Setiap pasangan yang melangsungkan perkahwinan sudah tentu teringin untuk menimang cahaya mata. Memang orang
cakap, itu semua rezeki masing-masing, tetapi pujian harus diberikan kepada mereka yang tidak
jemu berusaha disamping berdoa kepada Allah yang Maha Esa untuk
dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.
Banyak usaha dilakukan untuk
mendapatkan cahaya mata. Selain daripada mencuba kaedah perubatan dengan pakar-pakar bertauliah, salah satunya adalah melalui makanan tambahan(supplement). Kebaikan pengambilan supplement turut diakui oleh pakar sakit puan yang terkenal iaitu Dr. Hamid Arshat. Boleh rujuk dan baca artikel beliau disini.
Ingin
saya kongsikan, apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan suami dan isteri. Semoga ianya boleh
dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan
cahaya mata ataupun yang masih tercari-cari apakah vitamin yang sesuai untuk dimakan bersama-sama.
========================
========================
Vitamin Asas
1.
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang
sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada
sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan,
perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang
lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas
kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
2.
Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh
badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu
meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu
melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
3.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C
Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan
secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C
berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel
sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk
bersenyawa dgn ovum.
4.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid
folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6
dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan
masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub
neural.
=========================
=========================
Vitamin Kesuburan
5.
Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain
menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah,
mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA)
dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan
kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50%
Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.
Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen
Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
6.
Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting
bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani,
bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga
untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam
proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara
keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan
menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan
pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
7.
Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa
"sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah
haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di
datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan
suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang
mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
8.
GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid
tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks
yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks
putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat
subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang
terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair
serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu
sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses
persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri
sedang subur (waktu ovulasi).
===========================
===========================
Cadangan pengambilan:
Suami: Vita-lea, B-comp, Vit-E, zinc (sebiji setiap hari)
Isteri: Vitalea, B-comp, Vit-C, Vit-E, Zinc (sebiji setiap hari), GLA ( 1biji pg, 1biji malam), alfalfa (3-5biji setiap hari) & ESP
Suami: Vita-lea, B-comp, Vit-E, zinc (sebiji setiap hari)
Isteri: Vitalea, B-comp, Vit-C, Vit-E, Zinc (sebiji setiap hari), GLA ( 1biji pg, 1biji malam), alfalfa (3-5biji setiap hari) & ESP
Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah
berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama.
Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.
Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin semulajadi ini.
Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Rizal untuk mendapatkan info lebih cepat dan chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mendapatkan diskaun hebat dan info percuma!
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment