu kuasa ALLAH. Takdir sebagai salah satu rukun iman, menjadi kewajiban setiap muslim untuk meyakininya. Namun kita sebagai umat Islam tidak harus menyerah begitu sahaja kepada takdir.



Untuk itu, apa perlu kita buat? Sebelum itu, apa yang perlu kita tahu tentang kebenaran ini: 

1. Makanan yang dulunya berzat, sekarang sudah kekurangan zat
Buah-buahan dan sayur-sayuran membina nutrien dari tanahnya. Tahukah kita kenapa petani di sesetengah tempat menanam tanaman mereka secara bergilir-gilir? Ini adalah kerana selepas musim menuai, tanah akan hilang zatnya. Jadi mereka akan menanam tanaman legum untuk ‘re-store’ zat tersebut. Tetapi, memandangkan permintaan pertanian yang tinggi, sekarang ini ramai yang  tidak mempraktikkan cara tersebut. Tanaman yang sama akan ditanam dan baja kimia akan digunakan supaya tanaman cepat membesar. Oleh sebab itu, tanah yang kurang nutrien membekalkan nutrien yang kurang juga kepada tumbuhan tersebut dan kita juga yang memakan sayur itu akan menerima nutrien yang kurang daripada yang sepatutnya.

Siapa boleh gerenti, makanan zaman sekarang memang segar dari ladang, bebas racun perosak? Sape boleh gerenti? Melainkan kita tanam sendiri pokok sawi belakang rumah, tu lain cerita. Tapi kalau pergi pasar pun, sayur nampak cantik elok macam plastik, tak nampak pun kesan lubang dimakan ulat, agaknya lah kan, sayur tu disembur racun tak? Bila disembur racun, agaknya lah kan, banyak lagi tak khasiat dalam sayur tu. Tu belum ambil kira faktor sayur tu di pindah kan dari satu tempat ke tempat yang lain. Banyak khasiat hilang dalam perjalanan.

2. Proses yang mengurangkan zat buah-buahan dan sayur-sayuran

Bukan sahaja melalui proses memasak (haba panas merosakkan vitamin) tetapi proses memetik, mengumpul, mengangkut dan sebagainya itu mengurangkan nutriennya.

3. Bumi kita tercemar

Bila kita balik kampung, seawal jam 9.30 malam dah berembun. Embun adalah wap air di udara yang terkondensasi bila hawa menjadi sejuk (malam). Tetapi malam di kota ini tak pernah sejuk. Embun tak sempat naik hinggap di mana-mana permukaan kerana disekat dengan habuk. Ya habuk! Di luar habuk, di dalam habuk. Tidak hairan la ramai di kalangan orang-orang zaman sekarang mengidap penyakit sinus. Itu belum kira lagi bermacam-macam jenis gas dari asap kenderaan, kilang, rokok, radiasi, malah lapisan ozon yang menipis. Semua itu memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita pada hari ini.

4. Makanan Segera
Kedai makanan segera semakin banyak, menandakan permintaan semakin tinggi terhadap makanan segera. Ya, ‘faedahnya’ pun tinggi juga. Pelbagai bahan yang dicampur dalam makanan tu supaya jadi lebih sedap. Dan akibatnya?? Kita yang mengidap!

Ini hanya la sebahagian daripada faktor-faktor yang menyumbang kepada SEBAB kenapa kita PERLU makan vitamin.  Saya percaya tentu ada salah satu daripada faktor di atas memberi kesan kepada cara pemakanan harian anda. Oleh kerana itu, sekiranya anda tidak mampu untuk mengelakkannya adalah penting untuk anda mengamalkan vitamin supaya zat keperluan tubuh anda mencukupi untuk anda kekal sihat. Jagalah badan kita sebaik mungkin kerana badan kita itu adalah amanah Allah untuk dijaga sebaiknya. Kita perlukan badan yang sihat untuk beribadah dan menabur bakti kepada kedua ibu bapa dan keluarga tersayang.

Fikir-fikirkanlah..


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.

Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!

 

0 comments: