Monday, March 10, 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee


Assalamualaikum.

Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya berpantang bersama Set Berpantang dan Menyusu Shaklee. Alhamdulillah, tempoh berpantang saya berakhir dengan indah. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Sejujurnya, berpantang kali ini sangat mudah. Lesu? Tiada. Sembelit? Tiada. Pucat? Tiada. Sungguh, kali ni saya cepat recover. Proses penyembuhan berlaku dengan cepat, dengan adanya Zinc Complex dan Vitamin C. Walaupun berpantang sendiri, saya mampu uruskan diri dan anak2 dengan baik. Betul2 rasa mcm Supermom!! :-D .
 


Dengan izin ALLAH, adanya Set Berpantang Premium Shaklee sangat membantu saya. Sebahagian drp vitamin ni saya dah ambil sejak hamil lg. Dalam masa 2 minggu, badan saya rasa betul2 sihat dan bertenaga. Bukan mudah berpantang sendiri dengan baby, dengan Adeeb yang kdg2 banyak ragam tp syukur saya dapat lalui semua itu. Saya memang langsung tak ambil sebarang jamu. Untuk memanaskan bahagian dalam badan, saya hanya gantikan dengan memakan Omega Guard.

2 hari selepas bersalin, saya kena bengkak susu. Serba tak kena dibuatnya. Tuam tak ok.. Tungku tak ok.. Pam pun tak ok. Tiba2 saya teringat, Lecithin dpt melegakan masalah bengkak susu. Telan 2 biji, x sampai setengah jam, slowly rasa bengkak tu hilang. Kenapa? Kerana fungsi lecithin itu sendiri memecahkan lemak kepada titisan yang kecil. Sebab tu kalau kena bengkak susu, elok telan je Lecithin. Tak lama lps tu mesti ok. Bila mengepam rasa smooth je susu keluar.



 Kali ni susu memang meriah. Tak sampai 2 minggu lps bersalin, saya dah dapat 10oz pd 1 sessi mengepam. Syukur sangat2, stok susu buat masa sekarang, belum sampai 2 bulan dah ada 30 botol dan 80 packs dlm storage bag. Semuanya 5oz dan ada yg 6,7 oz dlm tiap2 botol dan storage bag. Buat masa ni saya tak ada masa yang khusus untuk mengepam. Bila rasa perlu, baru pam. Saya lebih suka bg je Adelea pam kan. Hehe. Tp macamana pun mmg tiap2 hari kena pam sbb supply dah melebihi demand. Biasanya tiap2 hari dpt kumpul dlm 30 oz. Alhamdulillah, rezeki Adelea.

Berat badan? Naik 10kg, turun 11kg. Berat beberapa jam sebelum bersalin, 57kg. Sekarang 46kg. Saya tak diet.. Tp may be sebab minum ESP saya rasa kenyang so waktu mkn nasi selalu terlajak ke pukul 3,4 ptg. Dah tu, sekali je la mkn nasi tiap2 hari. Biasanya, makan biskut je la.. cicah milo or horlicks. Itupun dah rasa kenyang sgt. Disebabkan tenaga dah dpt dr B Complex dan Vitalea, so saya mmg tak rasa lesu. Memang tak boleh nak ubah cara makan tu. Sbb pagi2 dah minum ESP, saya memang tak lapar. Walaupun Adelea kuat menyusu, saya tak de rasa menggigil sbb lapar. Jadinya, xde la asyik nak mkn je. Minggu ke3 bersalin saya dah dapat berat asal sebelum mengandung. Habis pantang, turun lg. Errr, lepas ni naik balik la kot sekilo dua. :p. Tp, xpe.. Lecithin ada. Lps makan mcm2 boleh telan lecithin biar dia tangkap semua lemak2 tu dan Omega tolong detox pagi2. Hehehe.

Malam2 saya tak minum ESP, sbb saya makan Ostematrix. Oste niii, nampak je kecil..tapi penangan dia memang best! Lenguh2 badan mmg kurang bila dah telan oste. Pastu, pukul 2,3 pagi mula la saya kena bgn mengepam sbb susu memang banyak bila mkn oste. Sbb tu saya tak ambil ESP mlm2, penangan oste ni dah cukup dah. Padahal, sebelum tido dalam pukul 11 camtu saya dah mengepam dah. Still kena mengepam gak dalam pukul 2,3 pagi tu. Tak pe laaa, rezeki. :)

So far, itu la pengalaman dan perkongsian saya berpantang dengan Shaklee. Mudah. Sungguh saya rasa bertuah sangat sbb dapat merasai pengalaman ni. Vitamin2 tu kebanyakannya lambat habis, ada yg boleh guna smpai 6bulan. So, terus je continue sbg Set Penyusuan plak. Tak rugi pun labur lebih skit untuk benda yang baik. Pantang sebelum ni mkn jamu. Hasilnya, ibu sembelit, anak cirit. Dah tu kena plak prolong jaundis sampai 2 bulan baru hilang kuning. Adeeb la tu. :p . Pastu, doc suh stop mkn jamu sbb anak kuning. Haa, pantang bodoh je la jawabnya. Jamu tak makan, ubat atau supplement jauh sekali. Masa tu mana kenal Shaklee lagi. ;). Sudahnya, badan lesu.. Muka pucatttt je tak bermaya. Kali ni?? Alhamdulillah, Adelea langsung tak ada kuning. Ibu pun berpantang dengan bahagianya.

Tak kisah la kenal Shaklee dah lambat, yang penting, BETTER LATE THAN NEVER. Saya mkn supplement bukan sbb gelojoh nak susu banyak segala bagai. Tp, saya nak SIHAT! Susu banyak, itu bonus. Yang penting, saya sihat dan saya dapat bagi yang terbaik untuk anak saya. Saya tak kisah orang nak cakap, makan je makanan berkhasiat, seimbang..dapat jugak kat baby. Tak payah nak bersupplement bagai. Ehhh, 5 hari seminggu kita kerja, makan tengahari kat luar.. Kita yakin ke org kedai tu tak guna segala macam perasa tambahan? Sayur2 tu yakin ke bersih tanpa sebarang racun serangga? Melainkan kita bawak bekal, guna sayur organic.. Itu lain cerita. Tapiiiii, rajin sgt ke hari2 nak berbekal? Duk KL ni, jgn kata nak tanam sayur, pokok lada dalam pasu pun tak tertanam. Saya la tu.. Bkn org lain. Hehehe. Sebab tu saya memilih untuk mengambil supplement sebagai ganti kepada apa-apa yang dah saya makan. Benda-benda sekarang susah nak dapat yang segar. Bukan macam dulu. Anda boleh baca entry saya berkenaan Mengapa Kita Memerlukan Vitamin untuk memahami dengan lanjut apa yang saya maksudkan. :)



Ni, Dr. Hamid Arsyad punnn suruh ibu2 continue makan supplement selepas bersalin. Memang betul apa kata dia tu. Susah nak cakap, bila kita dah alami baru kita tau. Saya dah rasa bezanya. Kalau boleh saya nak sihat, tengok anak2 membesar dan berjaya. Masa ni laaa nak jaga kesihatan diri. Dah sakit nnt, lain pulak ceritanya. Saya dah berada ditempat dimana saya tidak mempedulikan supplement, dan kini mengamalkan supplement, maka saya tau yang mana terbaik untuk saya. :) . Semoga ALLAH terus memberikan kesihatan yang baik buat kita semua.

Sekian sahaja perkongsian saya. Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement untuk kesihatan diri dan family anda, boleh la hubungi saya. Saya sedia membantu anda mendapatkan yang terbaik.

======================================

PENJIMATAN SEHINGGA LEBIH 20% BAGI SETIAP PEMBELIAN ESP SHAKLEE SEPANJANG MARCH 2014! JOM AMBIL PELUANG!

ESP Shaklee - Minuman protein terbaik pilihan saya. Dan seharusnya menjadi pilihan anda juga! (^_^)

 
--------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Call/SMS/WhatsApp: 019-276 6779 
Email: neolin_na@yahoo.com
Add FB Saya: Eena Zalina untuk mendapatkan info lebih cepat
Klik Like Fanpage Saya: My Vitamin Shoppe untuk mengetahui diskaun hebat dan info percuma!

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments: